Tuesday, August 28, 2012

Pupa TURNS to rama-rama.CANTIK!!


Pagi tadi kul 7.30 tetiba hujan turun dengan lebatnya. Sangat lebat. Lepas hujan dah reda, aku turun and naik bus pegi UIA jap. Nak pegi bank. Selamba jerk SMS bos. 'Salam. Saya masuk lambat. Saya pegi bank kejap.' Lepas tu bos reply 'OK'..hahaha. Selamba jerk aku kan. Macam berani nak mati. 

Lebih setengah jam jugak la aku melekat kat bank tu. Setelkan apa yang patut. Pastu jalan pegi tunggu bus balik. Lama la plak tunggu bus yang tak muncul-muncul. Tetiba aku terpandang something. Subhanallah! Cantik! 

Apakah?? 

Tadaaaaaa, inilah hasil skil tanganku meng'snap' gambar yang tak berapa terer sangat. Tapi tak per la kan. Janji aku sukaaaa ^__^

Ni gambar dia tengah keluar dari kepompongnya. 

Ni dah lepas dia kuar habis satu badan. Sayap dia masih kedut-kedut. Cantik!

Dah kembang semua sayap dia. Sangat cantik kan?? 

Warna dia sepatutnya lagi terang dan cantik. Tetapi memandangkan camera hand phone ku tersangat la canggih....

Dok syok snap gambar rama-rama tu, tetiba ternampak satu benda. Geli lak rasa tetiba. Rama-rama ni ada kawan rupanya. Snap gak la gambar kawan dia tu walaupun aku rasa geli nak mati..hahaha. Comel!!



Akhir kata: Terima kasih cik rama-rama sebab awak dan kawan awak, saya tak da la boring sangat tunggu bus lama-lama. Walaupun aku rasa ramai jerk yang dok lalu kat jalan tu tengok aku. Apa la yang perempuan tu buat?? hahaha. Lantaklah. Janji aku bahagia. 

Masuk opis pun dah pukul 11 lebih. Terus cakap ngan bos. Sorry, saya lambat sangat. Pastu bos cakap: takper..

Happy!
Bertambah lagi warna warni dalam diari hidupku hari ini.




Bantulah aku ya Allah


Entah kenapa dari siang tadi aku rasa macam ni. Rasa macam something yang ada terbuku di dalam dada tapi tak ada tempat nak luah. 

Tadi punya la boring. Sooo, lonely. Kat opis tak ada kawan. Kat rumah plak tak ada roomate. Tak ada orang nak sembang. Nak membaca, 'M00D' membaca tu tak ada la plak. Nak tengok TV..tak ada cerita best kot...KOT?? hahaha. Lepas buka puasa tadi terus melepak dalam bilik kan? Bila masanya aku tengok TV?? Musykil tol..

Pastu dok fikir nak layan sudoku or cross word puzzle?? Last aku capai cross word puzzle. Seronok jugak....sambung puzzle yang tak habis aku layan lepas subuh tunggu nak pergi kerja pagi tadi. Buku-buku ini la penemanku sejak dua menjak ni. Sayu lak rasa tetiba T_T

Tapi papehal pun terima kasih kepada housemate ku kerana sudi join aku melepak di bilik ku ini. Sembang macam-macam. Cross word puzzle satu pun tak boleh siap. Ada cari tak jumpa...hahaha. Thanks housemate ku sebab tambah lagi satu warna dalam diari hidupku hari ni ^___^ 

TAPI, ada something buat aku nevessssss..hmmm, hopefully everything ok and berjalan lancar. InsyaAllah. Aamiin! Rabbi Yassir Wala Tu'assir...

Hopefully aku tak ambik masa yang lama sangat untuk buang jauh-jauh rasa yang ada terbuku di dalam dada  ni sebab ia tak patut ada pun sebenarnya. Rasa ni sebenarnya aku sangat DISLIKE!! Buat aku rasa tak tenang dan senang hati.

Akhir kata: Ikhlaskan hati mu my dear!! Believe in yourself....You can do it!!

Bantulah aku ya Allah..



Monday, August 20, 2012

Salam Lebaran

2 Syawal 1433 H

Hari ni 2 Syawal. Maknanya dah masuk raya ke 2. Dari pagi dok fikir hari ni nak pegi mana. Tetiba adik aku cakap nak pinjam kereta kakak satu. Boleh la g jalan raya beraya...hahaha

Kali ni aku bukan la nak bercerita pasal aku yang merepek ke apa. Cuma, sempena raya ni aku nak membuat sedikit ucapan.

To all my followers (macam la banyak sangat :p), loyal readers (ada ke??), silent readers (yang ni lagi musykil, ada ke??) and stalkers (macam tak ada jerk! :p), maafkan aku atas segala kekhilafan yang mungkin tanpa sedar aku lakukan dalam mencoret ceritera tentang aku di sini. Andainya ada yang tak menyenangkan hati semasa membaca, andainya ada yang mengguris hati semasa membaca, aku menyusun 10 jari memohon keampunan dan kemaafan.

Buat teman2, rakan2 dan family, terima kasih kerana kehadiran kalian menambahkan banyak lagi warna dalam kehidupan seharianku. Terima kasih semua (walaupun mereka bukannya baca blog aku ni pun :p)

Akhir kata: Semoga segala amalan yang kami semua lakukan semasa Ramadhan yang baru saja berlalu, benar-benar membuahkan hasilnya. Semoga ia diterima sebagai bekalan kami untuk ke akhirat sana kelak. Amin ya rabbal a'lamin.

Oh ya tak lupa juga kepada si dia. Terima kasih kerana hadiahkan sebuah puisi pagi tadi.

Puisi terima kasih pemberi cinta~ sooo sweeeeet ^__^ Terharuuu...nasib baik aku tak tergaru-garu..hahaha.

Terima kasih awak. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya.

Penutup kata: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.



Thursday, August 9, 2012

What shud I Do?


Waaah...hari ni dah 21 Ramadhan..cepatnya masa berlalu. Macam baru jerk start puasa. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya Ramadhan dah nak habis dah. Sedih pulak tetiba. Banyak lagi aku tak sempat nak buat untuk rebut pahala lebih. Ada masa lagi! Do your best!

Emmm, hari ni aku tak berapa sihat sebenarnya. Selsema. Kepala berdenyut-denyut dari pagi ni. Rasa nak termuntah pun ada. Tapi bertahan je la. Sabar, jap lagi nak balik. Lebih kurang sejam lebih jerk lagi. Kerja pun dah abis untuk hari ni.

Aku risau sebenarnya. Kenapa la sejak dua menjak ni selalu jerk tak sihat. Kalau sebelum ni, especially time belajar, agak payah gak la nak sakit ke demam ke apa. Cuma sakit kepala je la kadang-kadang tu. Selalunya dulu-dulu 2 or 3 tahun sekali baru aku demam or pegi klinik jumpa doktor. Doktor nak cari rekod aku pun payah sebab lama sangat. Tapi sekarang ni kenapa yer?? Emmm, faktor umur kot. Dah tua la aku ni rupanya..huhu ^__^

emmmm..selain tu, ada sesuatu yang mengganggu fikiranku. Apa yang aku boleh buat untuk membantu. Sedih...tak banyak yang aku boleh buat untuk membantu. Aku hanya mampu berdoa agar dia tenang dan ok. Hopefully.

Tetiba aku teringat apa yang aku baca semalam. Ujian itu cara Allah mentarbiyah kita. Dalam ujian itu, Allah selitkan nasihat untuk melakukan kebaikan. InsyaAllah kalau kita ikut nasihat dan berterusan melakukannya tanpa rasa jemu, Allah akan menampakkan jalan penyelesaian untuk masalah yang ada. Kemudian, Allah akan tambahkan lagi dengan nikmat-Nya yang kekadang kita tak pernah terfikir pun yang kita akan dapat.

Allah bagi ujian agar kita kembali dekat kepada-Nya. Tengoklah ujian tu dari positive side. Yer, memang payah tapi tak mustahil bukan? Kalau orang lain boleh kenapa tidak kita? Teruskan berdoa dan meminta kepada-Nya, banyakkan lagi solat malammu, banyakkan lagi bertadarrus dan bertadabbur al-Quran. Kemudian, usahalah sedayamu dan bertawakkallah kepada-Nya. Semoga jalan penyelesaian terbuka luas di hadapanmu kelak.

'Allah ada rancangan yang lagi hebat untuk kita' - percayalah dengan sepenuh hatimu!


Akhir kata: 
Jom banyakkan lagi berdoa especially di bulan Ramadhan yang mulia ini. Berdoalah sebanyak yang mungkin. Semoga Allah permudahkan segalanya.

Semoga dia tenang, kuat dan tabah selalu~