Tuesday, November 20, 2012

Ayam Masak Steam


Dah petang-petang macam ni aku mesti boring nak mati kat office. Tak tahu nak buat apa dah. Tunggu masa nak balik jerk. 

Ermmm..tetiba teringat ayam kat dalam peti ais. Nak masak apa yer?? Yang tak boleh blahnya teringin nak makan ayam masak steam..hahaha. Merepek kan. Aku selalu la macam ni. Ntah hape-hape. Tapiiiiiiiii..kalau dah teringin tu aku kena masak gak. Kalau tak dalam 2 3 4 hari ni nanti asyik dok teringat ayam masak steam jerk. Makan makanan lain pun tak akan rasa tak best selagi tak dapat ayam masak steam. Mengalahkan orang mengidam kan??

Helpless!!

Sekarang ni pun dah tak sabar nak balik rumah. Tak sabar nak masak ayam steam. Macam dah terbayang-bayang and terbau-bau ayam masak steam yang dah masak tu. Parah tol!!

Kenapa sampai boleh terbayang-bayang agaknya??
Sebab...aku google cari image untuk ayam steamed. Bila dah tengok gambar lagi laa excited nak balik masak...cepat la kul 5 (tinggal berapa minit jerk pun lagi :p hahahaha)

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Aku save from blog Potret Kasih..sape tak tergoda kan. Tengok gambar pun dah sedaaaaaap ^__^


Macam lambat lak jam bergerak hari ni. Lambatnya pukul 5...huhu


Last kata: Sabar k!! Makan jangan banyak. Nanti gemok! ^__^  
Peace.......


Monday, November 12, 2012

Try Test Bakat


Jam dah kul 5 petang. So aku dah boleh balik...tapi x boleh :( sedih betol. 

Hujan kat luar sangat lebat. Berkampung kat office dulu la nampaknya. So, aku rasa macam nak update blog sikit. Nak cerita apa lak kali ni?? 

Haaaaa...macam title entri ni kat atas tu. TRY TEST BAKAT. Bakat apakah?

Inilah hasil yang aku buat menggunakan kertas2 warna yang aku ada. Kertas lebihan buat swan last time. Tak nak buat swan dah. Sebab macam tak best. Swan tu kan binatang. Macam semak lak kat dalam bilik aku. Yang ada 2 ekor tu pun aku dah bagi orang...huhu
Card + 3D heart...for my sweet heart :p

Card + Roses...comel!!


Semua kad-kad ni dah tak ada dengan aku. Aku dah bagi si dia. Aku buat pun sebab nak bagi bukan untuk simpan kan??

Ermmmm..tetiba teringat. Ada jerk kawan aku yang bertanya, apa yang si dia dah bagi aku? Dengan bangganya aku rasa macam nak jawab, 'kasih dan sayang'......

Kalau jawab macam tu kan tetiba macam gedik lak. Sejak bila kamu jadi macam ni?? waaahh...behave please!!


Akhir kata: apa boleh buat....dalam hati ada taman ^__^


Thursday, November 1, 2012

Puisi


Sejak bila yer aku mula melekat dengan puisi? Emmmm...oooo sejak aku terima puisi pertama semasa Aidilfitri yang lepas. Pada tanggal 20/8/2012. So sweet. Sangat terharu. No words yang boleh betul-betul express perasaan aku.

Terasa ingin melakarkan semua puisi yang aku terima di sini. Sebagai suatu kenangan. Puisi yang menggambarkan betapa luhurnya satu perasaan. Puisi yang menemani aku setiap hari sebelum aku tidur.

"Suatu puisi tiada penghujung,
ia bukan kata-kata biasa,
kerana ia sentiasa tercipta dan dicipta,
pada aku yang tidak kenal puisi"
                       -by: my prince ♥


Biarkan gambar yang berbicara ^___^

Akhir kata: 
Tak nak la taip kat sini semua. Puisi itu milik aku. Cukup la share sikit jerk kat atas tu..Tak nak share semua. Tamak kan?? Hahaha...