Aku tak tahu apa makna sahabat pada orang lain. Tapi aku seorang yang sangat value title 'SAHABAT'. Kenapa??
Kerana, bagi aku, tak semua orang boleh jadi sahabat. Ber'sahabat' bukan boleh dipaksa-paksa. Tetapi sahabat di sini aku maksudkan adalah persahabatan antara perempuan dengan perempuan. Bukan perempuan dengan lelaki. Tambahan pula, aku tak percayakan persahabatan antara lelaki dan perempuan. Sebab salah seorang akan terlebih suka lebih dari seorang sahabat. Bagi aku, lelaki hanya boleh dapat title kawan, bukan title sahabat. Kawan sekolah, kawan sekelas, kawan satu universiti or kawan pejabat dan lain2 lagi.
Biasanya perempuan yang akan terlebih suka tetapi bukan bermakna tak ada lelaki yang tergelincir dari landasan persahabatan. Cuma kebiasaannya perempuan yang terlebih suka dari seorang kawan.
Dan sangat malang kalau seorang perempuan yang bersahabat dengan lelaki yang tak ada perasaan. Layanan terhadap semua orang sama sahaja. In the end, siapa yang terlebih SAKIT??? Of cozz la perempuan kan.
JADI, lebih baik tak payah bersahabat dengan lelaki. Cukuplah hanya title kawan se opis atau apa2 sahaja. Maknanya, don't disturb me bila bukan di opis unless urgent matters sahaja.
So sorry....sebab aku memang macam ni. Kalau nak cakap banyak lagi yang tak berkenan and in fact, aku ni jenis yang sedikit prejudis terhadap lelaki...tetapi bukan bermakna yang perempuan semua baik-baik belaka. Banyak jugak yang aku tak berkenan, tambah-tambah lagi pasal 'aurat' perempuan zaman sekarang and manners bila di khalayak ramai. Sakit jiwa aku tengok.....
Berbalik kepada 'SAHABAT'..emmm, bila buka isu ni aku sedikit sedih sebab orang yang aku anggap sahabat, yang aku value sangat itu lah yang mengkhianatiku. S.A.N.G.A.T.S.A.K.I.T. Adakah aku salah mentafsir??
Sedih sebab aku rasa aku dah cuba sebaik mungkin memperbaiki hubunganku dengan Allah. Teringat suatu ketika dahulu ada seorang kawan memberitahuku: jagalah hubunganmu dengan Allah, insyaAllah hubunganmu dengan makhlukNya akan Dia jaga~
MAKNANYA: masih banyak yang aku perlu baiki, masih banyak yang kurang dalam diri ini. Teruskan berusaha!!!
Akhir kata: Peace no war!! ^^
Penutup kata: Happy sayyidul ayyam. May Allah bless us! Amin!
No comments:
Post a Comment