Semalam aku menyambut hari lahirku yang ke 27. Waaah, cepatnya masa berlalu. Aku dah di usia ini sekarang. Alhamdulillah!
Selamat Hari Lahir kepada aku..! Semoga Allah sentiasa melindungi aku walau di mana pun aku berada.
Terima kasih kepada ahli family dan sahabat yang tidak lupa hari lahirku. Terima kasih di atas ucapan kalian. Terima kasih untuk segalanya.
Pada 18/9/1985, aku dilahirkan di teratak ayah dan ibunda (bukan di hospital tetapi di rumah). Jutaan terima kasih kepada ibunda kerana bersusah payah membawa aku mengenal dunia. Sampai hujung nyawa, jasa ayah dan ibunda tidak akan anakanda dapat balas.
Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas hingga ke saat ini. Terima kasih kerana menghadirkan insan-insan yang sangat berharga di sisiku. Terima kasih kerana ujian-Mu selalu ada dalam hidupku. Sesungguhnya ujian-Mu banyak mengajarku akan erti ketabahan. Sesungguhnya ujian-Mu memimpinku kepada-Mu agar aku tidak terlalu hanyut dalam keasyikkan dunia.
Ya Allah, panjangkanlah umurku sehingga aku benar-benar bersedia untuk bertemu dengan-Mu. Aku masih gagal untuk menjadi hamba-Mu yang solehah. Aku masih ketinggalan di belakang dalam mencari NUR Mu.
Kepada awak,
Terima kasih untuk puisi yang awak bacakan untuk saya semalam. Saya sangat terharu mendengar kata-kata yang terlakar di dalam puisi 'Sang indah'.
Hanya satu harapan saya pada awak, jika benar awaklah adam saya, jaga dan lindungilah saya hingga nafas terakhir saya.
Penutup kata:
Peringatan kepada diri: Selangkah lagi menghampiri kematian...
No comments:
Post a Comment