Sunday, May 27, 2012

Bed Time Story~


"Ibu, nanti sebelum tidur, ibu nak cerita pasal apa pulak?" soal si putera kecil.

"Owh..malam ni your abi's turn. Ibu pun tak sabar nak dengar cerita abi ni nanti" ujar si ibu sambil tersenyum memandang si suami.

Si putera kecil berjalan ke arah abinya. "Abi, cerita apa nanti? Semalam umi dah cerita pasal Nabi Ibrahim. Malam ni abi nak cerita pasal siapa pulak? Mesti seronok" si putera kecil sangat teruja bertanya.

"Haaa, itu rahsia. Nanti tak surprise. Betul tak ibu?" si suami tersenyum sambil mengenyit mata ke arah si isteri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keluarga bahagia. Dua perkataan inilah yang terlintas di fikiran ku selepas membaca dialog di atas. Aku cemburu. Berpeluangkah aku merasai kebahagian sebegitu. Bercerita kepada anak2 tentang kehebatan-kehebatan nabi-nabi dan rasul-rasul Allah sebelum mereka tidur. Bed time story~

Hmmm, bercakap pasal bed time story, aku tak rasa ramai yang faham kepentingannya. Bagi aku, bed time story tu perlu. Sangat penting. Aku nak amalkan dengan anak-anak ku some day in future, InsyaAllah. 

Bagi aku, ibu bapa kebanyakannya sibuk mencari rezeki di siang hari dan masa terlalu cemburu untuk di luangkan bersama-sama dengan anak-anak. Maka, waktu yang diluangkan bersama anak-anak sebelum mereka tidur sangatlah berharga. Sangat berharga untuk anak-anak merasai kehadiran ayah dan ibu mereka. Merapatkan lagi silaturrahim sebenarnya; terasa disayangi, dikasihi dan dihargai.

Ada jugak aku terbaca di salah sebuah buku yang aku dah lupa tajuknya, bed time story ada impak yang sangat besar terhadap anak-anak. Yang utama, silaturrahim yang aku cakapkan tadi. Selainnya, membacakan cerita untuk anak-anak dengan sebutan yang betul dan berbincang pasal moral of the story boleh membantu mereka untuk develop skil mereka dalam kreativiti dan kefahaman. Membantu mereka lebih aktif di dalam kelas di sekolah. Dan macam-macam lagi kesan-kesan positifnya yang sangat bagus. InsyaAllah ingin aku menambah lagi ilmu dalam bab ni.

Aku teringin sekali untuk menceritakan kisah-kisah nabi dan rasul Allah serta para sahabat yang hebat kepada anak-anak andainya aku berpeluang untuk bergelar seorang ibu. Untuk itu, aku kena persiapkan diri dulu, bermula dari sekarang. Untuk menjadi ibu pada zaman serba moden dan canggih ni bukan macam ibu-ibu pada zaman dahulu. Anak-anak sekarang, sangat bijak. InsyaAllah, dengan izin Allah aku ingin menjadi ibu yang panjang akalnya dalam mendidik anak-anak menjadi yang soleh dan solehah kepada ayah nya yang soleh. Aamiin...

Akhir kata: jom persiapkan diri!!

Peace no war!!

No comments:

Post a Comment