Friday, January 21, 2011

Lipas Bertemu Lipan

Cerita Lipas:
Haiwan yang aku sangat tak suka. Jadi, kepada lipas2 kat luar sana, jangan cari pasal dengan aku jika masih mau hidup..hahahaha....

Cerita Lipan:
Pesanan kepada aku, jangan cari pasal dengan lipan. Sekali kena sengat, berhari2 berminggu2 sakit dia tak hilang lagi. So, be careful.

Aku paling pantang bila tengok lipas berkeliaran depan mata. Memang mati la aku kerjakan. Aku pun x ingat exactly sejak bila aku anti sangat dengan lipas. Yang aku ingat sejak lipas masuk dalam telinga aku and menyebabkan berminggu2 gak aku sakit telinga, memang aku sangat geram dengan haiwan yang bernama lipas. Semua kaum dia memang tak boleh berkeliaran depan aku. Macam apa jerk, kata sopan (chop!! aku jumpa word sopan kat sini. Sape yang sopan? Kamu? Are u sure?? Kalau adik aku baca ni, ayat tu la yang akan terkeluar dari mulut dia, CONFIRM!! hahaha) Iyer la, aku sopan k.. Aku dengan lipas jerk macam tu.......hahahaha.

Emmm, teringat lak masa tengah study dolu-dolu. My roomates kalau jumpa lipas mati tu, diaorang dah boleh agak la siapa punya kerja. Only my roomate la, orang luar bilik tak tahu kot. Aku bukan tak geli, geli jugak sebenarnya, terjerit2 jugak la, tapi aku tak pegang la k. Dah la busuk. Aku pijak dengan selipar jerk..hahahaha. Ganas tahap tak boleh nak cakap dah. Sabor je la, kalau bakal mak mertua tengok memang tak boleh jadi calon menantu..CANCEL!!! hahahaha. Tapi aku berani ngan lipas je la. Haiwan lain mintak ampun. Geli nak mati kot. Tambah2 lagi yang lembik2 contohnya macam cicak. Minta maaf la...

Nak jadikan cerita, kisah di satu tengah malam. Tengah malam ke pagi erk?? Pagi kot coz dah pukul 1 pagi. K la, tukar balik. Kisah di satu pagi hari ^_^  Time tu memang mata ni dah mengantuk teramat. Masa aku nak pegi bilik air, aku nampak lipas. Hilang ngantuk tetiba..huhuhu. Tengah nak kejar lipas, aku nampak lipan. Apa kes binatang ni masuk dalam rumah nie?? Aarrghh! Menjerit kat situ. Fuuh, nasi baik bukan sekampung yang bangun..hahaha. Apa aku nak wat ngan lipan ni? Takut kot. Karang kalau kena sengat, sengsara jerk. Pastu aku nampak sebatang besi di sebelah kabinet and racun serangga. Aku spray lipan tu dengan racun serangga, then lipan tu pening2 kot. Aku ketuk la ngan sebatang besi tadi. Tamat sudah riwayat lipan itu di kala dingin pagi hari di tangan aku. Terasa macam kejam pulak!! Kejamnya aku...Memang kejam pun!! Apa salah lipan tu dengan aku?? Rasa macam berdosa sangat2. Sorry lipan.....Sorry sangat2  T_T

Sampai termimpi2 pasal lipan malam tu. Itupun, selepas pukul berapa entah aku terlena. Ngantok aku dah hilang entah ke mana. Dihantui rasa bersalah yang teramat sangat. Macam2 dok fikir, macamana nak tebus balik dosa and rasa bersalah aku yang telah membunuh lipan itu dengan kejam tadi. Lama jugak la  dok berfikir sebelum terlena dibuai mimpi lipan....



3 comments:

  1. hehehe...sopan ker???

    ReplyDelete
  2. xpe2 skurng2nya ad gak rasa berslah drp xde lngsung..hehehe

    ReplyDelete