Wednesday, August 14, 2013

Siapa Kita Utk Menghukum



Entri ni sebenarnya dah lama disimpan sebagai draft. Tetiba hari ni rasa nak publish lak..masanya dah tiba kot..haha  


Hakikatnya..aku takder idea..cek tengok yang lama jer la. Edit - tambah and cut sana sikit sini sikit...dah boleh publish..

Tajuk entry kali ni macam title kat atas la kan...

'Siapa Kita Utk Menghukum'

Setiap orang ada kisah silam yang tersendiri. Ada kisah silam yang tak mahu diingati langsung. Ada kisah silam yang ingin selalu diingati. Ala2 macam kenangan manis dan kenangan pahit la kan. Semua orang tak nak ingat kenangan pahit yang hanya akan melukakan kembali parut yang ada di hati.

Tetapi, apa yang aku tak faham, kenapa masyarakat sekeliling suka sangat bersembang pasal orang lain. Tambah2 lagi kisah silam orang yang tak elok dan ada yang sampai menghina. Apa yang mereka dapat? Lelaki atau perempuan sama sahaja. Ustaz dan ustazah pun kadang2 tak terlepas..oowh..apa dah jadi dengan dunia sekarang. Ustaz dan ustazah sepatutnya menunjukkan teladan. Tetapi mereka sendiri tak dapat nak menahan diri dari membicarakan tentang keburukan orang lain.

Ada yang bercakap macam dah kenal sangat si polan ini dan si polan itu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Petah sungguh semasa berbicara tentang kesilapan lampau orang. 'KESILAPAN' yang mungkin di mata dia satu kesilapan itulah sebenarnya keputusan yang terbaik untuk diri 'pesalah' itu. Orang sekeliling hanya tahu menghukum tanpa memahami. 'MEMAHAMI'...dapatkah sebenarnya mereka memahami jika mereka hanya tahu menyusun kesalahan orang lain satu persatu. Kesalahan yang kecik diperbesar2kan. Segala kebaikan pula ditolak ke tepi seolah tak pernah dilakukan.. Di mana silapnya??

Siapakah kita untuk mencanang cerita silam orang sana sini. Siapakah kita untuk menghukum orang menggunakan 'reasoning' kita. Adakah kita pasti yang kita tak mempunyai kisah silam yang teruk. Mungkin lebih teruk dari orang yang kita hina. Betol tak..renung-renungkanlah ^_^



Akhir kata: Syukran kepada yang sudi membaca entry nie... ^_^ 


Last words: Selamat Hari Raya ke 7 (dah seminggu raya rupanya..hehe)

Maaf Zahir Batin kepada semua..semoga kita masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah ♥ ♥








No comments:

Post a Comment