Tuesday, January 25, 2011

Monolog Cahaya Jingga di Waktu Petang

Kebiasaannya, aku sangat-sangat jarang tidur di waktu petang. Tetapi pada hari ini, mungkin kerana sedikit kepenatan aku tertidur jua.  Tidur yang aman sekali kerana tiada gangguan. Tak macam selalu, ada sahaja anak-anak saudaraku yang akan masuk bilik bertanyakan itu dan ini. Oleh kerana itu, tidurku agak panjang dan sedar-sedar jerk jam dah menunjukkan jam 5:40 petang. Ya Allah, aku belum solat asar lagi.......

Setelah usai semuanya, aku terjenguk-jenguk keluar. Mana semua orang ni? Tinggal aku sorang jer kat rumah? Patut la senyap sunyi jer.. Jam di dinding menunjukkan 6:15 petang, aku turun ke laman rumah duduk di bangku. Sebenarnya aku agak takut duduk dalam rumah petang-petang sorang-sorang. Pelik kan? Aku pun tak tahu kenapa. Dari dulu macam tu...huhuhuhu. Penakut!! 

Suasana petang kali ni memang best. Nak tahu kenapa?? Matahari kan sedang terbenam. Ada cahaya jingga yang sedang memancar. Subhanallah...sangat cantik..^_^

Sedang asyik merenung cahaya jingga, tetiba aku terfikir. Berapa panjang lagikah usiaku?? Sudah cukupkah amalanku sebagai bekalan untuk bertemu ilahi?? Memikirkan persoalan ini, hati terasa sayu tetiba. Aku bukanlah hamba-Nya yang sangat taat kepada segala suruhan-Nya. Aku bukanlah seorang anak yang baik kepada ibu bapaku. Aku bukanlah seorang adik yang baik kepada kakak-kakak dan abang-abangku. Aku bukanlah seorang kakak yang baik kepada adik-adikku. Aku bukanlah seorang mak cik yang baik kepada anak-anak saudaraku. Aku bukanlah seorang kawan yang baik kepada kawan-kawanku. Masih banyak kekuranganku untuk menjadi taat kepada-Nya dan baik kepada semua orang. Lantas ku panjatkan doa, semoga aku masih diberi peluang untuk melakukan perubahan. Merubah diriku untuk menjadi yang lebih baik. Aku sedar akan kekurangan dan kelemahanku. Bantulah aku Ya Allah....

Terlintas di fikiranku kemudiannya, dunia sekarang sudah berada di penghujung zaman. Hari yang dijanjikan Allah akan tiba bila-bila masa sahaja. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sementara. Akhirat nantilah tempat yang akan kekal untuk selama-lamanya. Fakta ini memang sudah diketahui oleh Muslim secara am-nya. Cuma kita sering lupa dan kekadang ada juga yang buat-buat lupa akan hal ini. Pada mereka yang buat-buat lupa, ingin sekali aku bertanya; Tidak takutkah mereka untuk berhadapan dengan hari perhitungan nanti?? Tidak takutkah mereka untuk berhadapan dengan hari pembalasan nanti?? Kadangkala soalan ini juga inginku tanya pada mereka yang sering lupa. Termasuklah diriku. Memikirkan hari yang dijanjikan Allah itu, membuatkan aku menangis sendirian. Menangisi dosa-dosa lalu....

Seperti yang pernah aku dengar dan pelajari dari pendidik2 ku sedari kecil hinggalah aku beralih ke alam dewasa, ahli neraka ramainya kaum wanita dan begitu juga ahli syurga yang ramainya juga  kaum wanita.  Aku menjadi gerun. Di manakah aku nanti?? Teringat pula akan perbualan ibuku dengan kawannya di suatu petang: 'Kita kaum wanita ni, sebenarnya mudah saja untuk masuk syurga: taat kepada suruhan Allah dan jauhi larangan Allah, taat kepada ibu bapa dan taat kepada suami, insyaAllah....'

Kemudian, satu persoalan bermain di fikiran. Berapa ramaikah wanita yang mampu melakukannya?? Semoga aku tergolong dalam golongan yang mampu melakukannya dengan izin-Mu Ya Allah....


Friday, January 21, 2011

Lipas Bertemu Lipan

Cerita Lipas:
Haiwan yang aku sangat tak suka. Jadi, kepada lipas2 kat luar sana, jangan cari pasal dengan aku jika masih mau hidup..hahahaha....

Cerita Lipan:
Pesanan kepada aku, jangan cari pasal dengan lipan. Sekali kena sengat, berhari2 berminggu2 sakit dia tak hilang lagi. So, be careful.

Aku paling pantang bila tengok lipas berkeliaran depan mata. Memang mati la aku kerjakan. Aku pun x ingat exactly sejak bila aku anti sangat dengan lipas. Yang aku ingat sejak lipas masuk dalam telinga aku and menyebabkan berminggu2 gak aku sakit telinga, memang aku sangat geram dengan haiwan yang bernama lipas. Semua kaum dia memang tak boleh berkeliaran depan aku. Macam apa jerk, kata sopan (chop!! aku jumpa word sopan kat sini. Sape yang sopan? Kamu? Are u sure?? Kalau adik aku baca ni, ayat tu la yang akan terkeluar dari mulut dia, CONFIRM!! hahaha) Iyer la, aku sopan k.. Aku dengan lipas jerk macam tu.......hahahaha.

Emmm, teringat lak masa tengah study dolu-dolu. My roomates kalau jumpa lipas mati tu, diaorang dah boleh agak la siapa punya kerja. Only my roomate la, orang luar bilik tak tahu kot. Aku bukan tak geli, geli jugak sebenarnya, terjerit2 jugak la, tapi aku tak pegang la k. Dah la busuk. Aku pijak dengan selipar jerk..hahahaha. Ganas tahap tak boleh nak cakap dah. Sabor je la, kalau bakal mak mertua tengok memang tak boleh jadi calon menantu..CANCEL!!! hahahaha. Tapi aku berani ngan lipas je la. Haiwan lain mintak ampun. Geli nak mati kot. Tambah2 lagi yang lembik2 contohnya macam cicak. Minta maaf la...

Nak jadikan cerita, kisah di satu tengah malam. Tengah malam ke pagi erk?? Pagi kot coz dah pukul 1 pagi. K la, tukar balik. Kisah di satu pagi hari ^_^  Time tu memang mata ni dah mengantuk teramat. Masa aku nak pegi bilik air, aku nampak lipas. Hilang ngantuk tetiba..huhuhu. Tengah nak kejar lipas, aku nampak lipan. Apa kes binatang ni masuk dalam rumah nie?? Aarrghh! Menjerit kat situ. Fuuh, nasi baik bukan sekampung yang bangun..hahaha. Apa aku nak wat ngan lipan ni? Takut kot. Karang kalau kena sengat, sengsara jerk. Pastu aku nampak sebatang besi di sebelah kabinet and racun serangga. Aku spray lipan tu dengan racun serangga, then lipan tu pening2 kot. Aku ketuk la ngan sebatang besi tadi. Tamat sudah riwayat lipan itu di kala dingin pagi hari di tangan aku. Terasa macam kejam pulak!! Kejamnya aku...Memang kejam pun!! Apa salah lipan tu dengan aku?? Rasa macam berdosa sangat2. Sorry lipan.....Sorry sangat2  T_T

Sampai termimpi2 pasal lipan malam tu. Itupun, selepas pukul berapa entah aku terlena. Ngantok aku dah hilang entah ke mana. Dihantui rasa bersalah yang teramat sangat. Macam2 dok fikir, macamana nak tebus balik dosa and rasa bersalah aku yang telah membunuh lipan itu dengan kejam tadi. Lama jugak la  dok berfikir sebelum terlena dibuai mimpi lipan....



Friday, January 7, 2011

Hari Ini Punya Cerita

Hari ini merupakan hari yang agak berlainan bagi diriku. For the whole day, i feel a bit uneasy and don't know why. Why?? Sampai saat ini aku still x boley nak jawab tapi macam ada klu sikit. Adakah ini jalan yang patut aku pilih?? hmmm, aku kena refer Dia. Can't wait till midnight. Aku nak mintak petunjuk.Coz as He promise He will always be there, He always watching us, guiding us. Tetiba nak nyanyi lagu Maher Zain. huhuhu.
Ya Allah, which way should i go through...

Hari ini aku baca ayat-ayat suci Allah lebih daripada biasa dengan harapan aku menjadi lebih tenang. Alhamdulillah aku menjadi sedikit tenang, tetapi aku still memerlukan petunjuk-Nya supaya aku dapat mengurangkan beban yang terbuku di hati. Suasana yang sejuk kerana awan x berhenti-henti mencurahkan air hujan, menjadikan aku sedikit pasif hari ini. Teratak ayah dan bondaku ini sudah seperti dibina di atas air. Keliling rumah penuh dengan air kot. Nak turun pun segan. Sejuknya....



Nak type apa lagipun aku x tahu. Dah kekeringan idea. Tadi aku dah penat memerah otak menaip untuk blog satu lagi. Kesian blog aku yang ni. Sorry my dear. Kamu x akan dilupakan. I promise!! Hikayat_altamis merupakan ceritera tentang aku, mana mungkin aku bisa lupa.