Thursday, May 31, 2012

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Ampunilah dosa-dosaku yang menggunung tinggi
Sesungguhnya aku sangat lemah tanpa petunjuk-Mu
Sesungguhnya aku buta tanpa bimbingan-Mu
Sesungguhnya aku cacat tanpa hidayah-Mu
Sesungguhnya aku sangat hina tanpa rahmat-Mu...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Sekiranya si dia adalah pilihan-Mu untuk ku
Sekiranya si dia adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu dan jannah-Mu
Peliharalah tingkah laku kami dari mendapat kemurkaan-Mu
Dan berilah aku keyakinan yang terus menerus...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Kurniakanlah aku sifat keredhaan dan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista dan sia-sia
Cekalkan lah hatiku dalam menempuhi segala dugaan-Mu...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan
Bimbinglah aku dengan petunjuk-Mu
Sekiranya aku melakukan kesilapan dan alpa akan keterlanjuranku
Bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai...

amin Ya Rabbal aa'lamin...


Sunday, May 27, 2012

Bed Time Story~


"Ibu, nanti sebelum tidur, ibu nak cerita pasal apa pulak?" soal si putera kecil.

"Owh..malam ni your abi's turn. Ibu pun tak sabar nak dengar cerita abi ni nanti" ujar si ibu sambil tersenyum memandang si suami.

Si putera kecil berjalan ke arah abinya. "Abi, cerita apa nanti? Semalam umi dah cerita pasal Nabi Ibrahim. Malam ni abi nak cerita pasal siapa pulak? Mesti seronok" si putera kecil sangat teruja bertanya.

"Haaa, itu rahsia. Nanti tak surprise. Betul tak ibu?" si suami tersenyum sambil mengenyit mata ke arah si isteri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keluarga bahagia. Dua perkataan inilah yang terlintas di fikiran ku selepas membaca dialog di atas. Aku cemburu. Berpeluangkah aku merasai kebahagian sebegitu. Bercerita kepada anak2 tentang kehebatan-kehebatan nabi-nabi dan rasul-rasul Allah sebelum mereka tidur. Bed time story~

Hmmm, bercakap pasal bed time story, aku tak rasa ramai yang faham kepentingannya. Bagi aku, bed time story tu perlu. Sangat penting. Aku nak amalkan dengan anak-anak ku some day in future, InsyaAllah. 

Bagi aku, ibu bapa kebanyakannya sibuk mencari rezeki di siang hari dan masa terlalu cemburu untuk di luangkan bersama-sama dengan anak-anak. Maka, waktu yang diluangkan bersama anak-anak sebelum mereka tidur sangatlah berharga. Sangat berharga untuk anak-anak merasai kehadiran ayah dan ibu mereka. Merapatkan lagi silaturrahim sebenarnya; terasa disayangi, dikasihi dan dihargai.

Ada jugak aku terbaca di salah sebuah buku yang aku dah lupa tajuknya, bed time story ada impak yang sangat besar terhadap anak-anak. Yang utama, silaturrahim yang aku cakapkan tadi. Selainnya, membacakan cerita untuk anak-anak dengan sebutan yang betul dan berbincang pasal moral of the story boleh membantu mereka untuk develop skil mereka dalam kreativiti dan kefahaman. Membantu mereka lebih aktif di dalam kelas di sekolah. Dan macam-macam lagi kesan-kesan positifnya yang sangat bagus. InsyaAllah ingin aku menambah lagi ilmu dalam bab ni.

Aku teringin sekali untuk menceritakan kisah-kisah nabi dan rasul Allah serta para sahabat yang hebat kepada anak-anak andainya aku berpeluang untuk bergelar seorang ibu. Untuk itu, aku kena persiapkan diri dulu, bermula dari sekarang. Untuk menjadi ibu pada zaman serba moden dan canggih ni bukan macam ibu-ibu pada zaman dahulu. Anak-anak sekarang, sangat bijak. InsyaAllah, dengan izin Allah aku ingin menjadi ibu yang panjang akalnya dalam mendidik anak-anak menjadi yang soleh dan solehah kepada ayah nya yang soleh. Aamiin...

Akhir kata: jom persiapkan diri!!

Peace no war!!

Wednesday, May 9, 2012

Where You Are Now & Where You Want To Be~


Where are you now?
Cer try cek tengok. Saya sekarang ada kat opis. Semua orang dah balik tapi saya tak balik lagi and sedang duduk kat atas kerusi depan PC menaip sesuatu :p (ok. enough. ni dah nak masuk zon merapu)

Sekarang ni saya nak menulis pasal title kat atas tu sebenarnya.

Meng 'identiyfy' di mana kita sekarang agak penting untuk menuju 'where you want to be' - someday in future.

Kenapa??
Sebab....di mana kita sekarang sedikit sebanyak berkaitan dengan apa yang kita tengah buat sekarang. Dan apa yang kita tengah buat sekarang sedikit sebanyak will lead us to where we want to be (capai cita-cita kamu - goal dalam hidup) 
(macam penin lak ayat aku ni huhuhu :p) 
If kamu spend a day meaninglessly, adakah kamu rasa kamu boleh berada di tempat/posisi impian kamu tu nanti? (renung-renungkanlah..........)

Tambah lagi, ada sesetengah orang mempunyai pemikiran yang sebegini:
  • "nantilah. belom masanya. dah sampai masanya nanti, aku buat la. tunggu masa sesuai"
  • "alaa, hari ni jerk aku main-main. esok lusa nanti aku start la"
  • "alaa, hero biasanya dia punya action lambat sikit. bagi la can kat orang lain dulu"
Ini semua sebenarnya berkaitan dengan 'attitude'. Pemikiran begini patut dibuang kalau nak berjaya. Masa tak menunggu kita.
(ini merujuk aku jugak :p)

Namun, tak dinafikan la, there will always be challenges or obstacles yang kadang-kadang membuatkan kita hampir tersungkur dan terasa sangat lemah tak berdaya untuk terus melangkah.

Tetapi, kita kena selalu ingat, ulangan, selalu ingat ..bahawa setiap langkah yang kita ambil tu (yang kekadang jatuh, kemudian bangun. jatuh lagi dan bangun lagi) sebenarnya membuatkan kita lebih kuat dan lebih confident untuk terus melangkah. Betol tak? Haaaa...betol kan.... ^__^

Jadi, tak payah la nak cakap "emm, belom masanya lagi" atau yang seangkatan dengannya. Itu semua alasan semata. So, don't wait until everything just right because it will never be perfect (perfect time). Just do what you need to do starting from now.

Now is the only moment that guaranteed to you because you will never know what will happen next. So, DON'T MISS IT!!


Akhir kata: Jom balik!! Peace no war!!

Tuesday, May 8, 2012

Aku yang boring kat OPIS~


Scrolling down. Scrolling up. Scrolling down. Scrolling up. Nak buka website apa lagi pun tak tahu dah. Hari-hari ngadap tenet sampai dah tak tahu nak buat apa. Hari ni biasanya memang tak banyak kerja sebab shipment tak ada. Aku rasa dah macam mati kutu. Boringnya....

Kerja yang ada dah settle. Nak buat apa lagi nih..??? Emmm..rasa macam dah lama tak melukis. Kertas recycle yang aku potong kecik-kecik aku ambil. Tetiba rasa nak lukis something yang dah lama aku tak lukis. Kalau dulu, setiap buku study aku mesti ada gambar benda ni. Sampai kawan-kawan aku pun tahu, kalau jumpa benda ni kat buku dorang ke, kat mana-mana ke, tak ada orang lain dah yang conteng. hohoho.. 

Apakah benda itu?? Tadaaaaa...inilah hasilnya...hehehe :p


Inilah cendawan. Kawan-kawan aku semua tahu aku dengan cendawan ni macam sinonim. Ada satu lagi aku suka..P.E.L.A.N.G.I...
Aku = Cendawan = Pelangi 

kawan-kawanku tahu formula ni :p

tapi pelangi ni aku x pandai nak lukis. Mesti tak cantik kalau aku cuba lukis. Buruk bebenor rasanya..So, tak payah la aku masukkan kat sini..hihihi


Tuesday, May 1, 2012

Tambah Collection Buku~

Last Sunday, 29th April 2012 bersamaan 17 Jamadilakhir 1433, aku pegi book fair kat PWTC. Macam best sangat nak pegi pesta buku. Dari awal bulan lagi dok menghitung hari sambil save budget nak beli buku. Siap paksa kawan temankan. Sebab itu ajelah alasan yang aku ada untuk jumpa dia. Siap buat ayat kesian, "jom laa,  saya tak ada kawan nak pegi ni. Cakap kat ayah, nak pinjam anak dia yang sorang ni hari tu jerk..pleaseeee......" menjadi jugak pujukan ku. Sebab aku rindu sangat nak jumpa dia...Terima kasih awk sebab temankan saya. Tapi sebenarnya aku ajak adik aku jugak temankan. Ada la jugak kawan kan..hihihi :p

Pada hari kejadian, yang tak tahannya, masa aku sampai PWTC tu orang tersangat lah ramai. Safee Sali (betol ke tak aku eja nama dia ni) ada kat situ. Apa yang dia buat kat pesta buku?? Tak paham kan. Aku nak jalan pun payah. Nak jadikan cerita terpisah ngan kawan. Ayat tak boleh blah kan..hahaha. Kawan aku ngan adik dia, aku plak ngan adik aku. Nak call, line tak ada. Masak betul.

Dah jumpa and beli buku yang aku nak, terjumpa balik ngan kawan aku.

"Akak beli buku apa? Nak tengok." 

Aku suakan plastik. Kawan aku gelak. "Semua buku pasal rumahtangga tu..hahaha".

"Erk..ye ke??" Aku tengok balik buku-buku yang aku beli tadi. Aduhai.......rasa malu dengan kawan aku tetiba..huhu.

Aku kan nak jadi ibu yang baik, ibu mithali. Kena la persiapkan diri dari sekarang. Ilmu agama kena perbaiki dari semasa ke semasa. Sebagai bekalan untuk mendidik anak-anak di masa hadapan. Sebab bagi aku, ilmu agama patut diterapkan dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil lagi. Semasa mereka memerhati dan belajar apa yang ada di sekeliling mereka. Ini pendapat aku la. Bagi orang lain aku tak tahu sebab, lain orang lain caranya ^__^

Selain tu, aku ada gak la beli novel. Bila aku nak baca entah. Minatku dengan novel dah berkurang sejak akhir-akhir ni. Melainkan novel Islamik Fatimah Syarha. Aku suka baca tulisan dia. Sedikit macam memberi inspirasi kepada diri untuk menjadi wanita solehah. Sebab wanita solehah tidak akan dipinang oleh lelaki yang tidak soleh.

Buku-buku yang dibeli dah balut cantik. Tunggu nak baca jerk. 

Akhir kata: Jom menelaah buku yang bertimbun kat tepi lappy nie!! 

Penutup kata: Selamat membaca!