Sunday, November 27, 2011

Kan ku simpan rasa ini

Kata-kata seorang teman di blognya sering bermain di fikiran ku. Kata-kata yang sedikit membantu ku dalam bermujahadah kerna aku hanyalah insan biasa yang selalu berkonflik dengan diri sendiri.

Andainya kau jatuh cinta,
~ pohonlah padaNya jika hatinya yang kau pohon
~ pohonlah padaNya jika kau sangat-sangat mahukan si dia, bukan merayu pada empunya diri kerana andai empunya diri menolak siapa yang sakit? Siapa yang kecewa?

Jika dipohon terus pada Allah, mungkin akan ada 2 kemungkinan, dapat si dia atau yang lebih baik darinya. Selalulah berdoa pada Allah agar dirimu adalah jodohnya. Jagalah hatimu, simpanlah cintamu kepadanya sebelum diijabkabulkan. Andai jodohmu dengan orang lain, redhalah kerana Allah telah menggantikan yang lebih baik buatmu. Yakinlah...jodoh itu di tangan Allah. Jodoh itu rahsia Allah.

Kata-kata ini juga akan ku ingat sampai bila-bila:

 'Dalam diam ku simpan rasa cintaku, dalam hening ku kemas semua harapanku, dan ku simpul dalam setiap Istikharahku kepadaNya. Biarlah, kelak nyataNya yang akan berkisah dalam nyata ku'




Sunday, August 14, 2011

Cerita itu dan ini tentang my new E

iiii...kali ni aku excited sgt nak ceritakan pasal my new E.. E tu apa?? Haa...tungguuu..hehehe

Sebelum tu....emmm, dalam tak sedar, hari ni dah hari yang ke 14 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah...tapi, dalam tak sedar jugak, ramadhan sedang bergerak menuju ke penghujungnya. Haa, dah rebut peluang pahala sebanyak yang mungkin ke belum?? Kepada yang belum and kepada yang nak tak nak jerk rebut peluang tu, masih ada peluang lagi..cepat-cepat k. Sebelum terlambat coz kita tak sure samada umur kita masih cukup panjang untuk bertemu lagi dengan ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini pada tahun akan datang.....

   >>> Sebenarnya, ini adalah peringatan untuk diriku jugak <<<

Owrite, pasal E yang aku nak ceritakan awal-awal tadi. Actually, it's all about my new experience. What experience?? Working experience maa...hehehe

Masa first day aku pegi kerja, aku tersesat entah ke mana. Sume ni salah pakcik rapid tu. Aku betul-betul percayakan dia. Sekali dia bagi salah info. Maka tersesatlah aku pada hari kejadian. Masa aku entah kat mana-mana tu, aku macam bertaubat tak mau kerja. Kalau macam ni baik aku tak payah kerja. Baik aku balik kampung jerk. Lagi best...

Pada pagi kejadian (8.15 pagi)
Aku: Kak, bas tu lalu ikut mana nanti?
Sorang akak: Entah la dik, akak pun bukan orang sini (sambil tersengih)

Adoi...nak tanya sape ni..mati kutu aku macam ni. Kemudian kan, nak jadikan ceritakan, keluar la sorang pakcik dari dalam pondok yang memang untuk pemandu-pemandu bus rapid.

Aku: Cik, bas yang mana ek lalu ........??
Pakcik rapid: Bas yang tu la.

Aku pandang bas yang ditunjuk oleh pakcik tu..Oh My God!! Biaq betoi...bas tu dh penuh and ramai lagi yang nak masuk. Mau tak mau aku pegi tumpang sekaki menyemakkan bus tu. Oleh kerana itu, maka terlewat la aku sampai office pada first day aku. Tak patut kan? Memang sangat tak patut. Pukul 9 lebih baru bus balik ke tempat asal (tempat aku naik tadi).

Lepas aku turun dari bus tu, terus aku naik teksi. Tak sampai sepuluh minit pun dah sampai k. Pakcik rapid tu punya pasal la..Aku punya percaya sebab dia pakai uniform yang tertera RAPID!! huhuhu. Ingat sekali, nak tergelak pon ada..sabau jerk la kan...

Kat office plak, biasa la kan, orang baru akan dikenalkan pada orang lama. Terjadi lagi satu insiden yang tak berapa diingini. Emm, apa la nasib..huhuhu. Kiranya ni second time la aku terpaksa berdepan dengan benda macam tu. Hopefully, dah tak ada yang ke 3..cukup la... Bantu la hambamu ini Ya Allah!!

Masa aku kat office, kawan aku lak message tanya ok ke tak keje. Aku tak tahu nak cakap apa, tak best giler. Mungkin mood aku dah spoiled masa tersesat nak g office tadi kot. Aku cakap ngan kawan aku, kalau aku tak nak g keje dah esok boleh tak?? hahahaha. Kawan aku gelak jerk.....huhuhu. Tapi apa pun aku sedaya upaya cuba untuk paham apa yang diajar kepada aku tentang system yang company tu gunakan, walaupun time tue kepala aku dah macam ting tong sikit kan...

Tapi bila dh cukup 5 hari kerja kat situ, aku rasa macam ok jerk sebenarnya. Aku cakap ngan diri aku, sabar and cari pengalaman walaupun ada sesetengah benda yang aku tak suka and buat aku rimas.. So far, aku rasa macam aku boleh bertahan and akan cuba adapt dengan keadaan sekeliling. Tapi lepas-lepas ni, tak tahu la apa akan jadi kan?? Hopefully, everything going smoothly....hopefully!!!

Oh ya, terlupa lak. Aku ada satu lagi experience nak cerita. Semalam kan, for the first time in my life, aku merempit g KL. Merempit di sini bukan la aku buat aksi macam mat-mat rempit tu yer...yang ni lain ceritanya. First time kot aku g KL naik motor. Kawan aku la yang bawak. Aku ni penakut. Nak bawak motor g pekan dekat ngan rumah kat kampung pun tak berani, tak kan aku nak bawak motor kat KL plak kan?? huhuhu.

Pengalaman baru sebenarnya. Takut pun ada, seronok pun ada. Seronok sebab tak terperangkap dalam jem. Yang takutnya plak, kawan aku bawa laju kot..macam ngeri jap..hehehe. Papehal pun, thanks to my fren coz sudi bawa aku g KL ngan motor and teman aku g cari barang kat masjid jamek...I sayang U lebih la semalam....hahahaha.

Akhir kata: Peace no war!!

Penutup kata: Selamat Bersahur kepada semua!!!

Friday, August 5, 2011

New Journey

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari yang ke 5 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sehingga hari ini, aku masih berjaya menyempurnakan solat terawih. Alhamdulillah, walaupun perasaan malas itu ada, aku paksa and gagahkan diri jugak untuk merebut pahala sunat berterawih yang datangnya bukan selalu. Hanya sekali setahun. Ntahkan bersua ntahkan tidak Ramadhan yang akan datang. Ntahkan berpeluang ntahkan tidak untuk aku berterawih pada tahun hadapan. Andai peluangnya masih ada, ingin aku bertemu lagi. InsyaAllah.

This coming monday yang bersamaan dengan 8 August 2011, merupakan first day aku mula kerja. Bermula la new journey in my life nanti. Mula kerja dalam bulan Ramadan, sudah pasti cabarannya berganda memandangkan aku terpaksa travel jauh untuk ke tempat kerja setiap hari. Semoga aku tidak lemah. Semoga aku terus kuat dan tabah..ameen.

Sebelum aku mengundur diri, ingin aku memberi peringatan kepada diriku sendiri:

  • jangan jadikan alasan penat bekerja untuk menjadi alasan kamu tidak berterawih.
  • jangan jadikan alasan penat bekerja untuk tidak mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran sebanyak yang mungkin setiap hari. Kalau tidak, kau tak akan sempat khatam bila Ramadhan dah sampai penghujung. Kena usaha lebih!!
  • jangan jadikan alasan penat bekerja untuk mengurangkan solat-solat sunat sepertiga malam mu.
  • jangan jadikan alasan penat bekerja untuk melupakan azammu menjadi perempuan yang lebih baik.

Akhir kata: 
Kepada semua umat Islam di luar sana, rebutlah peluang yang datangnya bukan selalu, rebutlah pahala sebanyak yang mungkin. Peace no war!!

Kepada semua:
Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka and Selamat Bersahur!! :)


Sunday, June 12, 2011

Terlalu rindukan kamu


Budak kecik kat sebelah nie anak buah aku. For the time being, dia la yang paling kecik and 2 July nanti genap la umur dia 2 tahun :)

Dah hampir 2 bulan aku tinggalkan budak kecik nie. Serius aku rindu dia. Kekadang tu rasa macam nak nangis bila teringatkan dia. Rasa macam nak balik jap and peluk dia puas2. Aku terlalu rindukan dia. Setahun lebih aku jaga dia. Daripada dia start boleh jalan dan berlari, semua depan mata. Setiap hari gad0h2 manja ngan dia. Setiap hari melayan kerenah dia. Manja, nakal....eemmm, rindu  sangat nak dengar gelak dia...waaaa...toloooog...nak balik..... T_T

Teringat pulak cerita my mom masa mula-mula aku tinggal dia and datang ke Selangor. Cerita yang buat aku sebak dan menangis sorang-sorang. Asal g rumah jerk, mesti dia cari aku. Sayu sangat suara dia panggil aku. Abis satu rumah dia cari. Tapi tak ada...sedey giler masa dengar cerita tue...(mata aku dah berair nie...uhuk...T_T) 

Macamana la dia sekarang...emm, pagi-pagi dia tid0 kat buai kot. Entah la, tak tanya pulak my m0m. Selalunya aku tid0kan dalam bilik aku. Then, aku pun tid0 sekali...hehehe. Rindu nak rasa tangan kecik tu peluk aku... So sweet...hahahaha.

Haaa, teringat satu incident, one day, aku dah sedar tapi malas nak bangun. Macamana entah boley plak terlelap balik, then tiba-tiba hidung aku bau something...busuk weh...tetiba, oh my god, bau #@*#...tidaaaakk...hahaha. Dia pakai jerk pampers tapi dia sakit perut kot...emmm, tak pasal-pasal aku kena basuh cadar aritu...hehehehe

Aku ada banyak sangat gambar dia. Dari aku start dok umah sampai aku blah, alm0st everyday kot aku amek gambar dia...hehehe. Handphone aku pon penuh ngan gambar dia...Everyday aku tengok gambar dia, tapi perasaan rindu tu tak pernah hilang... Kalau time dah rindu sangat tu, aku call la mak aku ke or kakak aku ke untuk cakap ngan budak kecik tu. Dia tak ada la boley cakap sangat lagi, tapi at least boley la dengar suara dia kan...mmmm....rindu kamu...

Maaaamm....rindunya...@_@

Friday, May 20, 2011

Suara Tangisan Kalbu

Aku bukan ingin menjadi perempuan yang lemah dan terlalu kaya dengan air mata. Aku selalu berusaha untuk menjadi keras hati. Menjadi seorang yang susah untuk menitikkan air mata. Tapi aku tak berdaya......

Air mata ku terlalu senang untuk melimpah keluar. Andainya hati ku terusik, mula la bergenang air mata. Walhal, kadang2 aku menangisi something yang tak patut aku tangiskan pun. Kenapa??

Hari ini air mataku melimpah lagi. Menangisi sesuatu yang tak pasti. Ingin sekali aku mencari kepastian, tapi aku tak berdaya. Aku tak mampu. Siapa la aku di hatinya........




Tuesday, March 15, 2011

Seronoknya makan Ice-cream

Lepas solat maghrib tadi, aku ajak anak buah aku pegi kedai kat seberang jalan jap. My dad suruh tolong topupkan adik. Kakak aku belum balik lagi, so ramai la kat rumah ni. Kalau tak, sunyi sepi jerk..huhuhu

Ok. sambung cerita. Aku tak masuk la dalam kedai, aku tunggu kat tepi jalan depan rumah jerk, malas nak tukar pakaian. Macam segan lak nak masuk kedai pakai kain batik..hahaha.

Selain agenda topup tu, actually, aku suruh anak buah aku beli ice-cream kat kedai sebelahnya kedai topup. Macam seronok lak nak makan ice cream malam-malam nie. Aku rancang nak makan jerk kat tepi jalan tu sambil melepak macam budak-budak yang melepak kat tepi jalan tu. Entah apa-apa jerk aku ajar anak buah aku ni..... 

Masa dok tunggu, aku pandang ke arah rumah, budak-budak kat atas rumah tu macam tengah cari something. Yang anak abang aku plak pegang Quran ke hulu ke hilir. Sah!! Cari aku la tu. Nak suruh ajar mengaji. Masa aku turun tadi tak ada sape perasan kot...hehehehe. Macam kelakar lak! Malas nak layan, biar jerk dorang sume. Confirm tak jumpanya...hehehe. Jap lagi aku ajar la. Aku teringin sangat nak makan ice-cream nie.....

Tetapi, one of them try cari kat bawah. Alaa, aku tak sempat nak menyorok. Apa lagi, terus berlari datang and tanya mana kakaknya. Lepas tu kitaorang lepak la kat situ sambil makan ice-cream. Yummy...!! Belanja ice-cream kat budak-budak tu suruh jangan pecahkan rahsia. Nanti mak aku bising. Boleh pulak pegi beli ice-cream malam-malam nie...buang tabiat ke apa?? hehehe. 

Sebenarnya kan.....aku jadi contoh yang tak baik tadi...OK last...promise!!! tak buat dah macam nie.....

Ada lagi nak cerita ni.....bulan malam ni cantik sangat. Serius cantik. Subhanallah.....Walaupun baru separuh, malam dah jadi terang and langit sangat clear...cantik sangat..hehehe. Bukan aku jerk yang cakap macam tu yer (karang tak pasal-pasal aku dic0p minah jiwang :p), anak-anak buah aku pun cakap benda yang sama k. Tapi kan, tadi seronok sangat makan ice-cream bawah pancaran cahaya bulan, CURI-CURI.....

Apa yang boleh aku cakap kat sini, tak ada perkataan yang betul-betul sesuai untuk gambarkan apa yang aku rasa masa makan ice-cream tadi....seronok sangat  ^____^

Masa dok tengah makan tu, aku cakap kat anak-anak buah aku, bila korang dah besar nanti, mesti korang akan tersenyum sorang-sorang bila ingat balik apa yang kita komplot malam nie (tanggal 14 March 2011) hehehehe....so sweeeeeet......

Sekian wassalam.....

Akhir kata: Peace no war!! :)


Thursday, March 3, 2011

Aku mengharapkan maghfirah dari-Mu

Ya Allah,
Ujian-Mu seringkali datang menguji. Menguji sejauh mana taatnya aku kepada segala suruhan-Mu. Menguji sejauh mana taatnya aku dalam menjauhi segala larangan-Mu.

Ya Allah,
Adakalanya aku dapat gagahkan diriku untuk mengharungi ujian-Mu dengan hati yang redha. Namun, aku hanyalah insan biasa. Seringkali aku rebah tak bermaya dalam menghadapi ujian-Mu. Selalu ingin ku katakan, aku tak mampu untuk menempuhi ujian-Mu ini. Kenapa begitu berat sekali??

Padahal aku lupa:
~ hamba-Mu diuji hanyalah mengikut kemampuan masing-masing
~ ujian-Mu hanyalah untuk menyedarkan aku agar jangan terlalu cintakan keindahan dunia yang hanya bersifat sementara
~ ujian-Mu adalah lambang kecintaan-Mu

Ya Allah,
Aku sedar akan kesilapan-kesilapanku. Kesilapan yang kadang-kadang aku terlupa dan mengulanginya lagi dan lagi. Tidak terhitung dosa-dosa yang telah aku lakukan. Sesekali terlintas di fikiranku, masihkah ada ruang keampunan buatku Ya Allah? Ampunilah dosa-dosaku. Bantulah aku. Bantulah aku menuju ke arah jalan-Mu yang lurus. 

Ya Allah,
Aku mengharapkan maghfirah dari-Mu. Moga-moga terampunlah dosa-dosaku yang menggunung tinggi ini...

Thursday, February 24, 2011

Interview oh Interview + Bus oh Bus

Semalam pada tanggal 23 February 2011, aku ada interview untuk jawatan eksekutif (harap-harap betul la ejaan ni) or executive in english. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Macam tak sabar lak nak tunggu 2 minggu lagi untuk tahu samada aku layak untuk 2nd interview ke tak.

Tapi sesekali bila teringat interview tu semalam macam serik jerk nak g interview. Maluuuuu....huhuhu. Interview oh Interview!

Ada something yang aku tak perlu bagitahu sebenarnya dan ada jugak something yang aku perlu tambah and terang dengan panjang lebar sebenarnya. Nak buat macamna, nervous mengatasi segalanya... I'm trying hard not to be too nervous, tapi what else can i do.. BLUR and BLANK *__*

Terasa macam nak undur balik masa tu. Betulkan keadaan. Macam tak penah pegi interview jerk gayanya. Kesalahan yang sama aku ulang bahkan kesalahan yang lagi worse telah aku buat. Kenapa?? Apa la yang aku fikir time tu yer? Main cakap jer apa yang terlintas kat fikiran. Tak sempat nak tapis-tapis dah. Tak bagus sebenarnya. Kena wat something nih....>> renung-renungkan and fikir-fikirkanlah...

Abis jer interview, aku fikir nak makan jerk. Tetiba terasa lapar. Aku tak makan apa-apa dari pagi. Dah kul 4.30 kot time tu, perutku masih kosong, nasib baik gastrik tak menyerang tapi angin sikit-sikit tu ada la. Boleh bertahan lagi. Teringin lak nak makan steambot, nak belanja adik aku sebenarnya, thanks bcoz temankan aku. Kalau terkontang-kanting sorang-sorang tu macam pelik la plak rasanya...Perut kosong, makan pun tak habis. Dah masuk angin. Tak larat nak makan kot....

Aku sampai kat bilik adik aku dalam 8.40 malam kot. Adik aku call pakcik teksi suruh datang amik kul 9.30. Aku g mandi jap. Masuk bilik jerk, adik aku cakap, lamanya mandi!! dah nak 9.30 dah...huhuhu. Aku tengok jam, alamak 9.20 dah... Lama ke aku mandi? Aku rasa dah abis cepat dah aku mandi.. Kejap jerk. Mana ada lama pun...huhuhu.

Boleh plak nak jadikan cerita, pakcik teksi ingat adik aku tempah dia untuk esok malamnya (maknanya malam ni) hohoho. Punya la aku express nak berkejar turun, siap pun mcm ntah hape-hape jerk..huhu.

Kul 9.46 kot baru pakcik teksi sampai. Apalagi, merempit la pakcik tu. Sampai kat greenwood kul 10.02. Pakcik tu risau giler takut bas dah tinggalkan aku. Dia pun tunggu bas sekali. Macam kucing hilang anak aku tengok dia. Betul ke bus tak datang lagi nie? Ke dah terlepas? Banyak kali gak la dia tanya aku macam tu. Kelakar la pakcik tu. Tapi aku macam tak layan sangat. Beberapa patah jerk aku jawab pertanyaan dia. Tapi aku try gak la nak cakap panjang-panjang. Kesian lak kat pakcik tu. Aku cam payah sikit nak beramah mesra ngan orang yang aku baru kenal. Adik aku yang dah lama kenal dia. Aku naik bus jer pakcik tu balik. Papepun, thanks pakcik coz tunggu kat sana sampai bus datang. Bus plak datang kul 10.45 malam. Bus oh Bus!

Masa kat dalam bus, aircond dia kuat kot. Sejuk yang teramat. Tak boleh nak lelap mana pun. Lupa nak bawa baju sejuk. Sengsara...huhuhu.

Monday, February 14, 2011

Open Your Eyes

Artist: Maher Zain

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Thursday, February 3, 2011

Please...Tolong jangan demam...

Aku sendiri x faham apa yang aku rasa right now yang penting i really hate this kind of feeling.

Aku baru sahaja setengah jam bangun dari tidur sebenarnya. Seolah ada rasa terbuku di hati. Something yang i need to settle up. Usai solat maghrib tadi, terus aku merebahkan badan. Hilang ke dunia lain. Badan aku memerlukan sedikit rehat. Dah 2 hari badanku kepenatan yang teramat sangat. Seolah-olah terngiang-ngiang di telinga: jangan zalim pada diri sendiri!!

Apakehal la....nak cakap pasal tidur pun perlu panjang lebar ke??? huhuhu

Hari ini sangat la penat. Kenapa yer???

My best friend kawin..... ^_^ Aku seronok membantunya setakat yang aku mampu. Hilang lagi sorang kawan tempat aku berkongsi suka dan duka. Sedey la plak. Tetiba jerk. Bila dia dah kawin nie, tak boleh ada istilah melepak sesama dah..huhuhu.
Semoga dirimu bahagia dunia akhirat sahabatku. Doaku sentiasa mengiringi kalian. InsyaAllah...

Yang buat aku tak sedap hati, teringat bebelan my mom petang tadi. Aku tak larat nak fikir sangat tadi. Dengar jerk pastu simpan dulu. Mr brain kepenatan. Tak sempat nak fikir. Dah bangun dari tidur nie, baru la aku boleh digest balik apa yang my mom cakap petang tadi. But, what else can i do mom.... Tak mengapa la, yang penting anakanda ikhlas. Allah knows better....

Badan aku rasa macam seram sejuk. Nak demam ke? Aku tak suka demam, sekali demam mesti teruk coz selalunya aku susah nak demam. Dah lebih 2 tahun aku tak demam kotttt.... Hope my badan still boleh cover balik segala kepenatan yang aku alami...chaiyyok!! Fighting!!


Tuesday, January 25, 2011

Monolog Cahaya Jingga di Waktu Petang

Kebiasaannya, aku sangat-sangat jarang tidur di waktu petang. Tetapi pada hari ini, mungkin kerana sedikit kepenatan aku tertidur jua.  Tidur yang aman sekali kerana tiada gangguan. Tak macam selalu, ada sahaja anak-anak saudaraku yang akan masuk bilik bertanyakan itu dan ini. Oleh kerana itu, tidurku agak panjang dan sedar-sedar jerk jam dah menunjukkan jam 5:40 petang. Ya Allah, aku belum solat asar lagi.......

Setelah usai semuanya, aku terjenguk-jenguk keluar. Mana semua orang ni? Tinggal aku sorang jer kat rumah? Patut la senyap sunyi jer.. Jam di dinding menunjukkan 6:15 petang, aku turun ke laman rumah duduk di bangku. Sebenarnya aku agak takut duduk dalam rumah petang-petang sorang-sorang. Pelik kan? Aku pun tak tahu kenapa. Dari dulu macam tu...huhuhuhu. Penakut!! 

Suasana petang kali ni memang best. Nak tahu kenapa?? Matahari kan sedang terbenam. Ada cahaya jingga yang sedang memancar. Subhanallah...sangat cantik..^_^

Sedang asyik merenung cahaya jingga, tetiba aku terfikir. Berapa panjang lagikah usiaku?? Sudah cukupkah amalanku sebagai bekalan untuk bertemu ilahi?? Memikirkan persoalan ini, hati terasa sayu tetiba. Aku bukanlah hamba-Nya yang sangat taat kepada segala suruhan-Nya. Aku bukanlah seorang anak yang baik kepada ibu bapaku. Aku bukanlah seorang adik yang baik kepada kakak-kakak dan abang-abangku. Aku bukanlah seorang kakak yang baik kepada adik-adikku. Aku bukanlah seorang mak cik yang baik kepada anak-anak saudaraku. Aku bukanlah seorang kawan yang baik kepada kawan-kawanku. Masih banyak kekuranganku untuk menjadi taat kepada-Nya dan baik kepada semua orang. Lantas ku panjatkan doa, semoga aku masih diberi peluang untuk melakukan perubahan. Merubah diriku untuk menjadi yang lebih baik. Aku sedar akan kekurangan dan kelemahanku. Bantulah aku Ya Allah....

Terlintas di fikiranku kemudiannya, dunia sekarang sudah berada di penghujung zaman. Hari yang dijanjikan Allah akan tiba bila-bila masa sahaja. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sementara. Akhirat nantilah tempat yang akan kekal untuk selama-lamanya. Fakta ini memang sudah diketahui oleh Muslim secara am-nya. Cuma kita sering lupa dan kekadang ada juga yang buat-buat lupa akan hal ini. Pada mereka yang buat-buat lupa, ingin sekali aku bertanya; Tidak takutkah mereka untuk berhadapan dengan hari perhitungan nanti?? Tidak takutkah mereka untuk berhadapan dengan hari pembalasan nanti?? Kadangkala soalan ini juga inginku tanya pada mereka yang sering lupa. Termasuklah diriku. Memikirkan hari yang dijanjikan Allah itu, membuatkan aku menangis sendirian. Menangisi dosa-dosa lalu....

Seperti yang pernah aku dengar dan pelajari dari pendidik2 ku sedari kecil hinggalah aku beralih ke alam dewasa, ahli neraka ramainya kaum wanita dan begitu juga ahli syurga yang ramainya juga  kaum wanita.  Aku menjadi gerun. Di manakah aku nanti?? Teringat pula akan perbualan ibuku dengan kawannya di suatu petang: 'Kita kaum wanita ni, sebenarnya mudah saja untuk masuk syurga: taat kepada suruhan Allah dan jauhi larangan Allah, taat kepada ibu bapa dan taat kepada suami, insyaAllah....'

Kemudian, satu persoalan bermain di fikiran. Berapa ramaikah wanita yang mampu melakukannya?? Semoga aku tergolong dalam golongan yang mampu melakukannya dengan izin-Mu Ya Allah....


Friday, January 21, 2011

Lipas Bertemu Lipan

Cerita Lipas:
Haiwan yang aku sangat tak suka. Jadi, kepada lipas2 kat luar sana, jangan cari pasal dengan aku jika masih mau hidup..hahahaha....

Cerita Lipan:
Pesanan kepada aku, jangan cari pasal dengan lipan. Sekali kena sengat, berhari2 berminggu2 sakit dia tak hilang lagi. So, be careful.

Aku paling pantang bila tengok lipas berkeliaran depan mata. Memang mati la aku kerjakan. Aku pun x ingat exactly sejak bila aku anti sangat dengan lipas. Yang aku ingat sejak lipas masuk dalam telinga aku and menyebabkan berminggu2 gak aku sakit telinga, memang aku sangat geram dengan haiwan yang bernama lipas. Semua kaum dia memang tak boleh berkeliaran depan aku. Macam apa jerk, kata sopan (chop!! aku jumpa word sopan kat sini. Sape yang sopan? Kamu? Are u sure?? Kalau adik aku baca ni, ayat tu la yang akan terkeluar dari mulut dia, CONFIRM!! hahaha) Iyer la, aku sopan k.. Aku dengan lipas jerk macam tu.......hahahaha.

Emmm, teringat lak masa tengah study dolu-dolu. My roomates kalau jumpa lipas mati tu, diaorang dah boleh agak la siapa punya kerja. Only my roomate la, orang luar bilik tak tahu kot. Aku bukan tak geli, geli jugak sebenarnya, terjerit2 jugak la, tapi aku tak pegang la k. Dah la busuk. Aku pijak dengan selipar jerk..hahahaha. Ganas tahap tak boleh nak cakap dah. Sabor je la, kalau bakal mak mertua tengok memang tak boleh jadi calon menantu..CANCEL!!! hahahaha. Tapi aku berani ngan lipas je la. Haiwan lain mintak ampun. Geli nak mati kot. Tambah2 lagi yang lembik2 contohnya macam cicak. Minta maaf la...

Nak jadikan cerita, kisah di satu tengah malam. Tengah malam ke pagi erk?? Pagi kot coz dah pukul 1 pagi. K la, tukar balik. Kisah di satu pagi hari ^_^  Time tu memang mata ni dah mengantuk teramat. Masa aku nak pegi bilik air, aku nampak lipas. Hilang ngantuk tetiba..huhuhu. Tengah nak kejar lipas, aku nampak lipan. Apa kes binatang ni masuk dalam rumah nie?? Aarrghh! Menjerit kat situ. Fuuh, nasi baik bukan sekampung yang bangun..hahaha. Apa aku nak wat ngan lipan ni? Takut kot. Karang kalau kena sengat, sengsara jerk. Pastu aku nampak sebatang besi di sebelah kabinet and racun serangga. Aku spray lipan tu dengan racun serangga, then lipan tu pening2 kot. Aku ketuk la ngan sebatang besi tadi. Tamat sudah riwayat lipan itu di kala dingin pagi hari di tangan aku. Terasa macam kejam pulak!! Kejamnya aku...Memang kejam pun!! Apa salah lipan tu dengan aku?? Rasa macam berdosa sangat2. Sorry lipan.....Sorry sangat2  T_T

Sampai termimpi2 pasal lipan malam tu. Itupun, selepas pukul berapa entah aku terlena. Ngantok aku dah hilang entah ke mana. Dihantui rasa bersalah yang teramat sangat. Macam2 dok fikir, macamana nak tebus balik dosa and rasa bersalah aku yang telah membunuh lipan itu dengan kejam tadi. Lama jugak la  dok berfikir sebelum terlena dibuai mimpi lipan....



Friday, January 7, 2011

Hari Ini Punya Cerita

Hari ini merupakan hari yang agak berlainan bagi diriku. For the whole day, i feel a bit uneasy and don't know why. Why?? Sampai saat ini aku still x boley nak jawab tapi macam ada klu sikit. Adakah ini jalan yang patut aku pilih?? hmmm, aku kena refer Dia. Can't wait till midnight. Aku nak mintak petunjuk.Coz as He promise He will always be there, He always watching us, guiding us. Tetiba nak nyanyi lagu Maher Zain. huhuhu.
Ya Allah, which way should i go through...

Hari ini aku baca ayat-ayat suci Allah lebih daripada biasa dengan harapan aku menjadi lebih tenang. Alhamdulillah aku menjadi sedikit tenang, tetapi aku still memerlukan petunjuk-Nya supaya aku dapat mengurangkan beban yang terbuku di hati. Suasana yang sejuk kerana awan x berhenti-henti mencurahkan air hujan, menjadikan aku sedikit pasif hari ini. Teratak ayah dan bondaku ini sudah seperti dibina di atas air. Keliling rumah penuh dengan air kot. Nak turun pun segan. Sejuknya....



Nak type apa lagipun aku x tahu. Dah kekeringan idea. Tadi aku dah penat memerah otak menaip untuk blog satu lagi. Kesian blog aku yang ni. Sorry my dear. Kamu x akan dilupakan. I promise!! Hikayat_altamis merupakan ceritera tentang aku, mana mungkin aku bisa lupa.