Thursday, September 27, 2012

Oh my SWAn !!



Dah banyak hari sangat aku try lukis swan yang aku buat ni... Fuuuhhh...sangat mencabar. Ye laa, bagi aku yang tak pandai sangat melukis ni kan..huhu Bukan tak pandai cuma bakat yang sikit tidak di asah betul-betul.


Ehemm!! Isi bakul angkat sendiri nampak..huhuhu. Tak per, aku try lukis lagi dan lagi. Semoga berjaya my dear!!




Wednesday, September 19, 2012

¸.•` I ♥ Me - Myself¸.•*¨


Semalam aku menyambut hari lahirku yang ke 27. Waaah, cepatnya masa berlalu. Aku dah di usia ini sekarang. Alhamdulillah!

Selamat Hari Lahir kepada aku..! Semoga Allah sentiasa melindungi aku walau di mana pun aku berada.

Terima kasih kepada ahli family dan sahabat yang tidak lupa hari lahirku. Terima kasih di atas ucapan kalian. Terima kasih untuk segalanya.

Pada 18/9/1985, aku dilahirkan di teratak ayah dan ibunda (bukan di hospital tetapi di rumah). Jutaan terima kasih kepada ibunda kerana bersusah payah membawa aku mengenal dunia. Sampai hujung nyawa, jasa ayah dan ibunda tidak akan anakanda dapat balas.

Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas hingga ke saat ini. Terima kasih kerana menghadirkan insan-insan yang sangat berharga di sisiku. Terima kasih kerana ujian-Mu selalu ada dalam hidupku. Sesungguhnya ujian-Mu banyak mengajarku akan erti ketabahan. Sesungguhnya ujian-Mu memimpinku kepada-Mu agar aku tidak terlalu hanyut dalam keasyikkan dunia.

Ya Allah, panjangkanlah umurku sehingga aku benar-benar bersedia untuk bertemu dengan-Mu. Aku masih gagal untuk menjadi hamba-Mu yang solehah. Aku masih ketinggalan di belakang dalam  mencari NUR Mu.

Kepada awak,
Terima kasih untuk puisi yang awak bacakan untuk saya semalam. Saya sangat terharu mendengar kata-kata yang terlakar di dalam puisi 'Sang indah'.
Hanya satu harapan saya pada awak, jika benar awaklah adam saya, jaga dan lindungilah saya hingga nafas terakhir saya.


Penutup kata
Peringatan kepada diri: Selangkah lagi menghampiri kematian...




Wednesday, September 12, 2012

Doa Seorang Kekasih

Hari ni aku keseorangan kat office. Sangat boring. Cari la lagu apa yang ada aku masukkan dalam PC ni. Pastu play all. Tetiba winamp mainkan lagu ni. Lagu dari kumpulan In Team. Emmmm..mcm dah lama sangat tak dengar. Kali ni, feel dia sedikit berbeza ^__^


Doa Seorang Kekasih by In Team
 
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala



Tuesday, September 11, 2012

Jangan bersedih!


Kat luar sana hujan sangat lebat. Tinggal aku sorang-sorang kat opis. Mr 'Boss kecik' dah kuar g lunch. Hari ni aku berpuasa. Rajin kan?? Tetiba. Puji diri sendiri nampak. Please laaa..hahaha

Ermmm, HUJAN lak tengah-tengah hari ni. Tetiba aku rasa nak menulis something.

Wahai hati,
Cerialah kembali. Allah mendugamu bukan kerana mahu menyusahkanmu.
Allah ingin memimpin hatimu yang selalu bermain dengan ombak-ombak kelalaian dunia agar tidak terus tenggelam ke lautan dalam dan kembali ke jalan-Nya yang lurus.

Wahai hati,
Harungilah ujian-Nya dengan penuh kehambaan pada-Nya.
Yakinlah, selepas setiap kesulitan pasti akan disusuli dengan kemudahan.
Ujian Allah tanda sayangnya Dia kepada kita.
Untungnya kita kan?

Wahai hati,
Janganlah kamu bersedih lagi.
Jangan biarkan kesedihan terus membelengu hatimu dan terus melukai jiwamu.
Jika dibiarkan, ia akan semakin mungurungmu dalam penjara keputus asaan.
Jika dibiarkan, dirimu akan terus terperuk dalam duniamu yang seakan semakin sempit.

Wahai hati,
Tersenyumlah tanpa kesedihan.
Teguhkan pendirianmu dan lihatlah sekelilingmu.
Berbahagialah seperti mereka.
Simpanlah air matamu untuk tangisi dosa-dosamu dan memohon keampunan kepada Allah hanya ketika solatmu.

Wahai hati,
Berbahagialah selalu kerana dirimu juga layak untuk berbahagia.


Akhir kata: 
Kepada diri..jom siap-siap g solat zohor!