Where are you now?
Cer try cek tengok. Saya sekarang ada kat opis. Semua orang dah balik tapi saya tak balik lagi and sedang duduk kat atas kerusi depan PC menaip sesuatu :p (ok. enough. ni dah nak masuk zon merapu)
Sekarang ni saya nak menulis pasal title kat atas tu sebenarnya.
Meng 'identiyfy' di mana kita sekarang agak penting untuk menuju 'where you want to be' - someday in future.
Kenapa??
Sebab....di mana kita sekarang sedikit sebanyak berkaitan dengan apa yang kita tengah buat sekarang. Dan apa yang kita tengah buat sekarang sedikit sebanyak will lead us to where we want to be (capai cita-cita kamu - goal dalam hidup)
(macam penin lak ayat aku ni huhuhu :p)
If kamu spend a day meaninglessly, adakah kamu rasa kamu boleh berada di tempat/posisi impian kamu tu nanti? (renung-renungkanlah..........)
Tambah lagi, ada sesetengah orang mempunyai pemikiran yang sebegini:
- "nantilah. belom masanya. dah sampai masanya nanti, aku buat la. tunggu masa sesuai"
- "alaa, hari ni jerk aku main-main. esok lusa nanti aku start la"
- "alaa, hero biasanya dia punya action lambat sikit. bagi la can kat orang lain dulu"
Ini semua sebenarnya berkaitan dengan 'attitude'. Pemikiran begini patut dibuang kalau nak berjaya. Masa tak menunggu kita.
(ini merujuk aku jugak :p)
Namun, tak dinafikan la, there will always be challenges or obstacles yang kadang-kadang membuatkan kita hampir tersungkur dan terasa sangat lemah tak berdaya untuk terus melangkah.
Tetapi, kita kena selalu ingat, ulangan, selalu ingat ..bahawa setiap langkah yang kita ambil tu (yang kekadang jatuh, kemudian bangun. jatuh lagi dan bangun lagi) sebenarnya membuatkan kita lebih kuat dan lebih confident untuk terus melangkah. Betol tak? Haaaa...betol kan.... ^__^
Jadi, tak payah la nak cakap "emm, belom masanya lagi" atau yang seangkatan dengannya. Itu semua alasan semata. So, don't wait until everything just right because it will never be perfect (perfect time). Just do what you need to do starting from now.
Now is the only moment that guaranteed to you because you will never know what will happen next. So, DON'T MISS IT!!
Akhir kata: Jom balik!! Peace no war!!
No comments:
Post a Comment