Monday, April 30, 2012

H U J A N



Pada aku, hujan ada kaitan dengan sedih. Bagi aku la, sebab setiap kali aku bersedih yang teramat sangat, time tu akan ada hujan. So, kalau hujan tetiba rasa sayu tu biasalah. Sayu mengenangkan perpisahan-perpisahan yang lalu. Semuanya mesti berkait dengan hujan.

Tapi tak ada la setiap kali hujan aku mesti rasa sayu sebab aku sangat suka hujan. Suka bau dia. Hujan ada bau ke?? Adaaa.... ^________^ sangat suka!!


Friday, April 27, 2012

Suatu Ketika Dahulu - cerita aku

"Apa yang kamu nak contribute? Ye laa, kamu belajar di universiti yang bukan calang-calang universiti. Dengan ijazah yang kamu akan kamu dapat nanti, apa yang kamu rasa kamu boleh contribute untuk negara? Soal pakcik memecah kesunyian.

"Negara???" 

Kami yang baru tenggelam dengan fikiran masing-masing sambil menikmati keindahan malam, terlopong mendengar soalan. Kami berpandangan. 

"Ayah ni...soalaaaaannn.....hahaha", kawanku tergelak. 
" Maaf la korang, ayah aku memang macam ni" sambung kawanku lagi.

Aku memang blank and blur. Soalan yang macam soalan exam ni, bila ditanya tetiba, saya tak ada idea pakcik. Sebab sangat tetiba.

Kawanku pandang aku, aku pandang dia. 'Jawab laaa...', hanya gerak mulut tanpa suara. Senak perut aku sebab tahan gelak.

Kawanku yang seorang ni berusaha menjawab soalan-soalan pakcik yang makin bertambah setiap kali kawanku suarakan jawapannya. Kawanku menjawab sambil tangannya kadang-kadang mencuit aku. Aku tergelak lagi....Aku hanya menyampuk sepatah dua kata. Aku memang tak ada idea.


* sekali terfikir, macam tengah hadap interview dengan bakal mertua plak..huhuhu


Tak lama lepas tu, aku pun tenggelam dengan monologku sendiri. Apa yang disembangkan oleh kawanku dengan pakcik dah tak masuk dalam kotak fikiranku.

" Apa yang aku nak contribute? Personally, apa yang boleh aku contribute? Pasti ada sesuatu yang boleh aku contribute. Mesti ada sebabnya kenapa aku di sini. Tapi apa? Kenapa aku tak terfikir benda-benda macam ni? Teruknya aku. Adakah aku hanya nak jadi orang yang memerhati dunia luar dari tepi jerk?  Adakah aku hanya nak jadi orang yang hanya mengkritik dari tepi tentang apa yang tak kena tanpa berbuat apa-apa? Adakah aku nak jadi orang yang hanya pandai mengkritik tanpa berusaha apa-apa pun untuk mengubah? Teruknya aku......."

Sepanjang perjalanan ke destinasi, soalan-soalan ini bersilih ganti merempuh mindaku dengan kasar. Terasa senak tiba-tiba.

"Ok, kita dah sampai. Selamat datang ke teratak kami". Suara pakcik mengembalikan  aku ke alam nyata.

Siapa sangka, kedatanganku ke sini sedikit sebanyak mengubah siapa aku. Lebih-lebih lagi setelah aku tersedu-sedan menangis depan makcik isteri kepada pakcik. Betapa kerdilnya aku. Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan insan-insan ini dalam sebuah perjalanan hidup seorang insan bernama Azira.

Terima kasih pakcik~ Terima kasih makcik~

Dan.........siapa sangka, semalam aku bertemu lagi dengan soalan-soalan macam pakcik pernah utarakan. Dan aku memang kehilangan idea sebab terkejut semasa membaca soalan exam tersebut. Soalan POP exam di kala aku unprepared~

Kemudian, aku rasa aku telah failed!

Aku hanyalah insan biasa...............






Tuesday, April 24, 2012

Seperti baru semalam~


''Jap jer kan..."

"Apa yang kejap?" soalku balik.

Kawanku dengan gaya orang tak puas hati, "Kita dah menghampiri bulan 5 la cik kak! Dah nak masuk tengah tahun. Rasa macam baru semalam kita melangkah masuk tahun 2012 kan?? Haaa, awak tu, bila nak kawinnya cik kak ooii. Umur dah makin banyak ni. Tahun depan tambah lagi. Awak je la, saya kan lagi muda dari awak..hahahaha." gelaknya menusuk terus ke jantungku.

"Apa yang ada pada angka??" senyumku gugup menutup sebak. Ulu hatiku terasa pedih.

Ya, terasa seperti baru semalam...
  • seperti baru semalam aku grad dari universiti
  • seperti baru semalam aku dapat result SPM
  • seperti baru semalam mak aku membebel, 'udah-udah la main bola. Tahun ni nak UPSR'
  • seperti baru semalam main kejar-kejar, main masak-masak, panjat-panjat pokok, tangkap ikan.
  • seperti baru semalam nangis-nangis sebab tak nak pegi sekolah.

Cepatnya masa berlalu. Seakan masih tak percaya aku sudah seusia ini sekarang.

Segalanya terasa seperti baru semalam......




Monday, April 23, 2012

Silent

Awak sihat?
 - tak ada jawapan.

Awak ok tak ni?
 - remain silent.

Awak nak saya buat apa ni?
 - totally no answer.

Ok. Fine. Saya dok jer kat sini diam-diam.


Tetiba rasa sedih. Banyaknya hati yang terluka......



Friday, April 20, 2012

Sahabat??

Aku tak tahu apa makna sahabat pada orang lain. Tapi aku seorang yang sangat value title 'SAHABAT'. Kenapa??
Kerana, bagi aku, tak semua orang boleh jadi sahabat. Ber'sahabat' bukan boleh dipaksa-paksa. Tetapi sahabat di sini aku maksudkan adalah persahabatan antara perempuan dengan perempuan. Bukan perempuan dengan lelaki. Tambahan pula, aku tak percayakan persahabatan antara lelaki dan perempuan. Sebab salah seorang akan terlebih suka lebih dari seorang sahabat. Bagi aku, lelaki hanya boleh dapat title kawan, bukan title sahabat. Kawan sekolah, kawan sekelas, kawan satu universiti or kawan pejabat dan lain2 lagi.

Biasanya perempuan yang akan terlebih suka tetapi bukan bermakna tak ada lelaki yang tergelincir dari landasan persahabatan. Cuma kebiasaannya perempuan yang terlebih suka dari seorang kawan.

Dan sangat malang kalau seorang perempuan yang bersahabat dengan lelaki yang tak ada perasaan. Layanan terhadap semua orang sama sahaja. In the end, siapa yang terlebih SAKIT??? Of cozz la perempuan kan.
JADI, lebih baik tak payah bersahabat dengan lelaki. Cukuplah hanya title kawan se opis atau apa2 sahaja. Maknanya, don't disturb me bila bukan di opis unless urgent matters sahaja.

So sorry....sebab aku memang macam ni. Kalau nak cakap banyak lagi yang tak berkenan and in fact, aku ni jenis yang sedikit prejudis terhadap lelaki...tetapi bukan bermakna yang perempuan semua baik-baik belaka. Banyak jugak yang aku tak berkenan, tambah-tambah lagi pasal 'aurat' perempuan zaman sekarang and manners bila di khalayak ramai. Sakit jiwa aku tengok.....

Berbalik kepada 'SAHABAT'..emmm, bila buka isu ni aku sedikit sedih sebab orang yang aku anggap sahabat, yang aku value sangat itu lah yang mengkhianatiku. S.A.N.G.A.T.S.A.K.I.T. Adakah aku salah mentafsir??

Sedih sebab aku rasa aku dah cuba sebaik mungkin memperbaiki hubunganku dengan Allah. Teringat suatu ketika dahulu ada seorang kawan memberitahuku: jagalah hubunganmu dengan Allah, insyaAllah hubunganmu dengan makhlukNya akan Dia jaga~
MAKNANYA: masih banyak yang aku perlu baiki, masih banyak yang kurang dalam diri ini. Teruskan berusaha!!!

Akhir kata: Peace no war!! ^^

Penutup kata: Happy sayyidul ayyam. May Allah bless us! Amin!