Entah kenapa dari siang tadi aku rasa macam ni. Rasa macam something yang ada terbuku di dalam dada tapi tak ada tempat nak luah.
Tadi punya la boring. Sooo, lonely. Kat opis tak ada kawan. Kat rumah plak tak ada roomate. Tak ada orang nak sembang. Nak membaca, 'M00D' membaca tu tak ada la plak. Nak tengok TV..tak ada cerita best kot...KOT?? hahaha. Lepas buka puasa tadi terus melepak dalam bilik kan? Bila masanya aku tengok TV?? Musykil tol..
Pastu dok fikir nak layan sudoku or cross word puzzle?? Last aku capai cross word puzzle. Seronok jugak....sambung puzzle yang tak habis aku layan lepas subuh tunggu nak pergi kerja pagi tadi. Buku-buku ini la penemanku sejak dua menjak ni. Sayu lak rasa tetiba T_T
Tapi papehal pun terima kasih kepada housemate ku kerana sudi join aku melepak di bilik ku ini. Sembang macam-macam. Cross word puzzle satu pun tak boleh siap. Ada cari tak jumpa...hahaha. Thanks housemate ku sebab tambah lagi satu warna dalam diari hidupku hari ni ^___^
TAPI, ada something buat aku nevessssss..hmmm, hopefully everything ok and berjalan lancar. InsyaAllah. Aamiin! Rabbi Yassir Wala Tu'assir...
Hopefully aku tak ambik masa yang lama sangat untuk buang jauh-jauh rasa yang ada terbuku di dalam dada ni sebab ia tak patut ada pun sebenarnya. Rasa ni sebenarnya aku sangat DISLIKE!! Buat aku rasa tak tenang dan senang hati.
Hopefully aku tak ambik masa yang lama sangat untuk buang jauh-jauh rasa yang ada terbuku di dalam dada ni sebab ia tak patut ada pun sebenarnya. Rasa ni sebenarnya aku sangat DISLIKE!! Buat aku rasa tak tenang dan senang hati.
Akhir kata: Ikhlaskan hati mu my dear!! Believe in yourself....You can do it!!
Bantulah aku ya Allah..
No comments:
Post a Comment