Aku rasa aku dah penat. Kenapa yer? Emmm, mungkin sebab dah lama sangat aku berjalan terus ke depan tanpa menoleh ke mana-mana arah pun. Tak ambil peduli sangat apa yang terjadi di sekeliling aku. Hanya hidup dalam dunia yang aku cipta sendiri.
Tetiba aku rasa sebak. Sebak dengan sendirinya kerana macam dah terlalu penat. Sangat penat. Penat mengharungi hidup ini. Aku terasa seolah terduduk di tepi jalan menangis sendirian. Kenapa begini....

Seakan ada satu suara berbisik.."Take a break azira...take a break..."
Yerrr..aku perlu berhenti seketika. Berhenti dan menoleh ke belakang, kiri mahupun kanan. Cuba tengok balik apa yang aku dah lakukan. Buat analisis.. Cerakin semuanya. Jangan tertinggal satu pun. Jangan hanya terus memandang ke depan.
Yang elok, cuba perbaiki lagi semoga jadi lebih dan amalkanlah selalu.
Yang tak elok jadikan sempadan. Jangan sesekali diulangi. Hanya orang bodoh yang akan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.
Tenangkanlah hatimu. Cek balik hubungan kamu dengan DIA sejak akhir-akhir ni macamana?? Adakah kamu lalai.....
All the best my dear!!
No comments:
Post a Comment