Friday, December 7, 2012

Dah Seminggu! ♥


Apa yang dah seminggu?? 

Emmm..sebenarnya dah seminggu aku jadi tunangan orang. Hari ni genaplah 7 hari. Macam tak percaya kan. Aku pun seakan susah nak percaya. Macam bermimpi. Tapi TIDAK. Kenyataannya aku memang dah bertunang. Selangkah sebelum alam perkahwinan...biar betul kamu ni??

Sepanjang seminggu ni soalan yang sama kawan-kawanku bertanya:

Apa perasaan bila dah jadi tunangan orang??

Perasaan?? Emmm, aku sebenarnya tak tahu nak describe macamana perasaan itu. Macam aku cakap tadi la, macam tak percaya. Apa yang aku tak percaya yer..haaa, macam susah nak percaya aku dah menjadi tunangan orang dan paling macam bermimpi tunangan kepada lelaki pujaan hatiku (gedikss la kamu!!)

Teringat usikan kawan-kawan masa zaman belajar dulu. Percayalah kawan-kawanku, sekarang aku dah terikat dengan lelaki itu...yerrrr..lelaki itu!! hahaha :p [macam la diorang baca blog aku ni kan...]

Pasal perasaan aku, aku still tak boleh nak put it in words sebenarnya. Yang aku tahu, aku bahagia. 
Sangat bahagia!!  ♥ ♥

Macam baru semalam aku balik kampung nak siap sedia untuk bertunang. Penat ke sana ke mari. Thanks to my adik kerana setia menjadi driver ku. Sama penat dengan aku mencari barang-barang. Ketahuilah I sayang you lebih..hahaha (jangan nak gelakkan aku masa baca post ni k!!)

Sehari sebelum hari kejadian (30/11/2012)
Mesti aku tak selera nak makan esok. Yer la, sebab nervous sangat..hahaha - aku cakap.

Pada hari kejadian (1/12/2012)
[Pepagi sebelum keluar pegi cari barang nak masak]
Semalam ada orang cakap hari ni dia tak selera nak makan, tapi dia la orang first yang makan nasi goreng.... - bila adik aku berkata-kata..

Hahaha..biar laaa..aku lapar..nak wat camner :p

Bila dah tengahari, aku rasa macam aku malu sangat. Lagi la bila dah siap pakai baju and tudung sume. Maluuuu...sengal kan. Ntah hape2. Ni baru tunang, kalau kawin macamana la. Tak kuar bilik la aku gamaknya. Menyorok. Yer laa..mesti orang tanya mana pengantinnya?? Owh tidaaaaak..malunyerrrr.

Masa family tunangku sampai, aku dah start sejuk tangan dan kaki. Dah nervous and tak boleh bayang bila aku jalan keluar nanti. Gigil tangan aku kat dalam bilik tu. Boleh lak dia nak gigil padahal panas. Gigil sebab aku dok depan kipas kot kan..haaaa...betol la. sejuk sebab dok depan kipas ^___^

Maka bersembanglah kedua-dua family. Sekali sekala aku kuar gak nyorok belakang langsir nak curi dengar apa yang disembangkan. Pastu tersenyum and malu sengsorang..hahaha (macam sweet lak time tu)

Bila dah time aku dah kena kuar tu, kakak aku datang cari aku dalam bilik. Boleh aku cakap aku tak nak kuar, boleh?? hahaha. Sengal kan :p Mau kena jegil mata ngan kakak aku. Emmm, dup dap dup dap macam nak terkeluar jantung masa aku kuar tu. Yer laaa...semua mata tertumpu ke arah aku kot. Sapa tak malu kan..hahaha Gigil aku bertambah hebat bila time nak sarung cincin. Hahaha..kelaka bila aku ingat balik. Malunyerrrrrr....

Itulah alkisahnya. Sekarang ni bila aku tengok video yang dirakam aku jadi maluuuuuuuu..Tak nak tengok sebab aku  tahu apa yang aku rasa time tu. Maluuuuuuuuuuuuuu..aku kan pemalu orangnya..hihihi


Kepada-Mu Ya Allah, ku berdoa, semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang tanpa sebarang masalah dan kami dapat mendirikan masjid menuju bahagia hingga ke syurga...

~aamiiin~

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥






No comments:

Post a Comment