Monday, August 20, 2012

Salam Lebaran

2 Syawal 1433 H

Hari ni 2 Syawal. Maknanya dah masuk raya ke 2. Dari pagi dok fikir hari ni nak pegi mana. Tetiba adik aku cakap nak pinjam kereta kakak satu. Boleh la g jalan raya beraya...hahaha

Kali ni aku bukan la nak bercerita pasal aku yang merepek ke apa. Cuma, sempena raya ni aku nak membuat sedikit ucapan.

To all my followers (macam la banyak sangat :p), loyal readers (ada ke??), silent readers (yang ni lagi musykil, ada ke??) and stalkers (macam tak ada jerk! :p), maafkan aku atas segala kekhilafan yang mungkin tanpa sedar aku lakukan dalam mencoret ceritera tentang aku di sini. Andainya ada yang tak menyenangkan hati semasa membaca, andainya ada yang mengguris hati semasa membaca, aku menyusun 10 jari memohon keampunan dan kemaafan.

Buat teman2, rakan2 dan family, terima kasih kerana kehadiran kalian menambahkan banyak lagi warna dalam kehidupan seharianku. Terima kasih semua (walaupun mereka bukannya baca blog aku ni pun :p)

Akhir kata: Semoga segala amalan yang kami semua lakukan semasa Ramadhan yang baru saja berlalu, benar-benar membuahkan hasilnya. Semoga ia diterima sebagai bekalan kami untuk ke akhirat sana kelak. Amin ya rabbal a'lamin.

Oh ya tak lupa juga kepada si dia. Terima kasih kerana hadiahkan sebuah puisi pagi tadi.

Puisi terima kasih pemberi cinta~ sooo sweeeeet ^__^ Terharuuu...nasib baik aku tak tergaru-garu..hahaha.

Terima kasih awak. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya.

Penutup kata: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.



No comments:

Post a Comment