Kat luar sana hujan sangat lebat. Tinggal aku sorang-sorang kat opis. Mr 'Boss kecik' dah kuar g lunch. Hari ni aku berpuasa. Rajin kan?? Tetiba. Puji diri sendiri nampak. Please laaa..hahaha
Ermmm, HUJAN lak tengah-tengah hari ni. Tetiba aku rasa nak menulis something.
Wahai hati,
Cerialah kembali. Allah mendugamu bukan kerana mahu menyusahkanmu.
Allah ingin memimpin hatimu yang selalu bermain dengan ombak-ombak kelalaian dunia agar tidak terus tenggelam ke lautan dalam dan kembali ke jalan-Nya yang lurus.
Wahai hati,
Harungilah ujian-Nya dengan penuh kehambaan pada-Nya.
Yakinlah, selepas setiap kesulitan pasti akan disusuli dengan kemudahan.
Ujian Allah tanda sayangnya Dia kepada kita.
Untungnya kita kan?
Wahai hati,
Janganlah kamu bersedih lagi.
Jangan biarkan kesedihan terus membelengu hatimu dan terus melukai jiwamu.
Jika dibiarkan, ia akan semakin mungurungmu dalam penjara keputus asaan.
Jika dibiarkan, dirimu akan terus terperuk dalam duniamu yang seakan semakin sempit.
Jika dibiarkan, dirimu akan terus terperuk dalam duniamu yang seakan semakin sempit.
Wahai hati,
Tersenyumlah tanpa kesedihan.
Teguhkan pendirianmu dan lihatlah sekelilingmu.
Berbahagialah seperti mereka.
Simpanlah air matamu untuk tangisi dosa-dosamu dan memohon keampunan kepada Allah hanya ketika solatmu.
Wahai hati,
Berbahagialah selalu kerana dirimu juga layak untuk berbahagia.
Akhir kata:
Kepada diri..jom siap-siap g solat zohor!
No comments:
Post a Comment