Saturday, January 12, 2013

Pasar Malam


Setiap hari jumaat, aku akan pegi pasar malam. Kalau hari jumaat, selalunya aku akan solat asar siap-siap kat opis, kul 5 petang blah..terkedek2 jalan ke LRT..dlm LRT 5 minit jerk..nak jalan ke LRT and dari LRT ke pasar malam tu yang lama..hahaha tapiiii..dalam 5.40 jerk dah boleh sampai pasar malam..perghhh..best kan. Dekat jerk. Tapiiiii..itu citer sampai sebulan lepas jerk. Citer time aku masih keje. Sekarang dah cukup sebulan aku resign dari keje aku. Sekarang keje dari rumah. Ngadap FB jerk 24 jam. Boring weh!! (_ _!)/

Ok ok. Berbalik kepada cerita pasar malam. Kul 6 aku sarung jerk abaya and kuar ke pasar malam ngan roomateku. Tengah jalan tu, aku rasa macam tak selesa. Jalan asyik pandang bawah. Kawan aku tanya..'ko ni kenapa?' Sebelum jawab aku gelak dulu..'aku rasa tak selesa nak jalan ni haaa..kain batik kat dalam ni rasa macam pelik. Jangan terlondeh sudah..hahaha'

Seingat aku sebelum pakai abaya tadi aku dah make sure kain batik yang aku pakai tu kemas terselit. Bukannya aku tak penah kuar rumah macam tu. Selalu jerk. Kalau setakat nak ke pasar malam or ke mini market kat depan tu, aku sarung jerk abaya kat atas baju yang aku pakai kat rumah. Kadang2 baju tido pun pernah kat dalam abaya tu..haha Takper, orang bukan nampak. Janji, senang, mudah dan cepat. Takdanyer nak iron baju or bedak-bedak bagai. Sarung tudung pastu kuar. Tu yang kadang2 kalau jumpa kawan2 macam segan. Selekeh ok! Kalau jumpa roomate2 ku kat uia mesti dorang tak percaya aku macam tu jerk. Sebab kononnya aku ni jenis yang 'menjaga' penampilan. 'Menjaga' la sangattt.. Tak boleh blah kan. Mana ada.....aku layan jerk. Gasak jerk sume..hahaha. Tu yang kadang-kadang gaya makcik pun ada tu..sengal kan..hahaha Opss..muda lagi ke aku ni??!!

Tapi bila dah sampai pasar malam jerk, dah lupa dah pasal kain batik yang tak selesa tu. Dah balik rumah baru teringat balik. Eh, ok jerk kain aku rupanya. Tak da lak terbuka ke apa..hahaha

Ermmm..satu jerk problem yang selalu ada bila aku nak post apa2 kat blog ni. Tak tahu nak letak tajuk apa. Selalu sangkut lama kat situ. Lama fikirrrr..takda idea. Last2 main letak jerk. Ni nanti tengok la aku letak apa. Malas nak fikir banyak. Tetiba rasa nak tido dah. Nak mimpi buah hati pengarang jantung hatiku..hahaha  Alahaiiii....gediknyerrrr la perempuan ni. Rimas!!


Okay..tammaaaaat sudah. aku nak tido.............selesai!!

Sekian. Selamat Malam ♥ 




No comments:

Post a Comment