Tuesday, September 24, 2013

Malas tol nak menulis =_='


Pejam celik pejam celik..rupa-rupanya dah lama gak aku tak menulis kat blog ni. Dah berkulaaaat...huhu syiannyerrrr....

Aku takder apa nak citer sebenarnya. Tapi kali ni ada la kan.....

Aku sebenarnya baru betul-betul sihat dari demam last week...seksa yang teramat. Seingat aku ini kali yang ke 2 aku sakit macam tu sekali. Sakit yang buat aku asyik fikir dah nak mati ke?? Kali pertama masa form 3 dulu2 kot yang sampai seminggu aku bercuti dari bersekolah. Tapi time tu sakit pun aku kat rumah kot...my mom ada...

Last week tu, Allah sahaja yang tahu. Adikku jerk yang ada. Last2 mak aku suruh kakak datang ambil aku kat sini. Stay umah akak sampai seminggu gak la. Kakak aku la yang jadi tukang urut yang setia, sampai pedih2 kulit aku. hahaha...dan nak jadi citer, besday ku last week..18 september...besday dalam keadaan sakit. Besday la sangat kan...asyik ingat dah nak mati jerk...takut giler. Tak sempat nak kahwin kah?? (kawin jugak yang dia ingat...adeiiii)

Bila balik gombak, rasa macam nak demam balik. Mungkin sebab kena angin luar masa balik ke sini. Yer la...naik komuter + LRT kan..ermmm, asyik tido jerk..sampai laa semalam..asyik rasa penat yang sangat..hari ni aku rasa dah sihat. Dah siap kuar g kedai tadi beli barang dapor. Alhamdulillah. Takder la rasa penat yang melampau. Dah sihat..yeayyy....

Tapi...aku tak puas hati, asal apa jerk yang aku masak sehari dua ni...tak sedaaap...tak menjadi..sampai aku cakap ngan kawan aku, 'dah laa, aku taknak masak dah...ada jerk yang tak kena...masin la apa la...sedey T_T'

Kawan aku pun selalu cakap, kenapa ngan kau sebenarnya, sejak dua menjak ni aku tengok kau lain sangat. Macam fikiran kat tempat lain... Kenapakah?? What happen to you....

Penangan sebab nak kahwinkah?? Terlalu banyak yang difikirkan. Persiapan entah kemana lagi..atau sememangnya umurku dah nak sampai ke penghujungnya......


Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan aku seorang isteri dan seorang ibu......dah lama rasanya aku tak sertakan doa ini dalam doa harianku.....



No comments:

Post a Comment