Monday, September 30, 2013

Speechless


Aku tak tahu macamana nak mula...

Ermmm..aku rasa aku pernah rasa apa yang kawan aku rasa sekarang ni. Situasi yang sama aku hadapi tahun lepas. Berat hati nak melepaskannya pergi. Tapi terpaksa merelakan. Tinggal aku sorang-sorang yang akan meneruskan kehidupan di sini. Bezanya, selepas 3 bulan dia kembali ke sini. Kembali ke sisiku..hehe (ayat tak boleh blah)

Tadi masa aku tengah khusyuk menekan kalkulator nak kira stok, tiba-tiba kawan aku yang sedang baring kat sebelah bersuara (aku ingat dia dah terlena..rupanya belum)

Dia cakap tadi masa dia sembang ngan mak dia...mak dia tanya makan apa hari ni. Then dia cakap la aku masak. Pastu mak dia cakap sedih la plak, sebab lepas ni kan aku dah nak kawin, tinggal kawan aku ni sorang-sorang. 

Masa kawan aku bercerita tu, aku tetiba kalih ke arahnya. Cepat-cepat dia kesat air mata. Owh my......dia menangiskah. Aku tetiba speechless. Tak tahu nak cakap apa. Aku hanya jawab..Owh ye ke...sambil gelak. Awkward tetiba. Aku meneruskan kerja aku. BUT...hakikatnya aku tak boleh fokus. Rasa sayu lak di hati. Mungkin dia sedih, lepas ni dah takder kawan nak gaduh, kawan nak bebel and kawan yang bebel kat dia. Kawan yang dah tak mungkin kembali ke sisinya lagi...hahaha...aku rasa aku pernah tulis pasal ni sebelum ni. Tapi tak ingat entry tajuk apa..

Jangan risau kawanku. Aku pasti merinduimu jua. InsyaAllah ada masa luang, ku datang melawatmu di sini. Ku 'paksa' jugak bakal hubby ku nanti k.. 

Sayu jerk aku pandang muka dia yang tengah tidur kat sebelah ni. Jangan menangis depanku please...nanti aku nangis sekali..waaaaaaa...sob sob...hatiku sebak jugak sebenarnya..sabar je laa...

Kerja banyak nak kena siapkan malam ni nie......



Saturday, September 28, 2013

Jangan zalim


Kepala aku sakit lagi... arghhh... tak suka tak suka tak suka... sangat tak suka. 

Siapa yang salah?? Sendiri tanggung laa... sapa suruh g nangis and pastu tak boleh tidur... memang sendiri cari penyakit la kan... 


Tapi sakit ok. Sakit kat bahagian atas & belakang kepala. Tadi masa solat subuh... lamaaa aku sujud. Kenapakah?? Sebab sangat selesa dok dalam keadaan macam tu. Mengurangkan tekanan yang aku rasa sakit kat belakang kepala.. amazing kan.... 


# asyik sakit kepala jerk... adoiii.. jaga diri la sayang.. jangan jadi zalim pada diri sendiri k... 




Tuesday, September 24, 2013

Malas tol nak menulis =_='


Pejam celik pejam celik..rupa-rupanya dah lama gak aku tak menulis kat blog ni. Dah berkulaaaat...huhu syiannyerrrr....

Aku takder apa nak citer sebenarnya. Tapi kali ni ada la kan.....

Aku sebenarnya baru betul-betul sihat dari demam last week...seksa yang teramat. Seingat aku ini kali yang ke 2 aku sakit macam tu sekali. Sakit yang buat aku asyik fikir dah nak mati ke?? Kali pertama masa form 3 dulu2 kot yang sampai seminggu aku bercuti dari bersekolah. Tapi time tu sakit pun aku kat rumah kot...my mom ada...

Last week tu, Allah sahaja yang tahu. Adikku jerk yang ada. Last2 mak aku suruh kakak datang ambil aku kat sini. Stay umah akak sampai seminggu gak la. Kakak aku la yang jadi tukang urut yang setia, sampai pedih2 kulit aku. hahaha...dan nak jadi citer, besday ku last week..18 september...besday dalam keadaan sakit. Besday la sangat kan...asyik ingat dah nak mati jerk...takut giler. Tak sempat nak kahwin kah?? (kawin jugak yang dia ingat...adeiiii)

Bila balik gombak, rasa macam nak demam balik. Mungkin sebab kena angin luar masa balik ke sini. Yer la...naik komuter + LRT kan..ermmm, asyik tido jerk..sampai laa semalam..asyik rasa penat yang sangat..hari ni aku rasa dah sihat. Dah siap kuar g kedai tadi beli barang dapor. Alhamdulillah. Takder la rasa penat yang melampau. Dah sihat..yeayyy....

Tapi...aku tak puas hati, asal apa jerk yang aku masak sehari dua ni...tak sedaaap...tak menjadi..sampai aku cakap ngan kawan aku, 'dah laa, aku taknak masak dah...ada jerk yang tak kena...masin la apa la...sedey T_T'

Kawan aku pun selalu cakap, kenapa ngan kau sebenarnya, sejak dua menjak ni aku tengok kau lain sangat. Macam fikiran kat tempat lain... Kenapakah?? What happen to you....

Penangan sebab nak kahwinkah?? Terlalu banyak yang difikirkan. Persiapan entah kemana lagi..atau sememangnya umurku dah nak sampai ke penghujungnya......


Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan aku seorang isteri dan seorang ibu......dah lama rasanya aku tak sertakan doa ini dalam doa harianku.....