Wednesday, December 15, 2010

Aku Mencari Ketenangan

Emmm, sekarang ni aku suka sangat dengar lagu nie, lagu Tentang Bulan. Asalnya anak buah aku yang tanya ada x lagu ni. Then, aku pun cari laa...alih2 aku yang 'tersuka' nak dengar lagu ni. Cam best la plak..huhuhu

             Tentang Bulan:

           Bulan dan bintang
          Bersinar berkelipan
             Dan menerangi
            keindahan malam
             Tanpamu bulan
            Malam kegelapan
            Tanpamu bintang
          Hilanglah keindahan

        Ini kisah tentang bulan
       Bulan bintang jadi kawan
        Begitulah persahabatan
        Yang cuba kami eratkan
       Moga berkekalan selamanya

    Begitulah kami hidup lima sekawan
   Sesama berjanji susah senang dirasa
   Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
      Menjadi saksi janji kami semua

Dalam lagu ni aku suka part;
'begitulah persahabatan, yang cuba kami eratkan, moga berkekalan selamanya'

Bulan dan bintang jadi kawan. Tanpa bulan, malam kegelapan, tanpa bintang hilanglah keindahan. Bagi aku inilah nilai sebuah persahabatan. Saling memerlukan antara satu sama lain.
Teringat plak yang one of my frens penah cakap tentang symbiosis relationship. Yup, dalam persahabatan memang patut ada symbiosis relationship. Aku percaya itu...

Ada sesetengah pendapat yang mengatakan, dalam persahabatan, kata-kata maaf x perlulah selalu sangat diungkapkan. Sahabat sepatutnya saling memahami. Mungkin ada rasional disebaliknya...who knows..

Bukan semua orang boleh jadi sahabat. Kawan mungkin tapi not as a sahabat. Ini pendapat aku. Pendapat aku ni mungkin betul, mungkin juga salah. Masing-masing ada pendapat sendiri. Jadi, kawan dengan sahabat x sama. Ada perbezaan di situ. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tapi kita x boleh bersahabat dengan semua orang.

Mungkin sesiapa yang pernah diuji persahabatan mereka sahaja akan faham nilai sebuah persahabatan, akan faham apa makna sebuah persahabatan. Mungkin sesekali hati akan terusik dengan sikap sahabat. Mungkin sesekali hati akan terguris dengan perbuatan sahabat.

Alhamdulillah, persahabatan aku dengan sahabatku yang teruji, dapat aku tempuhi dengan baik. Memang perbuatannya amat meyakitkan aku. Once, pernah aku rasa seperti mahu memutuskan persahabatan kami bila terasa dikhianati. Tapi, masa telah perlahan2 menyedarkan aku. Jadi aku ambil keputusan untuk maafkan dan lupakan. Siapalah aku untuk tidak memaafkannya. Aku rasa aku faham kenapa sahabatku itu mengambil tindakan sedemikian. Bukankah seorang sahabat lebih mengenali sahabat mereka lebih dari orang lain?? Jadi, biarlah apa orang nak cakap. Yang penting aku dah maafkannya dan lupakan apa yang telah terjadi. Aku mesti percaya inilah takdir...

Aku pernah terbaca di dalam sebuah buku yang telah aku lupa tajuknya. Hati yang penuh dengan perasaan marah tidak akan pernah menjadi tenang. Aku mencari ketenangan...