Semua orang dah tidor, tapi mata aku masih tak boleh nak pejam. Kepala aku pening. Inche tunang dah lama menyepi. Nyenyak dalam mimpi. Barangkali tersangat kepenatan. Hmmmm...disebabkan tak boleh tidor..aku membelek2 diary lama yang dah 'berkulat' dalam lappy. Berkulat sebab dah lama tak buka or update apa2. Kesian diary aku kan. Hahaha. Terbaca balik apa yang aku penah tulis suatu ketika dahulu.
Apakah?? Tadaaaa...
Bolehkah makcik2 akak2 semua memahami
Sampai sekarang aku masih bersendiri bukanlah kerana tak nak bersuami
Juga bukan kerana terlalu memilih mencari sekacak bidadara seperti yang dicanang sana sini
Aku sedar, aku bukanlah secantik bidadari
Namun aku juga punyai naluri ingin bergelar seorang isteri
Cubalah untuk memahami
Aku juga mempunyai rasa di hati
Mencari yang memenuhi ciri-ciri idaman sebagai peneman dalam perjalanan menuju Ilahi
Jadi, sudah pasti yang sebegini susah untuk dicari
Aku perlu melengkapkan diri agar dia juga dalam proses melengkapi diri
Agar apabila kami bertemu kelak, kami sama2 dalam redha Ilahi
Hmmm..aku takdalah pandai sangat dalam menyusun kata2 sebab aku takda seni pun. Tapi boleh la layan kan...(perasan lak!! please la :p)
Tapi sekarang aku dah jadi tunangan orang. Selangkah sebelum gerbang perkahwinan. Semoga Allah kuatkan semangat kami mengharungi sebarang rintangan yang mendatang. Masa bertunang ni la orang kata, banyak cabarannya. Kemungkinan besar cinta dan kesetiaan teruji. Semoga kami kuat dan akan bersama hingga ke akhirnya...aamiiin~
Ngantok dah....(━┳━ _ ━┳━)
No comments:
Post a Comment