Thursday, January 31, 2013

♥ • Kawanku Kawin • ♥


Weekend yang lepas, aku sibuk dengan majlis kawin kawanku. Penat ke sana ke sini membantunya setelkan apa yang perlu di saat akhir. Cuma aku ingat, boleh la ikut dia pegi spa. Amik feel..haha gedikss! Tapi tak boleh ikut..sedey T_T

Nape?? Sebab kawan aku suruh aku ngan kawan aku yang sorang lagi, teman mak dia kat rumah. Tolong2 mana yang patut. Nak tinggal kawan kami yang 2 orang lagi tu, dia cakap macam tak boleh. Dia cakap aku ngan kawan aku yang sorang lagi ni jerk boleh harap untuk tolong mak ayah dia. Sejuk balik hatiku lepas dia cakap macam tu..haha

Tapiiiii, selalunya pun, aku ngan mak dia. Kawanku sorang lagi ngan ayah dia. Aku tak reti nak sembang ngan ayah dia. Entah la. haha... Aku kalau pegi selalu pun, aku tolong mak dia kat dapur jerk..sebab boleh belajar masak. Tengok cara2 seorang ibu memasak sebab memang tak sama langsung la dengan cara aku yang main campak jerk..haha. Selalu jerk pun kena test ngan mak dia kat dapur, tapi aku terus terang jerk kalau yang aku memang tak tahu..pastu makcik akan ajar laaa..heeee

Okay. Cukup cerita itu. Meh dengar cerita lain lak. Orang yang nak kawin kan biasa la kan nak pakai2 inai ni semua kan. So, aku pun gatal nak pakai jugak...full 10 jari lak tu. Lepas dah pakai nyesal lak, sebab lenguh dan kebas, tak boleh nak gerak tangan sesuka hati. Pakai pun 2 jam jerk. Tak habis nyesal kat situ jerk..esoknya lagi nyesal sebab jari aku kan penuh ngan inai. Sama ngan pengantin. Tak pasal2 orang tanya..'pengantin baru jugak ke?'..hohoho...beberapa orang jugak la yang tanya. Tak pasal2 nak kena explain lak...bukan...sy kawan pengantin..dot.dot.dot...terkial2 nak explain. Ambik kau....

Masa kawan aku dimake up kan utk majlis akad nikah, aku lah yang banyak mengkritik..hahaha. Nasib baik yang make up tu kawan kami jugak. Kalau betul mak andam, diam jerk la aku. Yer la..nak make up tebal2 macam artis giler glamer tu kenapa? Kenapa nak ikut dorang? Tak perlu la kan. Cukup la sekadar sahaja dari muka pucat jerk sebab kepenatan kan..huhu Yang tukang silang tudung aku laa..terketar2 tangan..nervous..banyak kali buat baru jadi. Macam aku lak yang nak kawinnya. Kalau aku yang kawin nanti macamana la..pengsan terus kot gamaknya. Nervous punya pasal...

Seronok pegi majlis kawin orang..macam tak sabar lak aku nak kawin. Alahaiii..gedik! Sabar k..prepare betul2. Jangan ada yang buat sejarah dah la. Pengantin pengsan sebab nervous sangat. haha.. Kalau betul la pengsan, sampai ke tua aku kena bahan ngan family dan kawan2 agaknya...

Banyak gak la gambar2 yang aku snap masa before dan masa kenduri tu. Macam2 ada. Macam2 aksi kami pun ada. Tapi aku tak boleh la nak upload bebanyak. Tu pun sikit jerk aku upload kat FB. Pilih2 yang agak tak menyentuh sensitivity (betul ke aku eja ni) mana-mana pihak. Tapi dalam banyak2 aku suka gambar bunga tangan kat bawah ni. CANTIK!! Kawan aku sewa. Harga sewa pun cantik gak!




Masa aku kawin nanti aku nak jugak. Tapi nak wat sendiri jerk kot. InsyaAllah, bunga2 pun nanti nak wat sendiri jerk once dah decide nak color tema apa. Sekarang ni still thinking!! ^___^


Ok. Aku nak g tido. Takda idea nak menulis dah........


No comments:

Post a Comment