Thursday, August 29, 2013

Late Night 'RAIN'


Dah setel satu kerja. Ingat nak setel satu kerja lagi. Tapi dah takder mood sudaa..waaaaaa..mood saya sudaaa lariiiii..cuba cari tapi tak jumpa..nak tidur plak tak boleh..tak rasa aku boleh lena..sob sob..

Kat luar hujan kot..bukan ke sepatutnya aku rasa lagi ngantok..kan kan? Tapi taaak...ermmm..hujan..macam tau-tau jer hati aku pun tengah 'hujan'...

Bersabarlah wahai hati..sok lusa..surut la banjir sebab 'hujan' kat hati tu... Kena la biasakan diri k..


# Cuba tidur jom..esok malam dah tak boleh nak tidur lena sangat.


Mode: sad + missing 



Wednesday, August 28, 2013

Riuh Berkampung-Kampung


Dalam 2 or 3 hari ni peribahasa 'Telur Sebiji Riuh Sekampung' asyik terngiang-ngiang jer kat kepala aku. Bukan la sebab aku tengok orang yang berperangai macam tu. Yer la, kan ke peribahasa tu ada maksud dia tersendiri..hasil yang tak seberapa diperbesar-besarkan macamlah hebat sangat. Kan? Macam tu la kan maksud dia..huhu pandai-pandai je aku ni...erm, cikgu bahasa melayu, sila betulkan saya kalau salah..heheeee....

Berbalik kepada peribahasa tu la kan...ayam mak aku ni asyik bunyi jer hari-hari. Tengahari yang panas tu mula la nak bising..nak bertelur..peribahasa tu pun bagitau kan..telur sebiji riuh sekampung...itu kalau seekor jerk ayamnyer...kalau 3 ekor macamana? Adoiiiii....sakit kepala aku..berdenyut-denyut..bising yang amat..3 ekor bunyi tambah ayam jantan lagi kan...mau berkampung-kampung dengar...sabauuuu je laaaa...nak jer aku turun bawah and baling ayam-ayam yang buat bising sume tu...hahaha Mau aku lak yang kena baling ngan mak aku..hahaha

Bising kot...dah la time tu pick hour aku..cehhh..pick hour konon..haha Yer laa...nak kira tu nak kira ni..sume nak time tu...cuba bising petang-petang sikit time aku dah relax sikit and tak banyak keje..takdernyer aku nak marah...sempat la jugak aku g baling ayam tu curi2..haha Kalau tengahari, tak sempat la...nak wat kira2 yang lagi..nak g baling ayam lagi...takperr..lambat laun memang kena gak ngan aku..hahahaha (gelak jaat)




Wednesday, August 14, 2013

Siapa Kita Utk Menghukum



Entri ni sebenarnya dah lama disimpan sebagai draft. Tetiba hari ni rasa nak publish lak..masanya dah tiba kot..haha  


Hakikatnya..aku takder idea..cek tengok yang lama jer la. Edit - tambah and cut sana sikit sini sikit...dah boleh publish..

Tajuk entry kali ni macam title kat atas la kan...

'Siapa Kita Utk Menghukum'

Setiap orang ada kisah silam yang tersendiri. Ada kisah silam yang tak mahu diingati langsung. Ada kisah silam yang ingin selalu diingati. Ala2 macam kenangan manis dan kenangan pahit la kan. Semua orang tak nak ingat kenangan pahit yang hanya akan melukakan kembali parut yang ada di hati.

Tetapi, apa yang aku tak faham, kenapa masyarakat sekeliling suka sangat bersembang pasal orang lain. Tambah2 lagi kisah silam orang yang tak elok dan ada yang sampai menghina. Apa yang mereka dapat? Lelaki atau perempuan sama sahaja. Ustaz dan ustazah pun kadang2 tak terlepas..oowh..apa dah jadi dengan dunia sekarang. Ustaz dan ustazah sepatutnya menunjukkan teladan. Tetapi mereka sendiri tak dapat nak menahan diri dari membicarakan tentang keburukan orang lain.

Ada yang bercakap macam dah kenal sangat si polan ini dan si polan itu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Petah sungguh semasa berbicara tentang kesilapan lampau orang. 'KESILAPAN' yang mungkin di mata dia satu kesilapan itulah sebenarnya keputusan yang terbaik untuk diri 'pesalah' itu. Orang sekeliling hanya tahu menghukum tanpa memahami. 'MEMAHAMI'...dapatkah sebenarnya mereka memahami jika mereka hanya tahu menyusun kesalahan orang lain satu persatu. Kesalahan yang kecik diperbesar2kan. Segala kebaikan pula ditolak ke tepi seolah tak pernah dilakukan.. Di mana silapnya??

Siapakah kita untuk mencanang cerita silam orang sana sini. Siapakah kita untuk menghukum orang menggunakan 'reasoning' kita. Adakah kita pasti yang kita tak mempunyai kisah silam yang teruk. Mungkin lebih teruk dari orang yang kita hina. Betol tak..renung-renungkanlah ^_^



Akhir kata: Syukran kepada yang sudi membaca entry nie... ^_^ 


Last words: Selamat Hari Raya ke 7 (dah seminggu raya rupanya..hehe)

Maaf Zahir Batin kepada semua..semoga kita masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah ♥ ♥








Thursday, August 1, 2013

Cerita Lama


Sekarang aku dah kat kampung..dah seminggu kot aku balik..excited kan nak raya?? Macam budak kecik kan?? Yeer laa, raya dah next week kott..tambah lak ini la masanya utk aku enjoy my single life habis-habisan...pasni dah jadi isteri orang dah tak boleh nak balik kampung lama2 dah..kan? kan? sedih lakk...waaaa T_T

Sejak aku balik ni, almost everyday gak la aku pegi terawih kat masjid unless ada one day tu, ayah aku demam and adik aku nak kena bawa ayah g klinik. Sekali tu jer aku miss..hehe 

Sebut pasal terawih aku ada satu cerita yang aku nak cerita lak....

Ada sekali tu, kitaorang pegi terawih lambat sikit. Sampai-sampai masjid jer jemaah dah berdiri and dah nak start nak solat isyak. Nak jadikan cerita la kan, saff yang belakang sekali tu dah half orang berdiri...yang saff second last tu ada 2 orang jer..apakehal pulak..adeiiiii...

Jadi, kami bertiga (aku & adik2ku) nak pegi saff tu..dan ternampak la siapa yang last sekali..haha Langkah aku terus berhenti. Hohoho..cikgu aku time sekolah rendah rupanya. Satu kampung memang kenal dia & tersangat la garangnya itu..huhuhu Takkan la sebab tu kot takder orang nak g penuhkan saff yang tu..adeii...tapi, kami bertiga pegi la jugak penuhkan saff yang tu..hehe

Ermm..walaupun dia garang, dia la cikgu yang selalu angkat aku kat tempat perhimpunan setiap kali aku pitam sebab lama berdiri bawah panas (aku memang x sedar, aku tanya kawan2 la...sape yang angkat..huhu) Yer la..pukul 9 pagi tak habis2 lagi kot cikgu bagi ucapan. Pastu lak aku dok depan sekali. Jaga barisan. Pengawas kan..haha Buka2 mata jer..cikgu tu la yang setia dok picit2 badan aku..dan kipaskan aku...

Cikgu selalu bebel suruh g checkup kat hospital takut ada masalah jantung..sebab anak dia selalu gak pitam sebab ada masalah jantung berlubang..huhu Tapi aku tak pernah pegi pun...keluarga aku orang susah kot time tu..klu aku ada mslh jantung, aku takda la plak boleh bersukan kan..hehe Alhamdulillah sampai sekarang aku masih bernafas...Cikgu tu jugak la yang latih kami team sekolah main bola jaring..cikgu tu ajar kajian tempatan..pernah satu kelas kena sebat ngan rotan kat betis sebab tak dapat markah yang dia harapkan...haha Seumur hidup aku, sekali tu jer aku kena sebat. Dengan cikgu yang garang tu la jugak..

Itu cerita 15 tahun yang dulu. Time sekolah rendah aku aktif la jugak bersukan. Kulit tak cakap la color apa kan. My mom selalu bising sebab asyik main bola jer. Ulangkaji pelajaran pun takda masa..

Too many sweet memories masa sekolah rendah. Sekolah menengah xda sangat pun yang sweetnya...ada ke?? Memberontak jer banyak..biasa laa...remaja yang baru nak kenal dunia. Kena paksa bersekolah kat situ kan...lagi laaaa......boleh agak la kan..hahaha Tapi aku nyesal, nak g belajar balik betul2..aku lepaskan peluang nak belajar agama betul2..

Tapi apa yang aku boleh buat kan....menyesal kemudian dah tak berguna...wahahaha...sabar je laa....