Sunday, February 24, 2013

Tak tahu


Kisah pagi tadi sebelum tengahari:

Aku bentang sejadah, tetiba kawan aku cakap..

"ooo ko dah nak solat ke? emmm, aku macam malas pulak hari ni...."

Apa??? Tertinggi lak suara aku kat dia time tu. 

"Takda, aku taknak terima alasan tu. Cepat bangun pegi amek wuduk sekarang. Alasan yang tu aku tak nak pakai...boleh plak cakap macam tu..bla bla bla...." sempat lagi aku membebel. 

Kawan aku bangun sambil gelak...hahaha. Garang macam mak tiri!! 

Nasib ler kawanku...haha . Aku pun tergelak jugak pastu. Hari ni dia yang kena bebel. Sok lusa aku la plak yang kena..nasib lerr...alhamdulillah ada orang nak tolong ingatkan aku. Saling 'bebel membebel'. Tapiiiiii, yang paling selalu membebel pun aku la..ada jerk yang tak kena!! helplesss....

Macam meriah lak, pagi tadi aku ada teman solat sunat sesama. Satu perasaan yang lain dari hari biasa. Tak tahu macamana nak describe. Selalu aku sorang-sorang. Yerla, semua orang keluar bekerja. Hari-hariku hanya bertemankan diriku sendiri..

Semoga aku terus istiqamah..aamiiin ^__^



Kisah tadi sebelum tengah malam:

Aku keluar dari bilik dengan muka yang tak tahu nak cakap macamana..

"Kenapa lak ni?" Tanya kawan aku.

Aku lapar laaa...hahaha

Akak housemate yang sorang lagi pun cakap, "bukan ke kul 7 tadi dah makan nasi??"

"Daaaaaaah..." pastu aku wat muka kesian..hahaha

Hmmmm..hampeh. Tak sempat nak buat muka kesian lelama. Kawan aku dah bising.

"Kata nak diet, nak kuruskan badan..kalau asyik nak makan jerk macamana nak kurus...bla bla bla......" The rest aku dah tak dengar sangat. Lalu jerk kat tepi telinga. Tak masuk kepala pun. Aku gelak and terus ke dapor buka peti. Capai jerk apa yang boleh dimakan bawa keluar dok kat sofa depan TV...

Seeeee, tak sampai sehari aku dah kena bebel balik. So sweeeeet. Menambahkan warna warni dalam hidupku. Walaupun kawan aku bebel macam2...tak jalan koooot..aku makan jerk. Dah lapar kan, nak wat camner...hahaha 

Sengal!!

Sure one day aku akan rindu nak dengar dia membebel kat aku...hahaha

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan insan ini sebagai kawanku dan penemanku dirumah ini....

Ok..last..nak letak title apa ek....??








No comments:

Post a Comment