Sunday, August 14, 2011

Cerita itu dan ini tentang my new E

iiii...kali ni aku excited sgt nak ceritakan pasal my new E.. E tu apa?? Haa...tungguuu..hehehe

Sebelum tu....emmm, dalam tak sedar, hari ni dah hari yang ke 14 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah...tapi, dalam tak sedar jugak, ramadhan sedang bergerak menuju ke penghujungnya. Haa, dah rebut peluang pahala sebanyak yang mungkin ke belum?? Kepada yang belum and kepada yang nak tak nak jerk rebut peluang tu, masih ada peluang lagi..cepat-cepat k. Sebelum terlambat coz kita tak sure samada umur kita masih cukup panjang untuk bertemu lagi dengan ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini pada tahun akan datang.....

   >>> Sebenarnya, ini adalah peringatan untuk diriku jugak <<<

Owrite, pasal E yang aku nak ceritakan awal-awal tadi. Actually, it's all about my new experience. What experience?? Working experience maa...hehehe

Masa first day aku pegi kerja, aku tersesat entah ke mana. Sume ni salah pakcik rapid tu. Aku betul-betul percayakan dia. Sekali dia bagi salah info. Maka tersesatlah aku pada hari kejadian. Masa aku entah kat mana-mana tu, aku macam bertaubat tak mau kerja. Kalau macam ni baik aku tak payah kerja. Baik aku balik kampung jerk. Lagi best...

Pada pagi kejadian (8.15 pagi)
Aku: Kak, bas tu lalu ikut mana nanti?
Sorang akak: Entah la dik, akak pun bukan orang sini (sambil tersengih)

Adoi...nak tanya sape ni..mati kutu aku macam ni. Kemudian kan, nak jadikan ceritakan, keluar la sorang pakcik dari dalam pondok yang memang untuk pemandu-pemandu bus rapid.

Aku: Cik, bas yang mana ek lalu ........??
Pakcik rapid: Bas yang tu la.

Aku pandang bas yang ditunjuk oleh pakcik tu..Oh My God!! Biaq betoi...bas tu dh penuh and ramai lagi yang nak masuk. Mau tak mau aku pegi tumpang sekaki menyemakkan bus tu. Oleh kerana itu, maka terlewat la aku sampai office pada first day aku. Tak patut kan? Memang sangat tak patut. Pukul 9 lebih baru bus balik ke tempat asal (tempat aku naik tadi).

Lepas aku turun dari bus tu, terus aku naik teksi. Tak sampai sepuluh minit pun dah sampai k. Pakcik rapid tu punya pasal la..Aku punya percaya sebab dia pakai uniform yang tertera RAPID!! huhuhu. Ingat sekali, nak tergelak pon ada..sabau jerk la kan...

Kat office plak, biasa la kan, orang baru akan dikenalkan pada orang lama. Terjadi lagi satu insiden yang tak berapa diingini. Emm, apa la nasib..huhuhu. Kiranya ni second time la aku terpaksa berdepan dengan benda macam tu. Hopefully, dah tak ada yang ke 3..cukup la... Bantu la hambamu ini Ya Allah!!

Masa aku kat office, kawan aku lak message tanya ok ke tak keje. Aku tak tahu nak cakap apa, tak best giler. Mungkin mood aku dah spoiled masa tersesat nak g office tadi kot. Aku cakap ngan kawan aku, kalau aku tak nak g keje dah esok boleh tak?? hahahaha. Kawan aku gelak jerk.....huhuhu. Tapi apa pun aku sedaya upaya cuba untuk paham apa yang diajar kepada aku tentang system yang company tu gunakan, walaupun time tue kepala aku dah macam ting tong sikit kan...

Tapi bila dh cukup 5 hari kerja kat situ, aku rasa macam ok jerk sebenarnya. Aku cakap ngan diri aku, sabar and cari pengalaman walaupun ada sesetengah benda yang aku tak suka and buat aku rimas.. So far, aku rasa macam aku boleh bertahan and akan cuba adapt dengan keadaan sekeliling. Tapi lepas-lepas ni, tak tahu la apa akan jadi kan?? Hopefully, everything going smoothly....hopefully!!!

Oh ya, terlupa lak. Aku ada satu lagi experience nak cerita. Semalam kan, for the first time in my life, aku merempit g KL. Merempit di sini bukan la aku buat aksi macam mat-mat rempit tu yer...yang ni lain ceritanya. First time kot aku g KL naik motor. Kawan aku la yang bawak. Aku ni penakut. Nak bawak motor g pekan dekat ngan rumah kat kampung pun tak berani, tak kan aku nak bawak motor kat KL plak kan?? huhuhu.

Pengalaman baru sebenarnya. Takut pun ada, seronok pun ada. Seronok sebab tak terperangkap dalam jem. Yang takutnya plak, kawan aku bawa laju kot..macam ngeri jap..hehehe. Papehal pun, thanks to my fren coz sudi bawa aku g KL ngan motor and teman aku g cari barang kat masjid jamek...I sayang U lebih la semalam....hahahaha.

Akhir kata: Peace no war!!

Penutup kata: Selamat Bersahur kepada semua!!!

Friday, August 5, 2011

New Journey

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari yang ke 5 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sehingga hari ini, aku masih berjaya menyempurnakan solat terawih. Alhamdulillah, walaupun perasaan malas itu ada, aku paksa and gagahkan diri jugak untuk merebut pahala sunat berterawih yang datangnya bukan selalu. Hanya sekali setahun. Ntahkan bersua ntahkan tidak Ramadhan yang akan datang. Ntahkan berpeluang ntahkan tidak untuk aku berterawih pada tahun hadapan. Andai peluangnya masih ada, ingin aku bertemu lagi. InsyaAllah.

This coming monday yang bersamaan dengan 8 August 2011, merupakan first day aku mula kerja. Bermula la new journey in my life nanti. Mula kerja dalam bulan Ramadan, sudah pasti cabarannya berganda memandangkan aku terpaksa travel jauh untuk ke tempat kerja setiap hari. Semoga aku tidak lemah. Semoga aku terus kuat dan tabah..ameen.

Sebelum aku mengundur diri, ingin aku memberi peringatan kepada diriku sendiri:

  • jangan jadikan alasan penat bekerja untuk menjadi alasan kamu tidak berterawih.
  • jangan jadikan alasan penat bekerja untuk tidak mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran sebanyak yang mungkin setiap hari. Kalau tidak, kau tak akan sempat khatam bila Ramadhan dah sampai penghujung. Kena usaha lebih!!
  • jangan jadikan alasan penat bekerja untuk mengurangkan solat-solat sunat sepertiga malam mu.
  • jangan jadikan alasan penat bekerja untuk melupakan azammu menjadi perempuan yang lebih baik.

Akhir kata: 
Kepada semua umat Islam di luar sana, rebutlah peluang yang datangnya bukan selalu, rebutlah pahala sebanyak yang mungkin. Peace no war!!

Kepada semua:
Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka and Selamat Bersahur!! :)