Thursday, February 14, 2013

N.O.N.E.


Hari ni dah nak masuk minggu ke 3 bulan February..bermakna dah 2 minggu blog aku ni kosong dan tak da entri baru. Entah la, mo0d aku lately bercampur-campur...tak tahu nak describe macamana campuran tu. Terasa macam kosong. Terasa macam aku nak pergi satu tempat yang jauh dari sini. Tempat yang mana tak ada siapa yang mengenali aku. Tak nak ada orang tanya-tanya pasal hidupku. Aku tak suka...serius..aku tak suka! Kenapa aku nak kena explain kepada semua orang kenapa aku pilih jalan hidupku begini?

Teruk kan aku...yeeerr, aku tahu aku tak sepatutnya berfikiran begitu...

Tapi apa aku boleh buat, aku memang tak suka nak explain kepada semua yang bertanya. Sebab aku dah PENAT! Penat nak explain benda yang sama tapi end up, mereka masih tak boleh nak faham. Masih persoalkan kenapa aku tak buat begini dan begini. Maknanya, mereka hanya bertanya untuk mencari point kesalahan aku bukan bertanya kerana ingin betul-betul memahami isi hatiku. Penjelasanku hanya sekadar masuk telinga kanan kemudian keluar telinga kiri. Hanya hamburan kesalahanku yang aku dapat sebagai respon. Buat aku lagi malas nak bercakap. 

Keadaan yang macam ni lah selalu buat aku fikir, biarlah mereka dengan apa yang mereka nak fikirkan....lebih baik aku diamkan diri. Aku tak kacau sesiapa. Aku dengan dunia aku. Aku dengan hidup aku. Biarlah aku bercakap seorang diri. Memujuk hati yang terluka sendiri-sendiri dan kadang-kadang mengadu pada Ilahi. Hanya Dia dan aku yang faham apa yang ada dalam hatiku ini. Jiwa aku lagi tenang bila selalu mengadu pada Nya...

Kepada awak, awak dan awak yang cuba untuk memahami, terima kasih saya ucapkan. Cubaan awak sangat saya hargai, namun, ketahuilah, sebenarnya sampai hari ini, tak pernah ada sesiapa pun yang benar-benar memahami. Saya memang biasa memujuk hati sendiri-sendiri. Itu sudah menjadi suatu kebiasaan. Bukan saya taknak kongsi, tapi sebenarnya saya malu. Malu dengan awak awak semua....


Akhir kata: saya tahu cara saya fikir tu salah, tapiii..bagi saya masa..masa untuk memujuk hati agar mengubah cara berfikir yang tak berapa 'ok' tu...

time to sleeeeep -_-



No comments:

Post a Comment