Tuesday, May 1, 2012

Tambah Collection Buku~

Last Sunday, 29th April 2012 bersamaan 17 Jamadilakhir 1433, aku pegi book fair kat PWTC. Macam best sangat nak pegi pesta buku. Dari awal bulan lagi dok menghitung hari sambil save budget nak beli buku. Siap paksa kawan temankan. Sebab itu ajelah alasan yang aku ada untuk jumpa dia. Siap buat ayat kesian, "jom laa,  saya tak ada kawan nak pegi ni. Cakap kat ayah, nak pinjam anak dia yang sorang ni hari tu jerk..pleaseeee......" menjadi jugak pujukan ku. Sebab aku rindu sangat nak jumpa dia...Terima kasih awk sebab temankan saya. Tapi sebenarnya aku ajak adik aku jugak temankan. Ada la jugak kawan kan..hihihi :p

Pada hari kejadian, yang tak tahannya, masa aku sampai PWTC tu orang tersangat lah ramai. Safee Sali (betol ke tak aku eja nama dia ni) ada kat situ. Apa yang dia buat kat pesta buku?? Tak paham kan. Aku nak jalan pun payah. Nak jadikan cerita terpisah ngan kawan. Ayat tak boleh blah kan..hahaha. Kawan aku ngan adik dia, aku plak ngan adik aku. Nak call, line tak ada. Masak betul.

Dah jumpa and beli buku yang aku nak, terjumpa balik ngan kawan aku.

"Akak beli buku apa? Nak tengok." 

Aku suakan plastik. Kawan aku gelak. "Semua buku pasal rumahtangga tu..hahaha".

"Erk..ye ke??" Aku tengok balik buku-buku yang aku beli tadi. Aduhai.......rasa malu dengan kawan aku tetiba..huhu.

Aku kan nak jadi ibu yang baik, ibu mithali. Kena la persiapkan diri dari sekarang. Ilmu agama kena perbaiki dari semasa ke semasa. Sebagai bekalan untuk mendidik anak-anak di masa hadapan. Sebab bagi aku, ilmu agama patut diterapkan dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil lagi. Semasa mereka memerhati dan belajar apa yang ada di sekeliling mereka. Ini pendapat aku la. Bagi orang lain aku tak tahu sebab, lain orang lain caranya ^__^

Selain tu, aku ada gak la beli novel. Bila aku nak baca entah. Minatku dengan novel dah berkurang sejak akhir-akhir ni. Melainkan novel Islamik Fatimah Syarha. Aku suka baca tulisan dia. Sedikit macam memberi inspirasi kepada diri untuk menjadi wanita solehah. Sebab wanita solehah tidak akan dipinang oleh lelaki yang tidak soleh.

Buku-buku yang dibeli dah balut cantik. Tunggu nak baca jerk. 

Akhir kata: Jom menelaah buku yang bertimbun kat tepi lappy nie!! 

Penutup kata: Selamat membaca!




No comments:

Post a Comment