Tuesday, May 28, 2013

Selalu Macam Nie


Aku sedih sangat. Kenapakah??

Aku tersepit, seakan terburu2 membuat keputusan tanpa fikir panjang. Bila dah buat keputusan yang tak boleh undur dah, aku rasa macam aku bakal menyesal. Lagi aku sedih..nak nangis...selalu macam ni...

Takper la, akan ada lain kali...insyaAllah..

Pasti ada hikmahnya kaaannnnn......nak sedapkan hati...

^________^



Thursday, May 9, 2013

Pandan Vs bunga apa ntah..


Sekarang ni aku kat kampungku..macam busy la sikit..tak sempat nak update sangat kat blogku yang terchenta nie…(busy la kononnya kan??)

Aku sebenarnya takda la nak citer apa sangat pun, cuma teringat semasa di dapur tengahari tadi. Hari ni masak lemak ikan puyu. Mana entah ayah aku beli. Besar lak tu. Nak jadikan cerita, banyak lak santan yang mak aku perah. Nak wat masak lemak semuanya memang tak la kan..

Pastu mak aku suruh masak agar-agar santan. Agar-agar santan mak aku, mesti guna kaler hijau daun pandan. Adeh..malasnyerrr la nak kuar rumah. Leceh tol. Nak kena tukar baju lengan panjang lak. Pastu aku teringat bunga yang warna biru (apa nama ntah, aku pun tak tahu..haha) yang lebih guna untuk masak nasi kerabu weekend lepas ada lagi dalam peti ais.

Aku cakap ngan mak aku, blender bunga tu je la wat agar-agar. Boleh tak…macam lawa jerk agar-agar warna biru..hahaha

Mana ada orang guna bunga tu wat agar-agar. Jangan nak merepek. Tak pernah dibuat orang. Pegi amek la kejap daun pandan tu..tak sampai seminit pun jalan amik dan masuk umah balik. Jangan nak jadi pemalas lak..haaaa, kan dah kena bebel :p

Alaaaa, bukannya malas nak g amek..nanti membazir jerk bunga yang kat dalam peti ais tu. Busuk macam tu jerk…(alasan!!) hahaha

Mak aku lak sambung…takder…pegi ambik daun pandan gak…..

Mak aku dah guna kuasa diktator...huhu Hambek ko!!