Tuesday, July 31, 2012

Entri Baru

12 Ramadhan 1433

Baru aku perasan, dalam bulan JULY ni tak ada satu pun entri baru yang aku post..huhu. Bukan tak ada. Cuma kebanyakkannya aku revert balik as draft. Macam tak sesuai untuk tontonan and bacaan umum pulak rasanya. Kononnya la kan :p

Ermmm, dari tadi aku fikir nak type pasal apa. Tetiba teringat cerita pasal semalam.  Teringat perbualanku dengan kawanku. Masa tu aku baru bangun dari tidur. Terjaga sebab my mom punya SMS. Lepas solat and mengaji sikit - aku baring, pastu terus GOAL!! Hilang ke dunia lain :p Kalau time macam tu pantang letak kepala, hilang terus. Tapi kalau dah kul 12 tengah malam punya la payah nak tidur. Puas aku golek sana golek sini. Tak mahu lena jugak. Payah betul.  Pelik kan...aku sendiri pun tak paham...hmmmmm....- (panjang pulak pasal tidurnya. bukan ke tadi nak cerita pasal selepas bangun tidur?? musykil lak aku..hahaha)

Owrite, berbalik pasal cerita lepas bangun tidur. Ikutkan hati dah malas nak bangun sebenarnya. Tapi memandangkan aku masih belum mandi, terpaksa la aku bangun mandi dan tukar baju. Silap lak tak mandi awal-awal. Tapi nak buat macamana. Semalam aku balik kerja lambat kot. Kesian aku kan. Sabar je lah. Dah la sorang-sorang kat ofis semalam. Sampai tertidur-tidur kat meja. Kelakar pulak bila teringat balik..hahaha Tapi tak ada la sampai meleleh air liur basi. Pleeeeeaaase la....aku bukan jenis yang macam tu k...hahaha - (adeiii..merepek lagi. belum juga ceritakan perbualan aku ngan kawan aku tu...sabau je lah :p)

Ok. Ok. Nak cerita la ni. Bangun-bangun jerk aku cakap ngan kawan aku. Eh bukan, bangun tidur aku call mak dulu kejap. Malas nak type sms. Lambat. Kononnya la kan :p

Lepas abis sembang ngan mak aku cakap kat kawan aku. 

Tolong mandikan aku weh..hahaha. Aku gelak. 

Pastu kawan aku pun gelak. 
Dia cakap, bila kau cakap pasal mandikan, satu benda jerk aku terfikir.

Apa dia? Aku tanya.

Mati.

Gulp..aku terdiam.
Pastu aku cakap, kau nak aku mati ke? Sampai hati..huhuhu. Sedey nyer. 

Lepas tu kawan aku cakap, ye lah, kau suruh mandikan. Dah mati la baru aku mandikan.

Waaaaaa. Sedeynyer. Sampai hati. Aku buat muka sedih. Kononnya :p

Pastu terfikir sorang-sorang, takut lak kalau aku mati awal. Amalan tak cukup lagi nak bawa sebagai bekalan ni. Rasanya masih jauh dari cukup. emmm, aku banyak dosa. So, wahai diri. Kamu tak nak buat sesuatu kah?? Jom bangun mandi dan sujud kepada-Nya. Paksa diri supaya jadi rajin. Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Bukan selalu ada. Jom rebut pahala. Entah kan bersua entah kan tidak dengan Ramadhan akan datang. Semoga umurku cukup panjang untuk bertemu lagi Ramadhan akan datang dan lagi yang akan datang. InsyaAllah ^_^

Pastu kul 12 nak tidur balik. Macam biasa puas dok golek golek baru lena. Tak tahu la lena pukul berapa. Jadi sampai di sini sahaja ceritaku untuk kali nie.

Moral of the story: 
Ada ke?? :p pandai-pandai la cari sendiri. Ni semua aku nak kena tulis. Penat laa :p hahaha...Alasan semata. Padahal tak jumpa. Sebab yang ada hanyalah cerita merepek pasal aku. 

Hasil nukilan: Aku yang tak ada idea. Merepek jerk pandai!

Akhir kata : Peace no war!!

Selamat bangun sahur kepada semua ^_^