Saturday, June 23, 2012

w.e.e.k.e.n.d


Hari ni for the whole day, aku lepak rumah. Take my rest....take rest sambil membaca buku..

Teringat kisah take your rest and take my rest semalam..hahaha. Nama pun semalam kan. Dah lepas. So, dah masuk kategori MEMORY.

Hari ini aku membaca. Yer, membaca buku. Tetiba rasa rajin nak membaca. Kesian buku-buku yang aku beli dah lama tapi masih belum baca. Tak ada masa. Selalu weekend pun aku tak ada kat rumah. So, bila ada masa nak baca kan. Hari ni aku mula membaca balik. Membaca sambil ada satu pensil kat tangan. Senang nak conteng notes2 penting untuk aku. Senang nak refer balik kalau tetiba aku teringat apa yang aku dah baca tapi lupa apa yang aku baca exactly (rasa macam pening lak ayat aku nih bila baca balik..hahaha NASIB LERR).

Dok tengah syok membaca, kawan aku cakap dia lapar. Nak makan biskut cicah air milo katanya. Aku buat derk jerk sambil baca buku. Fokus la kononnya kan. Jahat lak rasa. Maafkan aku my friend :p

Tetapi, fokusku terganggu. 

Arghhh..aku dah tak tahan.... 

Kawan aku tetiba terkejut berpaling ke arah aku.

Kenapa?

Hahaha..aku gelak. 'eeee, aku ngilu la..dengar sudu ko berlaga ngan mug tu'.

Ok ok. sorry..katanya. Pastu sedaya upaya dia cuba untuk pastikan sudunya tak berlaga dengan mug.

Hahaha..kesian lak aku tengok. 'Tak per la. Aku pegi baca kat tempat lain'. 

Pastu aku pegi lepak kat ruang tamu tapi masih jelas di telingaku bunyi sudu tu cuma tak sekuat tadi. Aku tergelak sorang-sorang di ruang tamu and meneruskan pembacaan.

Hmmmm, aku memang ngilu kalau dengar:

~ sudu berlaga sudu (or seangkatan - garfu) 
~ sudip bergesel dengan periuk - pendek kata mana-mana BESI yang berlaga BESI - aku NGILU
~ sudu berlaga dengan gigi
~ sudu/sudip bergesel dengan lesung batu
~ gunting digesekkan ke simen

Dalam senarai kat atas ni, sudu dengan sudu and sudu dengan gigi yang aku paling tak boleh tahan. Automatik aku STOP bila dengar. Ngiluuuuu...rasa nak jerit..huhu :p

Setakat ni baru benda-benda ni yang menyebabkan aku ngilu. Yang lain tak tahu lagi. Tapi tak tahu la kan kot bertambah-tambah plak senarai ngilunya kan.. :p




Thursday, June 21, 2012

Di keheningan malam



Semalam, aku tetiba terjaga dari tidur. 
Kemudian terus terdetik di hati, adakah aku dikejutkan dari keasyikan mimpi agar aku sujud kepada-Nya? Teringat apa yang aku baca dalam buku sebelum aku tidur. Ya Allah...insaf tiba-tiba.


Aku bangun. Dengan kaki yang berat aku melangkah ke bilik air. Tahajjud masih belum menjadi suatu kebiasaan. Sejadah terbentang di depan ku tenung lama. Aku harus buat sesuatu untuk membantu diriku. Aku bimbang jika hatiku semakin keras membatu dan semakin jauh dari Allah.


Saat dahiku bertemu sejadah, dada aku diasak rasa pilu dan sebak. Tiada ungkapan yang mampu aku ungkapkan. Sebak mengenangkan dosa-dosa lalu. Sebak kerana selalu mengabaikan dan membiarkan hati ini kering daripada cinta-Nya.

Butiran jernih laju mengalir hingga ke telapak tangan. Aku malu dengan-Mu ya Allah. Aku selalu ingkar perintah-Mu. Aku selalu melupakan-Mu.


Dadaku kian hebat dicengkam rasa sebak.

Ya Allah, serulah hatiku. Tarbiahkanlah hatiku. Bangkitkanlah imanku. Teguh dan tetapkanlah hatiku pada jalan-jalan kebenaran-Mu. Aku insan yang lemah, yang kadang-kadang lemas dan tewas dengan dunia yang penuh dengan debu-debu kelalaian.

Ya Allah, bantulah hatiku. Hati ini perlukan penawar dan penawarnya hanya ada pada-Mu.