Monday, February 25, 2013

Aku ngantok~



Kat luar sedang hujan lebat..bilik aku dah jadi macam malam lak..huhu Siap 2 biji laptop aku buka ni bagi menerangi bilik..hahaha. Padahal takda kena mengena langsung..

Satu untuk kerja satu untuk 'personal kerja'..contohnya macam update blog ni. Dah gelap-gelap macam ni sure la aku ngantok..sabar sabar..jangan tidor. Karang kalau boss 'buzz' nak bagi keja, aku tak jawab kantoi lak aku tidor...haha

Ermm..rindu laa kat budak kecik yang dah besar ni. Gambar2 and video dia cakap je la tempat aku melepaskan rindu. Tapi tak lepas gak..rindu nak peluk ^_^

Gigi dia dah rongak...dah tak hensem..haha 

Asal amek gambar jerk...peace..hahaha Comel!! 






Layan jer la mata yang dah semakin layu nie...adeiiiii....

Take a nap jap boleh x?? hahaha




Sunday, February 24, 2013

Tak tahu


Kisah pagi tadi sebelum tengahari:

Aku bentang sejadah, tetiba kawan aku cakap..

"ooo ko dah nak solat ke? emmm, aku macam malas pulak hari ni...."

Apa??? Tertinggi lak suara aku kat dia time tu. 

"Takda, aku taknak terima alasan tu. Cepat bangun pegi amek wuduk sekarang. Alasan yang tu aku tak nak pakai...boleh plak cakap macam tu..bla bla bla...." sempat lagi aku membebel. 

Kawan aku bangun sambil gelak...hahaha. Garang macam mak tiri!! 

Nasib ler kawanku...haha . Aku pun tergelak jugak pastu. Hari ni dia yang kena bebel. Sok lusa aku la plak yang kena..nasib lerr...alhamdulillah ada orang nak tolong ingatkan aku. Saling 'bebel membebel'. Tapiiiiii, yang paling selalu membebel pun aku la..ada jerk yang tak kena!! helplesss....

Macam meriah lak, pagi tadi aku ada teman solat sunat sesama. Satu perasaan yang lain dari hari biasa. Tak tahu macamana nak describe. Selalu aku sorang-sorang. Yerla, semua orang keluar bekerja. Hari-hariku hanya bertemankan diriku sendiri..

Semoga aku terus istiqamah..aamiiin ^__^



Kisah tadi sebelum tengah malam:

Aku keluar dari bilik dengan muka yang tak tahu nak cakap macamana..

"Kenapa lak ni?" Tanya kawan aku.

Aku lapar laaa...hahaha

Akak housemate yang sorang lagi pun cakap, "bukan ke kul 7 tadi dah makan nasi??"

"Daaaaaaah..." pastu aku wat muka kesian..hahaha

Hmmmm..hampeh. Tak sempat nak buat muka kesian lelama. Kawan aku dah bising.

"Kata nak diet, nak kuruskan badan..kalau asyik nak makan jerk macamana nak kurus...bla bla bla......" The rest aku dah tak dengar sangat. Lalu jerk kat tepi telinga. Tak masuk kepala pun. Aku gelak and terus ke dapor buka peti. Capai jerk apa yang boleh dimakan bawa keluar dok kat sofa depan TV...

Seeeee, tak sampai sehari aku dah kena bebel balik. So sweeeeet. Menambahkan warna warni dalam hidupku. Walaupun kawan aku bebel macam2...tak jalan koooot..aku makan jerk. Dah lapar kan, nak wat camner...hahaha 

Sengal!!

Sure one day aku akan rindu nak dengar dia membebel kat aku...hahaha

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan insan ini sebagai kawanku dan penemanku dirumah ini....

Ok..last..nak letak title apa ek....??








Saturday, February 23, 2013

Maafkan aku


Seakan berhenti seketika denyut jantungku
saat kau melafazkan
jujur aku terkedu di dalam luka
tanpa setitis air mata yang selalu menemani...

Jika beginilah rasanya
aku bersumpah
tidak akan pernah lagi aku berbicara sebegitu
sakit sungguh hingga ke hati yang dalam...

Namun, jika itu yang kau pinta
akan ku cuba untuk tunaikan
walaupun hatiku tak merelakan
akan ku cuba untuk tunaikan
walaupun hatiku kan terus tersayat kepiluan...

Sayang sekali
coretan cerita yang ku simpan hari ini
tak sempat ku luahkan
akan ku biarkan terkubur tanpa bicara
hingga akhirnya...

Jujur hatiku terlalu dalam terluka
maafkan aku..
mungkin...semua ini asalnya salahku...






Thursday, February 14, 2013

Pujuk HATI ♥


Tak Perlu Aku Ragui 
Sucinya Cinta Yang Kau Beri 
Kita Saling Kasih Mengasihi 
Dengan Setulus Hati 

Ayah Ibu Merestui 
Menyarung Cincin Di Jari 
Dengan Rahmat Dari Ilahi 
Cinta Kita Pun Bersemi 

Sebelum Diijabkabulkan 
Syariat Tetap Membataskan 
Pelajari Ilmu Rumahtangga 
Agar Kita Lebih Bersedia 
Menuju Hari Yang Bahgia 

Kau Tahu Ku Merinduimu 
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih 
Bersabarlah Sayang 
Saat Indah Kan Menjelma Jua 
Kita Akan Disatukan 
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih 

Di Sana Kita Bina 
Tugu Cinta Mahligai Bahagia 
Semoga Cinta Kita 
Di Dalam Redha Ilahi 
Berdoalah Selalu 
Moga Jodoh Berpanjangan

Kasih Kekasih 
Munsyid : In-Team

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

N.O.N.E.


Hari ni dah nak masuk minggu ke 3 bulan February..bermakna dah 2 minggu blog aku ni kosong dan tak da entri baru. Entah la, mo0d aku lately bercampur-campur...tak tahu nak describe macamana campuran tu. Terasa macam kosong. Terasa macam aku nak pergi satu tempat yang jauh dari sini. Tempat yang mana tak ada siapa yang mengenali aku. Tak nak ada orang tanya-tanya pasal hidupku. Aku tak suka...serius..aku tak suka! Kenapa aku nak kena explain kepada semua orang kenapa aku pilih jalan hidupku begini?

Teruk kan aku...yeeerr, aku tahu aku tak sepatutnya berfikiran begitu...

Tapi apa aku boleh buat, aku memang tak suka nak explain kepada semua yang bertanya. Sebab aku dah PENAT! Penat nak explain benda yang sama tapi end up, mereka masih tak boleh nak faham. Masih persoalkan kenapa aku tak buat begini dan begini. Maknanya, mereka hanya bertanya untuk mencari point kesalahan aku bukan bertanya kerana ingin betul-betul memahami isi hatiku. Penjelasanku hanya sekadar masuk telinga kanan kemudian keluar telinga kiri. Hanya hamburan kesalahanku yang aku dapat sebagai respon. Buat aku lagi malas nak bercakap. 

Keadaan yang macam ni lah selalu buat aku fikir, biarlah mereka dengan apa yang mereka nak fikirkan....lebih baik aku diamkan diri. Aku tak kacau sesiapa. Aku dengan dunia aku. Aku dengan hidup aku. Biarlah aku bercakap seorang diri. Memujuk hati yang terluka sendiri-sendiri dan kadang-kadang mengadu pada Ilahi. Hanya Dia dan aku yang faham apa yang ada dalam hatiku ini. Jiwa aku lagi tenang bila selalu mengadu pada Nya...

Kepada awak, awak dan awak yang cuba untuk memahami, terima kasih saya ucapkan. Cubaan awak sangat saya hargai, namun, ketahuilah, sebenarnya sampai hari ini, tak pernah ada sesiapa pun yang benar-benar memahami. Saya memang biasa memujuk hati sendiri-sendiri. Itu sudah menjadi suatu kebiasaan. Bukan saya taknak kongsi, tapi sebenarnya saya malu. Malu dengan awak awak semua....


Akhir kata: saya tahu cara saya fikir tu salah, tapiii..bagi saya masa..masa untuk memujuk hati agar mengubah cara berfikir yang tak berapa 'ok' tu...

time to sleeeeep -_-