''Jap jer kan..."
"Apa yang kejap?" soalku balik.
Kawanku dengan gaya orang tak puas hati, "Kita dah menghampiri bulan 5 la cik kak! Dah nak masuk tengah tahun. Rasa macam baru semalam kita melangkah masuk tahun 2012 kan?? Haaa, awak tu, bila nak kawinnya cik kak ooii. Umur dah makin banyak ni. Tahun depan tambah lagi. Awak je la, saya kan lagi muda dari awak..hahahaha." gelaknya menusuk terus ke jantungku.
"Apa yang ada pada angka??" senyumku gugup menutup sebak. Ulu hatiku terasa pedih.
Ya, terasa seperti baru semalam...
Cepatnya masa berlalu. Seakan masih tak percaya aku sudah seusia ini sekarang.
Segalanya terasa seperti baru semalam......
- seperti baru semalam aku grad dari universiti
- seperti baru semalam aku dapat result SPM
- seperti baru semalam mak aku membebel, 'udah-udah la main bola. Tahun ni nak UPSR'
- seperti baru semalam main kejar-kejar, main masak-masak, panjat-panjat pokok, tangkap ikan.
- seperti baru semalam nangis-nangis sebab tak nak pegi sekolah.
Cepatnya masa berlalu. Seakan masih tak percaya aku sudah seusia ini sekarang.
Segalanya terasa seperti baru semalam......
No comments:
Post a Comment