Tuesday, December 31, 2013

Esok dah tahun depan!



Well, bila dah lama tak menulis (a.k.a merepek sebenarnya)...jemariku lagi laaaaa tak tahu nak menaip apa. No idea. Tapi nak merapu gak sikit. Esok dah masuk tahun 2014. Last post la ni kiranya utk 2013... ^_____^

Dah sebulan lebih hidup sebagai seorang isteri. Thanks for everything my dear hubby sebab banyak bersabar dengan kerenah isterimu ini. Love u forever..insyaAllah ♥

Banyak benda baru yang aku belajar sebenarnya. Toleransi tu penting sesangat. Dulu sorang. Kini berdua. No more awak or saya. Yang ada hanya kita. Kekadang terlupa yang aku ni ada suami yang perlu dirujuk dulu before decide any decision. Dah tak boleh pepandai nak buat keputusan sendiri. Bab ni masih kena selalu pesan kat diri hari2...hari2 ok. Supaya lama2 nanti dah jadi satu kebiasaan.



Tapiiii, satu bab ni susah bebenor aku nak tukar. Mudah sangat nak majuk or nangis sesorang. Over sensitif plak pas kawin ni. Huhu...ngengada yang teramat kan. Majuk sekali sekala takper la kan. Selalu gak la aku bebel kat diri sendiri hari2. Tapi tak jalan...adeiiii...

'jangan la nak emosi sangat, jangan sampai hubby mu naik bosan. so, please stop it'

Okeh, i'm trying, trying and trying.....gooooood girl...all the best my dear. U can do it!!



Thursday, November 14, 2013

Seminggu Jerk Lagi



Perkahwinan bukan sekadar percintaan, 
namun sebuah penghidupan yang bukan sekadar mengisi kekosongan dan kesepian, 
bahkan menuntut pengorbanan, air mata dan keikhlasan





One more week to go

Pasni dah jadi isteri orang. Happy. Takut. Risau. Semua ada. Mix flavor gitu..

...bersediakah aku...







Thursday, October 31, 2013

Kalau betul cinta


Bercinta biarlah sampai syurga.

Bila sebut pasal cinta....sejauh mana persediaan kita utuk membawa cinta itu sampai ke syurga?

Kalau betul cinta, kita takkan letak orang2 yang kita cinta dalam situasi 'bahaya' yang mungkin suatu hari nanti boleh membawa kepada jalan yang menuju neraka. 

Kalau betul cinta, kita takkan biarkan orang2 yang kita sayang hilang hormat kepada kita. Bila dah hilang hormat, perkelahian akan selalu terjadi antara pasangan atau antara anak dan ibu atau antara anak dan bapa. Akan terbit dosa2 yang mungkin kita tak sedar. Biasanya mungkin isteri akan jadi 'kurang ajar' pada suami atau anak pada bapa atau anak pada ibu. Dengan nama lainnya DERHAKA. Hilanglah keharmonian rumah tangga.

Adakah itu dinamakan cinta kalau menyebabkan atau membiarkan pasangan dan anak2 kita ke neraka?




Monday, October 28, 2013

Macam2 ada ^_^


Lebih kurang 3 minggu lebih jerk lagi untuk my BIG DAY..huhu Apa perasaan? Ermmm...takut pun ada, risau pun ada, happy lagi laaa ada kan..haha

Sekarang ni aku kat rumah dah. Balik 3 days before Raya Haji. Stay rumah sampai aku kawin. Lebih kurang 2 bulan gak la kiranya aku dok rumah sebelum g KL balik. Pasni balik KL berdua lak..hehe (sgt gediks okeh!!)

Bila sebut pasal kawin..teringat soalan yang selalu datang dan pergi # sudah bersediakah aku untuk menempuh alam rumahtangga? Jawapan: ____________ (belum isi lagi :p)

Time ni jer la boleh dok rumah lama2. Pasni takder dah chance nak dok rumah lama2 macam ni..sob sob sob..touching lak memalam ni..huhu

Dah 3 weeks aku kat rumah bila dikira balik rupanya dan dah 3 kali juga la roomate rumah sewaku a.k.a kawan seUIA ku mesej..rindu aku sangat katanya...setiap kali itu..aku speechless...insyaAllah ada rezeki kita bersua lagi di KL nanti ^_^

# aku juga merinduimu sahabatku..kerana ukhuwah itu indah~

Monday, September 30, 2013

Speechless


Aku tak tahu macamana nak mula...

Ermmm..aku rasa aku pernah rasa apa yang kawan aku rasa sekarang ni. Situasi yang sama aku hadapi tahun lepas. Berat hati nak melepaskannya pergi. Tapi terpaksa merelakan. Tinggal aku sorang-sorang yang akan meneruskan kehidupan di sini. Bezanya, selepas 3 bulan dia kembali ke sini. Kembali ke sisiku..hehe (ayat tak boleh blah)

Tadi masa aku tengah khusyuk menekan kalkulator nak kira stok, tiba-tiba kawan aku yang sedang baring kat sebelah bersuara (aku ingat dia dah terlena..rupanya belum)

Dia cakap tadi masa dia sembang ngan mak dia...mak dia tanya makan apa hari ni. Then dia cakap la aku masak. Pastu mak dia cakap sedih la plak, sebab lepas ni kan aku dah nak kawin, tinggal kawan aku ni sorang-sorang. 

Masa kawan aku bercerita tu, aku tetiba kalih ke arahnya. Cepat-cepat dia kesat air mata. Owh my......dia menangiskah. Aku tetiba speechless. Tak tahu nak cakap apa. Aku hanya jawab..Owh ye ke...sambil gelak. Awkward tetiba. Aku meneruskan kerja aku. BUT...hakikatnya aku tak boleh fokus. Rasa sayu lak di hati. Mungkin dia sedih, lepas ni dah takder kawan nak gaduh, kawan nak bebel and kawan yang bebel kat dia. Kawan yang dah tak mungkin kembali ke sisinya lagi...hahaha...aku rasa aku pernah tulis pasal ni sebelum ni. Tapi tak ingat entry tajuk apa..

Jangan risau kawanku. Aku pasti merinduimu jua. InsyaAllah ada masa luang, ku datang melawatmu di sini. Ku 'paksa' jugak bakal hubby ku nanti k.. 

Sayu jerk aku pandang muka dia yang tengah tidur kat sebelah ni. Jangan menangis depanku please...nanti aku nangis sekali..waaaaaaa...sob sob...hatiku sebak jugak sebenarnya..sabar je laa...

Kerja banyak nak kena siapkan malam ni nie......



Saturday, September 28, 2013

Jangan zalim


Kepala aku sakit lagi... arghhh... tak suka tak suka tak suka... sangat tak suka. 

Siapa yang salah?? Sendiri tanggung laa... sapa suruh g nangis and pastu tak boleh tidur... memang sendiri cari penyakit la kan... 


Tapi sakit ok. Sakit kat bahagian atas & belakang kepala. Tadi masa solat subuh... lamaaa aku sujud. Kenapakah?? Sebab sangat selesa dok dalam keadaan macam tu. Mengurangkan tekanan yang aku rasa sakit kat belakang kepala.. amazing kan.... 


# asyik sakit kepala jerk... adoiii.. jaga diri la sayang.. jangan jadi zalim pada diri sendiri k... 




Tuesday, September 24, 2013

Malas tol nak menulis =_='


Pejam celik pejam celik..rupa-rupanya dah lama gak aku tak menulis kat blog ni. Dah berkulaaaat...huhu syiannyerrrr....

Aku takder apa nak citer sebenarnya. Tapi kali ni ada la kan.....

Aku sebenarnya baru betul-betul sihat dari demam last week...seksa yang teramat. Seingat aku ini kali yang ke 2 aku sakit macam tu sekali. Sakit yang buat aku asyik fikir dah nak mati ke?? Kali pertama masa form 3 dulu2 kot yang sampai seminggu aku bercuti dari bersekolah. Tapi time tu sakit pun aku kat rumah kot...my mom ada...

Last week tu, Allah sahaja yang tahu. Adikku jerk yang ada. Last2 mak aku suruh kakak datang ambil aku kat sini. Stay umah akak sampai seminggu gak la. Kakak aku la yang jadi tukang urut yang setia, sampai pedih2 kulit aku. hahaha...dan nak jadi citer, besday ku last week..18 september...besday dalam keadaan sakit. Besday la sangat kan...asyik ingat dah nak mati jerk...takut giler. Tak sempat nak kahwin kah?? (kawin jugak yang dia ingat...adeiiii)

Bila balik gombak, rasa macam nak demam balik. Mungkin sebab kena angin luar masa balik ke sini. Yer la...naik komuter + LRT kan..ermmm, asyik tido jerk..sampai laa semalam..asyik rasa penat yang sangat..hari ni aku rasa dah sihat. Dah siap kuar g kedai tadi beli barang dapor. Alhamdulillah. Takder la rasa penat yang melampau. Dah sihat..yeayyy....

Tapi...aku tak puas hati, asal apa jerk yang aku masak sehari dua ni...tak sedaaap...tak menjadi..sampai aku cakap ngan kawan aku, 'dah laa, aku taknak masak dah...ada jerk yang tak kena...masin la apa la...sedey T_T'

Kawan aku pun selalu cakap, kenapa ngan kau sebenarnya, sejak dua menjak ni aku tengok kau lain sangat. Macam fikiran kat tempat lain... Kenapakah?? What happen to you....

Penangan sebab nak kahwinkah?? Terlalu banyak yang difikirkan. Persiapan entah kemana lagi..atau sememangnya umurku dah nak sampai ke penghujungnya......


Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan aku seorang isteri dan seorang ibu......dah lama rasanya aku tak sertakan doa ini dalam doa harianku.....



Thursday, August 29, 2013

Late Night 'RAIN'


Dah setel satu kerja. Ingat nak setel satu kerja lagi. Tapi dah takder mood sudaa..waaaaaa..mood saya sudaaa lariiiii..cuba cari tapi tak jumpa..nak tidur plak tak boleh..tak rasa aku boleh lena..sob sob..

Kat luar hujan kot..bukan ke sepatutnya aku rasa lagi ngantok..kan kan? Tapi taaak...ermmm..hujan..macam tau-tau jer hati aku pun tengah 'hujan'...

Bersabarlah wahai hati..sok lusa..surut la banjir sebab 'hujan' kat hati tu... Kena la biasakan diri k..


# Cuba tidur jom..esok malam dah tak boleh nak tidur lena sangat.


Mode: sad + missing 



Wednesday, August 28, 2013

Riuh Berkampung-Kampung


Dalam 2 or 3 hari ni peribahasa 'Telur Sebiji Riuh Sekampung' asyik terngiang-ngiang jer kat kepala aku. Bukan la sebab aku tengok orang yang berperangai macam tu. Yer la, kan ke peribahasa tu ada maksud dia tersendiri..hasil yang tak seberapa diperbesar-besarkan macamlah hebat sangat. Kan? Macam tu la kan maksud dia..huhu pandai-pandai je aku ni...erm, cikgu bahasa melayu, sila betulkan saya kalau salah..heheeee....

Berbalik kepada peribahasa tu la kan...ayam mak aku ni asyik bunyi jer hari-hari. Tengahari yang panas tu mula la nak bising..nak bertelur..peribahasa tu pun bagitau kan..telur sebiji riuh sekampung...itu kalau seekor jerk ayamnyer...kalau 3 ekor macamana? Adoiiiii....sakit kepala aku..berdenyut-denyut..bising yang amat..3 ekor bunyi tambah ayam jantan lagi kan...mau berkampung-kampung dengar...sabauuuu je laaaa...nak jer aku turun bawah and baling ayam-ayam yang buat bising sume tu...hahaha Mau aku lak yang kena baling ngan mak aku..hahaha

Bising kot...dah la time tu pick hour aku..cehhh..pick hour konon..haha Yer laa...nak kira tu nak kira ni..sume nak time tu...cuba bising petang-petang sikit time aku dah relax sikit and tak banyak keje..takdernyer aku nak marah...sempat la jugak aku g baling ayam tu curi2..haha Kalau tengahari, tak sempat la...nak wat kira2 yang lagi..nak g baling ayam lagi...takperr..lambat laun memang kena gak ngan aku..hahahaha (gelak jaat)




Wednesday, August 14, 2013

Siapa Kita Utk Menghukum



Entri ni sebenarnya dah lama disimpan sebagai draft. Tetiba hari ni rasa nak publish lak..masanya dah tiba kot..haha  


Hakikatnya..aku takder idea..cek tengok yang lama jer la. Edit - tambah and cut sana sikit sini sikit...dah boleh publish..

Tajuk entry kali ni macam title kat atas la kan...

'Siapa Kita Utk Menghukum'

Setiap orang ada kisah silam yang tersendiri. Ada kisah silam yang tak mahu diingati langsung. Ada kisah silam yang ingin selalu diingati. Ala2 macam kenangan manis dan kenangan pahit la kan. Semua orang tak nak ingat kenangan pahit yang hanya akan melukakan kembali parut yang ada di hati.

Tetapi, apa yang aku tak faham, kenapa masyarakat sekeliling suka sangat bersembang pasal orang lain. Tambah2 lagi kisah silam orang yang tak elok dan ada yang sampai menghina. Apa yang mereka dapat? Lelaki atau perempuan sama sahaja. Ustaz dan ustazah pun kadang2 tak terlepas..oowh..apa dah jadi dengan dunia sekarang. Ustaz dan ustazah sepatutnya menunjukkan teladan. Tetapi mereka sendiri tak dapat nak menahan diri dari membicarakan tentang keburukan orang lain.

Ada yang bercakap macam dah kenal sangat si polan ini dan si polan itu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Petah sungguh semasa berbicara tentang kesilapan lampau orang. 'KESILAPAN' yang mungkin di mata dia satu kesilapan itulah sebenarnya keputusan yang terbaik untuk diri 'pesalah' itu. Orang sekeliling hanya tahu menghukum tanpa memahami. 'MEMAHAMI'...dapatkah sebenarnya mereka memahami jika mereka hanya tahu menyusun kesalahan orang lain satu persatu. Kesalahan yang kecik diperbesar2kan. Segala kebaikan pula ditolak ke tepi seolah tak pernah dilakukan.. Di mana silapnya??

Siapakah kita untuk mencanang cerita silam orang sana sini. Siapakah kita untuk menghukum orang menggunakan 'reasoning' kita. Adakah kita pasti yang kita tak mempunyai kisah silam yang teruk. Mungkin lebih teruk dari orang yang kita hina. Betol tak..renung-renungkanlah ^_^



Akhir kata: Syukran kepada yang sudi membaca entry nie... ^_^ 


Last words: Selamat Hari Raya ke 7 (dah seminggu raya rupanya..hehe)

Maaf Zahir Batin kepada semua..semoga kita masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah ♥ ♥








Thursday, August 1, 2013

Cerita Lama


Sekarang aku dah kat kampung..dah seminggu kot aku balik..excited kan nak raya?? Macam budak kecik kan?? Yeer laa, raya dah next week kott..tambah lak ini la masanya utk aku enjoy my single life habis-habisan...pasni dah jadi isteri orang dah tak boleh nak balik kampung lama2 dah..kan? kan? sedih lakk...waaaa T_T

Sejak aku balik ni, almost everyday gak la aku pegi terawih kat masjid unless ada one day tu, ayah aku demam and adik aku nak kena bawa ayah g klinik. Sekali tu jer aku miss..hehe 

Sebut pasal terawih aku ada satu cerita yang aku nak cerita lak....

Ada sekali tu, kitaorang pegi terawih lambat sikit. Sampai-sampai masjid jer jemaah dah berdiri and dah nak start nak solat isyak. Nak jadikan cerita la kan, saff yang belakang sekali tu dah half orang berdiri...yang saff second last tu ada 2 orang jer..apakehal pulak..adeiiiii...

Jadi, kami bertiga (aku & adik2ku) nak pegi saff tu..dan ternampak la siapa yang last sekali..haha Langkah aku terus berhenti. Hohoho..cikgu aku time sekolah rendah rupanya. Satu kampung memang kenal dia & tersangat la garangnya itu..huhuhu Takkan la sebab tu kot takder orang nak g penuhkan saff yang tu..adeii...tapi, kami bertiga pegi la jugak penuhkan saff yang tu..hehe

Ermm..walaupun dia garang, dia la cikgu yang selalu angkat aku kat tempat perhimpunan setiap kali aku pitam sebab lama berdiri bawah panas (aku memang x sedar, aku tanya kawan2 la...sape yang angkat..huhu) Yer la..pukul 9 pagi tak habis2 lagi kot cikgu bagi ucapan. Pastu lak aku dok depan sekali. Jaga barisan. Pengawas kan..haha Buka2 mata jer..cikgu tu la yang setia dok picit2 badan aku..dan kipaskan aku...

Cikgu selalu bebel suruh g checkup kat hospital takut ada masalah jantung..sebab anak dia selalu gak pitam sebab ada masalah jantung berlubang..huhu Tapi aku tak pernah pegi pun...keluarga aku orang susah kot time tu..klu aku ada mslh jantung, aku takda la plak boleh bersukan kan..hehe Alhamdulillah sampai sekarang aku masih bernafas...Cikgu tu jugak la yang latih kami team sekolah main bola jaring..cikgu tu ajar kajian tempatan..pernah satu kelas kena sebat ngan rotan kat betis sebab tak dapat markah yang dia harapkan...haha Seumur hidup aku, sekali tu jer aku kena sebat. Dengan cikgu yang garang tu la jugak..

Itu cerita 15 tahun yang dulu. Time sekolah rendah aku aktif la jugak bersukan. Kulit tak cakap la color apa kan. My mom selalu bising sebab asyik main bola jer. Ulangkaji pelajaran pun takda masa..

Too many sweet memories masa sekolah rendah. Sekolah menengah xda sangat pun yang sweetnya...ada ke?? Memberontak jer banyak..biasa laa...remaja yang baru nak kenal dunia. Kena paksa bersekolah kat situ kan...lagi laaaa......boleh agak la kan..hahaha Tapi aku nyesal, nak g belajar balik betul2..aku lepaskan peluang nak belajar agama betul2..

Tapi apa yang aku boleh buat kan....menyesal kemudian dah tak berguna...wahahaha...sabar je laa....





Tuesday, July 16, 2013

That one name


As soon as i get online..i look for that one name first. When listening to a slow song..that one face comes to my mind first. When i hear the phone ringing..i hope that one who is calling.

AND that one name...that name makes my heart skip a beat..only that one name.

Hohoho..truly fall in love ♥ FALL again and again~





Friday, July 12, 2013

Jangan jadi orang yang rugi~


Hari ni dah 3 Ramadhan..maksudnya dah 3 hari semua umat islam berpuasa..alhamdulillah ^_^

Hadith Nabi "Malanglah (rugi) bagi mereka yang bertemu Ramadhan dan keluar darinya sedangkan tidak diampunkan" (HR Tirmizi)

Jadi...pengajarannya? 

Jom 'berpesta' ibadah. Jangan lepaskan peluang yang dah terbentang di depan mata nie. Namun, belum pasti peluang ini akan ada untuk kita hingga ke penghujungnya. Gandakan amalan2 yang baik dan perbanyakkan tilawah Al-Quran. Semoga rahmat dan keampunan Allah dapat kita miliki. Sudah pastinya kita tak nak tergolong dalam golongan orang yang rugi kan..insya Allah ^_^






Monday, July 1, 2013

Makan lagi


Jam lappy ku dah 1.40am. Tapi mata aku belum rasa nak tidur. Macamana nie...aduhai... Dua keje dah siap..tinggal satu jerk lagi yang tak pernah siap..resit-resit yang berterabur tu..huhu

Tetiba rasa lapar..boleh tak????

Alaaa, aku makan pisang jerk..boleh kan?? pisang takper kan?? Tak gemok kan walaupun makan tengah2 awal pagi macam ni kan? Takder masalah kan? kan? kan? (huh...nak sedapkan hati jugaaaak..hahaha)

Okayyy...nak tengok running man jap sebelum tidur..hehehe

Daaaaaa....gudniteeeeeee ^___^





Monday, June 24, 2013

Satu Cerita


Dah 2.30 pagi.  Sedih tol kan.. sampai sekarang aku tak boleh nak lelap..dah macam2 gaya aku baring, tak mau lena jugak.. dihimpit rasa bersalah yer. Setiap yang berlaku ada sebab dia tersendiri...ingat yang tu selalu.. 

Sebab tak boleh nak tidur.. aku google cari reading material yang dalam english. Nak baca suh bagi ngantok. Amek novel english karang kena buka lampu lak. Aku cari english grammar...tak boleh blah kan.. bukan apa.. boleh la nk touch up 'nahu'  english aku..macam dah berkarat jerk ni haa..tambah ilmu yang berguna sikit sebelum tidur.. heeee

Tapi..nak jadikan cerita terjumpa satu love story...lepas dah habis baca, rasa macam nak share kat sini lak.. Love story you..peewiitt...hahaha 

Once upon a time, there was an island where all the feelings lived; Happiness, Sadness, Knowledge, and all the others, including Love. One day it was announced to the feelings that the island would sink, so all repaired their boats and left.

Love wanted to persevere until the last possible moment. When the island was almost sinking, Love decided to ask for help. Richness was passing by Love in a grand boat. Love said “Richness, can you take me with you?” Richness answered, “No, I can’t. There is a lot of silver in my boat. There is no place here for you.”


Love decided to ask Vanity who was also passing by in a beautiful vessel. “Vanity, please help me!” “I can’t help you Love. You are all wet and might damage my boat,” Vanity answered.


Sadness was close by so Love asked for help, “Sadness, let me go with you.” “Oh….Love, I am so sad that I need to be by myself.”


Happiness passed by Love too, but she was so happy that she did not even hear when Love called her!


Suddenly there was a voice, “Come Love, I will take you.” It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that he even forgot to ask the elder his name. When they arrived at dry land, the elder went his own way.


Love realizing how much he owed the elder, asked Knowledge, another elder. “Who helped me?” “It was Time,” Knowledge answered. “Time?” asked Love. “But why did Time help me?” Knowledge smiled with deep wisdom and answered, “Because, only Time is capable of understanding how great Love is.”



Thursday, June 20, 2013

Counting Sheep


Serius aku tak faham kenapa sejak 3 4 hari ni aku tak boleh nak tidur malam. Malam kelmarin sampai ke subuh aku tak boleh tidur.. terkebil2 dalam gelap. Macam2 surah aku baca. Tak boleh lena jugak.. lepas subuh tu aku paksa gak tidor. Aku sumbat telinga kiri kanan dengar surah al mulk berulang kali.. Surah tu jer yang aku simpan dalam fon..dengan harapan aku tenangkan hati or fikiran yang mungkin tengah berserabut walaupun seingat aku, aku tak fikir apa pun.. entah laaa... aku sendiri pun tak pasti kenapa sampai ke sudah aku tak boleh lena malam tu.. 

DAN sekarang ni pun, aku tak rasa ngantok. Kenapaaaaa la. Sedih betul. Semua orang best tidor dibuai mimpi. Aku nak tidor & mimpi gak... waaaaaaa... sob.. sob... 

Semalam inche tunang bagi suggestion suruh counting sheep.. try to visualize... yang sengalnyerrrr.... aku tak boleh nak bayangkan langsung. Tak boleh... sedih kan.. kenapa dengan aku sebenarnya. Time tu laaa aku fikir kalau aku ada ubat tidor kan best. Klau ada dah lama aku telan agaknya.. yer la kan.. kesian my body... perlukan rehat koooot.. kan.. badan aku sehari dua ni rasa lemah semacam jerk.. emmmm... kenapakah???? of cos la sebab tak cukup tidor kan. 

Jadi malam nie nak try counting sheep lagi. Tapi disebabkan semalam aku tak boleh nak bayangkan langsung, jadinya aku meng'google la gambar biri2 yang banyak2 tu..semoga aku boleh bayangkan untuk aku tidur sekejap lagi... 

Comel kan..macam pandang aku jerk.

Bagus2..macam sangat sesuai. Sebab dorang sume pandang aku and tungu aku untuk bilang dorang jerk satu persatu...comel!!

Nie lagi banyaaak..waaaa...sangat sesuai gak..hehe

Nie jerk yang aku jumpa..okay la dari takder...hihi

Dua situasi yang aku cari. Satu gambar biri2 yang banyak & satu lagi gambar biri2 dalam kandang dia. Takut nanti aku tak boleh nak bayangkan yang biri2 tu masuk berjalan ke dalam kandang.. huhu Siankan aku.. helpless!!  

Ok, memandang semua dah ready jooooom counting dan try tidor k... dah kul 1 pagi nie... nak tidoooooor.... 


Friday, June 14, 2013

Tak Sabar...hehe


Tetiba rasa teruja lak nak buat bunga telur..huhu Dah tak sabar nak buat nie. Dah siap buat tempahan. Esok barang akan deliver ke rumah. Senang sungguh dunia sekarang ni yer. Semua di hujung jari. Klik..pilih dan bayar kemudian tunggu sehari dua, barang sampai..perghh..bertambah lemak la macam ni...

Bila sebut pasal lemak...adeiii...camner nak kurus nie..asyik nak makan jerk..susah tol nak diet...baik keje kat opis kan. Makan time lunch hour jerk..Keje kat rumah macam ni la. Lapar jerk, mula la merayap ke dapor cari makanan.. Kepada diriku..sila diet ok..nak kawin ke taknak...malu k kalau 'tembam' semacam jerk masa kawin..huhu

Sebut kawin, semangat jer yer..haha Mesti la kan..dah tak sabar nak wat bunga telur kot..wat sikit-sikit lama-lama siap la :) Aku teringin nak ada hasil kerja tangan sendiri masa kawin nanti sebenarnya. Mesti seronok. Perasaan puas hati tu..sangat best..bangga kot....hihi

Tak sabar nak upload gambar bunga telur yang dah siap nanti... Second step untuk persiapan hari bahagiaku..semoga semuanya berjalan lancar..aamiin...






Wednesday, June 12, 2013

Di sebalik Senyuman


Benteng sabar aku hari ni dah makin menipis ni. Macam dah senipis kulit bawang. Tapi kena tetap cakap sabar, sabar dan sabar kat diri... Sakit jiwa melayan customer yang macam entah hape2. Dugaan sungguh...

Tapiii..sifir yang penting..yang kena selalu ingat...setiap sms yg direply kepada customer kena ada smiley..huh!! Sakit jiwa aku. Itu pasal la aku tak boleh deal dengan customer depan2. Aku tak reti nak berlakon dengan senyuman plastik. Sebab klau mood aku dah spoiled. Soooo sorry la.. From aku nyer air muka orang boleh tahu aku tengah marah. My bad la kan..

TAPI..hangin pun aku tetap susun ayat elok..dan jangan lupa SMILEY..waaaa..plastik sungguh la kan. Padahal di sebalik smiley tu aku hantar sekali aura nak "SEPAK" sebab main2 ngan aku..hahaha





Wednesday, June 5, 2013

Sakit Tekak T_T


Setelah sebulan bermastautin di kampung akhirnya aku kembali pulang ke KL. Sekarang ni tekak pedih & perit jerk rasa. Nak bercakap pun malas jerk rasanya. Kepala lak pening-pening..adussss..dah la sorang2. Roomate ku balik kedah.. Sedih lak tetiba..sob sob...

Teringat dulu2..time memula belajar dok KL. Time lepas SPM. Masa kat matrik UIA, PJ. Asal lepas balik dari kampung jerk mesti aku selsema & sakit2 tekak. Maklum la tak biasa dengan udara di KL lagi masa tu. Dah masuk main campus kat gombak baru la aku takde masalah macam tu kot..ke bila erk?? tak ingat dah...yang penting, lama gak la masa yg diperlukan utk membiasakan diri ngn udara KL.

Sekarang nie jadi macam dolu2 balik kah? Sebab lama dok kampung..dah terbiasa dengan udara kampung kan..Tetiba tukar cuaca..rinduuuuu kampung...rindu my mom..rindu suasana kampung...rindu semua..







Tuesday, May 28, 2013

Selalu Macam Nie


Aku sedih sangat. Kenapakah??

Aku tersepit, seakan terburu2 membuat keputusan tanpa fikir panjang. Bila dah buat keputusan yang tak boleh undur dah, aku rasa macam aku bakal menyesal. Lagi aku sedih..nak nangis...selalu macam ni...

Takper la, akan ada lain kali...insyaAllah..

Pasti ada hikmahnya kaaannnnn......nak sedapkan hati...

^________^



Thursday, May 9, 2013

Pandan Vs bunga apa ntah..


Sekarang ni aku kat kampungku..macam busy la sikit..tak sempat nak update sangat kat blogku yang terchenta nie…(busy la kononnya kan??)

Aku sebenarnya takda la nak citer apa sangat pun, cuma teringat semasa di dapur tengahari tadi. Hari ni masak lemak ikan puyu. Mana entah ayah aku beli. Besar lak tu. Nak jadikan cerita, banyak lak santan yang mak aku perah. Nak wat masak lemak semuanya memang tak la kan..

Pastu mak aku suruh masak agar-agar santan. Agar-agar santan mak aku, mesti guna kaler hijau daun pandan. Adeh..malasnyerrr la nak kuar rumah. Leceh tol. Nak kena tukar baju lengan panjang lak. Pastu aku teringat bunga yang warna biru (apa nama ntah, aku pun tak tahu..haha) yang lebih guna untuk masak nasi kerabu weekend lepas ada lagi dalam peti ais.

Aku cakap ngan mak aku, blender bunga tu je la wat agar-agar. Boleh tak…macam lawa jerk agar-agar warna biru..hahaha

Mana ada orang guna bunga tu wat agar-agar. Jangan nak merepek. Tak pernah dibuat orang. Pegi amek la kejap daun pandan tu..tak sampai seminit pun jalan amik dan masuk umah balik. Jangan nak jadi pemalas lak..haaaa, kan dah kena bebel :p

Alaaaa, bukannya malas nak g amek..nanti membazir jerk bunga yang kat dalam peti ais tu. Busuk macam tu jerk…(alasan!!) hahaha

Mak aku lak sambung…takder…pegi ambik daun pandan gak…..

Mak aku dah guna kuasa diktator...huhu Hambek ko!!



Friday, April 26, 2013

Ada kena mengena dengan hidung tak?


Aku boring sangat-sangat. Tahap ngantok hari ni sangat luar biasa. Berkali-kali aku tersengguk-sengguk depan laptop sejak dari pagi. Lepas subuh on laptop jap. Nak wat keje la kononya tapi..mata sangat berat. Pas kawan aku g keje aku baring. Pastu alarm bunyi. Bangun balik. Wat keje jap, ngantok mai balik...waaaaaa, apa lagi..baring lagi..berapa kali aku tido dan bangun hari ni...sob sob T__T 

Memandangkan kerja aku mengadap FB 24jam, aku terjumpa la peribahasa ni:

~Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-kali~

Kalau nak ikut pemahaman aku, peribahasa ni memberi maksud buat baik jangan berlebih-lebihan sangat dan jangan sekali-kali pula melakukan kejahatan. Atau dalam erti kata lain, bersederhanalah dalam membuat kebaikan. Betol la kan? kan?  

Part jangan buat jahat tu aku sokong. Aku setuju 100%. Part buat baik jangan berlebihan tu yang aku kurang pasti. Jadi maknanya ada certain time jugak la yang kita tak boleh buat baik. Begitukah? Ke salah apa yang aku paham? 

Bukan ke buat kebaikan tu tak pernah ada sempadan. Lantak la apa orang buat jahat ke dengan kita, kita tak boleh balas dengan kejahatan. Kita tetap jugak buat baik ngan dia. Macam walaupun orang baling batu kat kita, kita baling balik kat dia buah...cop..baling?? Baling tu pun bukan tak elok jugak ke?? Maunya kalau kena batang hidung dia macamna? Tak ke susah. Patah hidung orang tu. Aku tukar la sikit, kita g hantar buah kat dia..hehehe Haaa, kan sedap sikit. Tak elok main baling-baling nie...

Hahaha..dah abis merepek ke? Macam bagus lak ko merepek yer..SPM ko FAILED ke kertas bahasa Melayu?? aduhai..saja nak wat tak paham kan...SENGAL!!

Tetiba aku jumpa lagi yang menarik perhatian kat FB tu. Apakah?? 


Perghhh...macam terkena batang hidung. Nasib baik tak patah hahaha :p 
'Orang yang sibuk beramal takkan sempat merasa bosan'...hambik ko....buat kerja niat kerana Allah pun beramal jugak kan? Ni tak, keje tak siap bertimbun lagi pun berlagak macam takda kerja. Bosan kononnya..

Siapkan keje semuanya sbelum balik kampung next week..okeh!!

(_ _!) yer laaaa T__T



Thursday, April 25, 2013

Oh Nasi!!


Morning. Morning and morning!! Morning lagi ke ni?? haha..Morning lagi la kan sebab masih belum tengahari. Fuuh, penat! baru lepas sapu sawang yang ada kat blog ni sebab banyak hari tak buka..haha 

Sian dia yer. Aku takda idea laaaa... 
Ye ke takder?
Emmmm, yer la.adaaa....tapi terhad and macam tak best and macam teragak2 nak tulis. Wat malu jerk bila ada 'orang' baca...hihi :p

Jadi, kali ni dah ada idea ke nak tulis?? Wahahaha...belum jugak. Tapi pagi ni aku rasa macam nak merapu merepek sikit. Tu yang g buka blog ni..........

Kawan aku bangun2 jerk dia terus tanya aku, tak nak makan nasi dah ke hari ni?? Hahahaa...pastu kitaorang sama2 gelak. Tau la aku baru lepas makan mee goreng. Agak la weh.... 

Tau la aku on diet. Tapi klau tak jumpa nasi dalam sehari, hidup macam tak lengkap. Perut aku perut orang kampung..heheheee :p 


Saya bangga saya orang kampung....tetiba!! :p





Thursday, April 18, 2013

Apa Lagi Yang Tak Kena


Hari ni aku tak boleh nak fokus buat kerja. Rasa macam blank. Kosong. Dah la buat kira-kira. Kena cek balik sebelum submit kat bos. Takut ada tersalah kira or tersalah tekan kalkulator. Bos pulak bukannya jenis nak kira balik. Semua Ok. Kalau salah pun aku sendiri jugak yang perasan nanti..

Yang aku tak paham kenapa la dengan aku hari nie....sangat tak suka perasaan macam ni. Selalunya aku bukan macam ni. Kalau dah buat kerja tu tak ingat benda lain dah. Aku bukan jenis yang fikir banyak benda satu masa. Kenapakah??

Cari balik fokus kamu please.....




Wednesday, April 17, 2013

Itulah Sayang


Apa kena ngan aku ntah malam ni. Jiwang terlebih la plak. Tersangat-sangat-sangat lebih dari biasa kot. Berkaraoke sorang2 dalam bilik. Bosan takda kawan nak sembang. Dok ulang2 lagu yang sama. Banyak kaliiiiii... Lagu ni haaa...klasik sungguh kan? kan? kan? Apa kena ngan mental aku malam ni entah..hahaha

Itulah Sayang – P.Ramlee dan Normadiah
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Itulah sayang.....


Punya la jwang kan...siap send pantun pada inche tunang yang diam menyepi lak tadi. Lamaaa sangat tunggu mesej dari dia..huhu..gedik sungguh...

Sunyi sepi malam ini
Terang langit tanpa awan
Tiada kasihmu menemani
Hatiku jadi rawan..

Ntah hape2 kan..dah la pantun tak sedap. Macam ada yang tak kena jerk ngan pantun tu. Aku sendiri baca pun, macam tak sedap. Something missing.. Tapi apa leh wat, aku bukan major kesusateraan bahasa melayu masa kat universiti..haha Wat malu jerk. Kalau bagi cikgu pantun tengok mau FAILED. hehe...

Jom ulang nyanyi lagu itulah sayang lagi dan lagi dan lagi......


p/s : Malam ni jerk..sok lusa tak nak buang tabiat macam ni dah..peaceeeeee ^^,V


Sunday, April 14, 2013

Cerita SengaL


Bosannya.. tak tahu nak buat apa. Takda mood nak cakap ngan orang. Mendiam diri seribu bahasa. hormon tengah tak betul kot.. huhu

Kalau tengah2 macam ni mula la fikir cerita yang kelakar untuk menghiburkan hati sendiri.. teringat lak cerita yang aku rakam dalam kotak fikiran aku semalam. Cerita sengal.. haha

Masa tu dok tengah basuh beras sorang2 kat dapur. Nak jadi cerita ada kutu beras beberapa ekor. Aku masuk air banyak2 kemudian dia terapung aku tuang la air tu. Dalam beberapa ekor tu ada la sepasang kekasih (kekasih la kan.. sebab mana ada akad nikah :p) bercengkerama lak dalam beras aku. Sebab aku buka air paip laju2 makanya terpisah la dorang..

Sayaaaang... jangan tinggalkan abaaaaang...tangan depa ala2 macam dalam cerita..orang yang terpisah tuuuu...

Abaaaaaang... tolooooong... sayang tak tahu berenang.. tolooooong... aaaaaaa..

Dua2 bertungkus lumus nak keluar dari arus air warna putih yang laju menuruni lubang air... terpusing2 penin...

Adeiiii, penangan cerita la ni..berimaginasi lebih lak aku. Sengal!!! Boleh plak terfikir skrip macam tu... hahaha Dah la tak best langsung...huhu

Tetiba.... alammaaaak.. kesian la plak kat dorang. Kejam. Kejam. Kejam.. Sungguh kejam. Maafkan saya kutu2 beras semua. Apa saya boleh buat. Awak2 semua hidup secara haram & tanpa kebenaran dalam beras saya. Jadi saya tak tahu kehadiran awak2 semua.. Siannyerrrr T_T



Monday, April 1, 2013

Cerita sebelum hari ni!


Sekarang aku dah kembali ke KL setelah lebih seminggu aku balik kampung. Saja balik kampung nak berebut dengan orang cuti sekolah. Haha..

Cuti sekolah kan, tau-tau je la. Semalam pun, perjalanan nak ke KL lebih lama dari biasa kot. Jem jerk jalan macam musim raya. Biasa laaa, rakyat pantai timur pantang ada cuti, berduyun2 la balik kampung. Semalam hampir 10 jam kot amek masa tapi itu sebab berhenti kat kawasan rehat sejam lebih..tu yang menambah lambatkan perjalanan. Ada penumpang yang lambat naik bus balik. Bengang jerk driver bus...

Semalam aku sampai greenwood dah dekat kul 8. Memandangkan dah lambat, aku ajak adik aku pegi solat maghrib dulu kat masjid belakang bus stop sebelum balik. Masjid ar Rahimah. Dah siap solat sume, aku pun kuar la kan. Masa tengah nak pakai kasut tu, datang la sebuah motor and park kat kawasan berhampiran. Sepasang suami isteri. Sooo sweet. Yang suaminya pakai jubah putih dan berserban. Yang isterinya pulak dah siap sarung telekung. Sejuk mata memandang dua2 orang. Dan dan masa tu jugak aku berangan, esok2 nanti aku nak ajak suami aku pegi masjid gak. Dah ada anak nanti bawa anak sama...sweeeeeeeeet kan..hahaha Panjang sungguh angan2 aku..siap masuk anak sekali..berangan di perkarangan masjid lak tu. Pastu senyum sorang2. Nasib adik aku tak perasan. Kalau tak mau kena perli!!

Panjang lak cerita masjid yer, niat di hati nk upload gambar yang aku snap semasa kat kampung sebenarnya ^___^









Ni gambar aku snap masa kat PCB


Gambar yang last sekali tu aku snap masa nak pegi Rantau Panjang. Time tu dah petang dah and ada rombongan pengantin di perkarangan masjid. Ramai..segan lak..hahaha Anak buah and adik aku siap cakap ada mamat ensem laaa...tapi bukan pengantin la. Kawan pengantin la kot kan.. Aku memang tak pandang langsung la ke arah crowd tu. Segan ah! hihihi.....





Wednesday, March 27, 2013

ok Vs ko


Malam ni aku KO. Kenapakah? Entahla..semuanya serba tak kena. Niat di hati ingin membantu mengurangkan tapi nampak gaya macam menambah banyakkan... Aku cuba, namun semuanya tak menjadi. Apa yang aku dah buat...aku hanya menambah kusutkan..

Bila dah macam ni MOOD aku dah jadi tak OK. I'm not OK when u r not OK. Simple nya I'm KO T_T...apa aku tulis nie......

Dah tak da mood nak wat keje. Sambung esok pagi la plak...

Tetiba rasa nak nangis macam baby kat bawah ni nangis..hahaha T_T


Nampak gaya macam tidur bertemankan air mata jerk malam ni. Malam ni jerk ok. Len kali jangan la macam ni...tak suka..tak suka..sob sob sob T__T

Hahaha..tetiba terbayang macam nak guling2 kat lantai sambil cakap tak sukaaa....tak sukaaaa...tak sukaaa...guling2 dari hujung dinding sana ke hujung dinding sini..haha Jiwa kacaukah??

Air mata nak menitik laaa..tolong..tolong...tolooooong..tapi takder sape dengar pun. Jerit dalam hati jerk..hahaha Ok..jom tidur..jangan terlalu melayan emosi..jaaaaangan. no no no...jom fikir jalan penyelesaian untuk lain kali nanti. SUPAYA benda yang sama tak berulang lagi...

You can do it sayangku..believe me!!



Thursday, March 21, 2013

Tanah Rata..



Aku tak boleh tido. Yeeer...itu la pasal aku buka lappy ku. Boring sangat. Semua orang dah tido. Agak la kan..dah nak pukul 2 pagi kot...

Emmm..weekend haritu aku pegi bercutiiiiii...bercuti ke cameron highland...dgn kawan2 ku..tapi bukanlah semuanya kawan2..campur dgn kawan kepada kawan ku jugak..kebanyakkan kawanku busy dengan kerja. Yang dah bersuami memang la tak dapat join kan..huhu Yang still single jerk join..alaaaa macam ala2 girlssss outing..hehe

Seminggu sebelum aku pegi, aku ada tanya mak aku boleh pegi ke tak, mak aku cakap..up to me..okay. Pastu tanya la inche tunangku..macam ok jerk..aku nak dengar 'tak payah' sebenarnya..hahaha Sengal kan...

Yang kelakarnya..pada malam sebelum pergi ke sana, aku call la mak aku kan cakap esoknya nak pegi cameron. Mak aku cakap, jadi ke pegi?? Inche tunang bagi ke?? What??? hahaha...mak aku cakap tak sangka lak dia bagi...ermmmm...boleh lak mak aku cakap tak payah pegi la... waaaaaaaa...mommyyyyy...hukhuk..no no no..cannot la kan. Esok dah nak peginya..mana leh cancel last minute..mau ngamuk kawan2ku..huhu

Macam2 la mak 'pesan' lak..yeeer mommy ku...anakanda ingaaat..meng'iyeeerr'kan je la....hehe Biasa la kan, hati seorang ibu..risaukan anaknya. Nak lagi anak perempuan pegi holiday dengan kawan2 semuanya perempuan..huhu

Masa kat sana kitaorang siap masak2 lak dalam bilik walaupun masa kat depan dah ada notis tak dibenarkan masak..haha Kawan aku bawa portable stove. Gasak la kan..takkan diaorang nak halau lak..huhu Teringat time zaman belajar...masak dalam rice cooker untuk kawan2 ku bersahur..haha Walaupun rules nya tak boleh..tapi kami siap ada lesung batu kot..utk menumbuk apa2..berani mati kan?? haha....

Sepanjang di cameron tak banyak mana pun gambar yang aku snap..sikit jerk. Kawan2 aku banyak gak la meng'snap' gambar...banyaaaak..masa nak copy tu penat gak aku tunggu nak transfer..hihi Tapi xda la aku nak upload bebanyak kat sini kan...takder keje..huhu

ni antara tempat2 yang aku pegi ^_^

Me & my frenz ^_^



Monday, March 11, 2013

Sengsara


Okeh..straight to the point. Tak der nak wat opening apa-apa pun. Errrmmm..sebelum2 ni ada opening ke?? Erkk..musykil lak aku...

Point yang straightnyer macam ni:
Pagi tadi aku pakai losyen untuk kurangkan lemak..losyen jenama apa tak yah la aku cakap kan. Macam2 jenama kot yang orang jual sekarang ni. Nak jadi ceritanyer la kan, masa memula pakai tu tak rasa pape. Best jerk pakai. Bau pun wangi. Pastu aku baring and tido jap. 

Hohoho...bila panas dia dah start rasa..boleh terjaga aku dari tido..panas weh...nyesal aku pakai banyak..syok jerk dok sapu. Hambik ko...orang pakai..ko nak pakai jugak..hahaha Pastu mula la g bersiram bawah paip air sambil berangan kalau ada kolam kan ke best..berendam jerk..helpless!! (_ _!)/

Dah lebih 6 jam kot aku pakai.sampai sekarang masih terasa sikit2 panasnya...huhu Maknanya kalau aku nak pakai lagi lepas ni aku tak boleh pakai banyak...tapiiii, time bila la plak rajinnyer nak pakai tu...hahaha





Monday, February 25, 2013

Aku ngantok~



Kat luar sedang hujan lebat..bilik aku dah jadi macam malam lak..huhu Siap 2 biji laptop aku buka ni bagi menerangi bilik..hahaha. Padahal takda kena mengena langsung..

Satu untuk kerja satu untuk 'personal kerja'..contohnya macam update blog ni. Dah gelap-gelap macam ni sure la aku ngantok..sabar sabar..jangan tidor. Karang kalau boss 'buzz' nak bagi keja, aku tak jawab kantoi lak aku tidor...haha

Ermm..rindu laa kat budak kecik yang dah besar ni. Gambar2 and video dia cakap je la tempat aku melepaskan rindu. Tapi tak lepas gak..rindu nak peluk ^_^

Gigi dia dah rongak...dah tak hensem..haha 

Asal amek gambar jerk...peace..hahaha Comel!! 






Layan jer la mata yang dah semakin layu nie...adeiiiii....

Take a nap jap boleh x?? hahaha




Sunday, February 24, 2013

Tak tahu


Kisah pagi tadi sebelum tengahari:

Aku bentang sejadah, tetiba kawan aku cakap..

"ooo ko dah nak solat ke? emmm, aku macam malas pulak hari ni...."

Apa??? Tertinggi lak suara aku kat dia time tu. 

"Takda, aku taknak terima alasan tu. Cepat bangun pegi amek wuduk sekarang. Alasan yang tu aku tak nak pakai...boleh plak cakap macam tu..bla bla bla...." sempat lagi aku membebel. 

Kawan aku bangun sambil gelak...hahaha. Garang macam mak tiri!! 

Nasib ler kawanku...haha . Aku pun tergelak jugak pastu. Hari ni dia yang kena bebel. Sok lusa aku la plak yang kena..nasib lerr...alhamdulillah ada orang nak tolong ingatkan aku. Saling 'bebel membebel'. Tapiiiiii, yang paling selalu membebel pun aku la..ada jerk yang tak kena!! helplesss....

Macam meriah lak, pagi tadi aku ada teman solat sunat sesama. Satu perasaan yang lain dari hari biasa. Tak tahu macamana nak describe. Selalu aku sorang-sorang. Yerla, semua orang keluar bekerja. Hari-hariku hanya bertemankan diriku sendiri..

Semoga aku terus istiqamah..aamiiin ^__^



Kisah tadi sebelum tengah malam:

Aku keluar dari bilik dengan muka yang tak tahu nak cakap macamana..

"Kenapa lak ni?" Tanya kawan aku.

Aku lapar laaa...hahaha

Akak housemate yang sorang lagi pun cakap, "bukan ke kul 7 tadi dah makan nasi??"

"Daaaaaaah..." pastu aku wat muka kesian..hahaha

Hmmmm..hampeh. Tak sempat nak buat muka kesian lelama. Kawan aku dah bising.

"Kata nak diet, nak kuruskan badan..kalau asyik nak makan jerk macamana nak kurus...bla bla bla......" The rest aku dah tak dengar sangat. Lalu jerk kat tepi telinga. Tak masuk kepala pun. Aku gelak and terus ke dapor buka peti. Capai jerk apa yang boleh dimakan bawa keluar dok kat sofa depan TV...

Seeeee, tak sampai sehari aku dah kena bebel balik. So sweeeeet. Menambahkan warna warni dalam hidupku. Walaupun kawan aku bebel macam2...tak jalan koooot..aku makan jerk. Dah lapar kan, nak wat camner...hahaha 

Sengal!!

Sure one day aku akan rindu nak dengar dia membebel kat aku...hahaha

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan insan ini sebagai kawanku dan penemanku dirumah ini....

Ok..last..nak letak title apa ek....??








Saturday, February 23, 2013

Maafkan aku


Seakan berhenti seketika denyut jantungku
saat kau melafazkan
jujur aku terkedu di dalam luka
tanpa setitis air mata yang selalu menemani...

Jika beginilah rasanya
aku bersumpah
tidak akan pernah lagi aku berbicara sebegitu
sakit sungguh hingga ke hati yang dalam...

Namun, jika itu yang kau pinta
akan ku cuba untuk tunaikan
walaupun hatiku tak merelakan
akan ku cuba untuk tunaikan
walaupun hatiku kan terus tersayat kepiluan...

Sayang sekali
coretan cerita yang ku simpan hari ini
tak sempat ku luahkan
akan ku biarkan terkubur tanpa bicara
hingga akhirnya...

Jujur hatiku terlalu dalam terluka
maafkan aku..
mungkin...semua ini asalnya salahku...






Thursday, February 14, 2013

Pujuk HATI ♥


Tak Perlu Aku Ragui 
Sucinya Cinta Yang Kau Beri 
Kita Saling Kasih Mengasihi 
Dengan Setulus Hati 

Ayah Ibu Merestui 
Menyarung Cincin Di Jari 
Dengan Rahmat Dari Ilahi 
Cinta Kita Pun Bersemi 

Sebelum Diijabkabulkan 
Syariat Tetap Membataskan 
Pelajari Ilmu Rumahtangga 
Agar Kita Lebih Bersedia 
Menuju Hari Yang Bahgia 

Kau Tahu Ku Merinduimu 
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih 
Bersabarlah Sayang 
Saat Indah Kan Menjelma Jua 
Kita Akan Disatukan 
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih 

Di Sana Kita Bina 
Tugu Cinta Mahligai Bahagia 
Semoga Cinta Kita 
Di Dalam Redha Ilahi 
Berdoalah Selalu 
Moga Jodoh Berpanjangan

Kasih Kekasih 
Munsyid : In-Team

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~